ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, July 3, 2016

MATI TERKANGKANG DALAM LONGKANG....



Setiap kali ada isu baru,semua orang berpaling kepada PAS.Mahu dan teruja dengar ulasan dari mulut PAS sendiri terutama dari Presiden atau Timbalannya.Terbaru kes Lim Guan Eng.Masing-masing mahu ulasan dari PAS.Baik dari BN maupun PH.

Ulasan dari PAS akan menghasilkan "isu yang baru" pula.

Apabila Lim Guan Eng ditangkap atas kes pembelian rumah,tentunya pihak PH menduga PAS akan jawab seperti Khir Toyo jawab,"Padan Muka". Ini kerana kelibat Lim Guan Eng lah siang malam menyerang dan menghina Presiden PAS. Tentunya musuh akan mengutuk musuh yang berada dalam situasi kesusahan.

Seperti kes PMNajib,begitulah cara penyelesaian kes LGE.PAS mahu PMNajib dibawa ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan samada bersalah atau tidak.Masalahnya,kes PMNajib ini tiada kelibat berani dakwa beliau.Maka ramailah kempunan untuk melihat PMNajib meniti tangga Istana Kehakiman.

Itu bukan salah PAS.

Begitu juga kes Lim Guan Eng.Bawa dan dakwa.Lihat hujah dan keputusan hakim.Tiadalah LGE bersalah selagi tiada bukti kesalahan.

Masalah minta cuti,itu masalah teknikal dan prinsip.Tiada sangkut paut dengan prinsip perjuangan PAS.Peliknya mengapa Khairudin Abu Hasan sekonyong-konyong babitkan PAS dengan isu ini.

Jika PMNajib tidak mahu letak jawatan,itu bukan salah PAS.Jika LGE mahu kekal jadi Ketua Menteri itu bukan salah PAS.Soal Dr Harun Din minta LGE bercuti itu pandangan peribadi.Mungkin dengan bercuti LGE boleh buktikan dirinya berprinsip.Itu sahaja.Sekadar cadangan dari Dr Harun Din.

Oleh kerana PAS amalkan politik matang dan sejahtera,semua pihak mahu PAS bersama menyokong di pihak mereka.Mereka ingat PAS jenis parti Cap Ayam ! Boleh jadi khadam mereka.

Apabila PAS amalkan polisi politik Matang dan Sejahtera,ramai pihak mula beralah,memujuk dan malu mata terhadap PAS.

Kepada UMNO,tentunya mereka pelik apabila dalam satu situasi PAS memuji UMNO kerana tolong bawa RUU 155 dalam Parlimen dan dalam hal lain,PAS menentang UMNO dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Manakala kepada DAP,kematangan PAS membuatkan DAP malu mata terhadap PAS.Apa tidaknya,apabila LGE di dakwa rasuah,PAS masih tidak percaya LGE rasuah sehingga terbukti rasuah.PAS tidak menyerang kepada pihak yang menyerangnya siang malam.

Cuma kepada PAN,hati semakin sakit dan jiwa semakin merana.Biasalah apabila terbina atas dasar khianat dan dendam ianya berlarutan.Penyakit jiwa.

Dulu Anwar selalu jadi mangsa atas kejadian berlaku.Anwar punya pasal lah.Kini sejak Anwar duduk dalam sel,PAS pula jadi "kambing hitam".

Najib tidak letak jawatan,PAS bersalah.
PAS masuk PRK,PAS bersalah.
LGE di dakwa,PAS berkomplot.
PAS bawa RUU 155,PAS ditipu.
RUU155 diluluskan,PAS berpakat.

Akhirnya pengkritik PAS akan mati terkangkang dn dalam longkang.Bukan macam LGE boleh mati berdiri.!





6 comments:

Anonymous said...

Matang kerana pemimpin tertinggi telah kenyang dengan dedak ujaman najib ahli bawahan hanya terkelip-kelip mata melihat gelagat pemimpin tertinggi Pas Pis Pus.

Anonymous said...

cash is kingggggg...

Mary Robert said...

Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
* Pemindahan Sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
* Pembayaran bermula lapan bulan selepas anda mendapat wang dalam anda
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah 2%
* Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas memfailkan permohonan kredit,
Anda boleh menjangkakan bahawa sambutan awal kurang daripada 24 jam dan
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan
dari awak.
Hubungi sah dan berlesen rasmi syarikat pinjaman
bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman melalui Hubungi sekarang
email: maryrobert422@gmail.com

Anonymous said...

Polik matang kahkahah. Dulu Pas sekarang Amanah.

Anonymous said...

Pemimpin PAs dah kenyang....sbb walaunta2 Pas semuanya bangang

Anonymous said...

Parti amanat sesat
Hadi marang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...