ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, October 14, 2015

APA YANG PELIKNYA ?



Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktirafan sesebuah negara itu kepada PAS selaku partai yang berpengaruh dalam bidang politik di Malaysia.

Ramai Duta termasuk Amerika,Jepun,Jerman telah mengunjungi Pejabat PAS.Tentunya duta yang mewakili negara mereka membawa mesej penghormatan negara yang diwakilinya terhadap PAS.Biasanya di akhir kunjungan itu ada slot bergambar dan berjabat tangan.Biasalah.

Apabila Ketua PERKASA NGO pro UMNO Ibrahim Ali  mengunjungi Pejabat PAS dan berpelukkan dengan Presiden PAS tiadalah yang peliknya.Mereka bersetuju dalam perkara menentang kezaliman dan menegakkan keadilan iaitu TPPA,1MDB dan SOSMA.

3 perkara setuju bersama itu juga turut diperjuangkan sebagai isu oleh DAP,PAN dan PKR.Apa yang peliknya? Barangkali kerana TGHH bergambar sambil berpelukkan dengan Ibrahim Ali dan kunjungan PERKASA ke Pejabat PAS.

Sudah menjadi kelaziman TGHH meraikan tetamunya. Lihat ketika PAS mula memerintah Terengganu 1999 dimana TGHH mengunjungi Sultan Mizan di Istana Badariah dan mereka berdua berpelukkan.Begitu juga semasa Lim Kit Siang datang ke Wisma Darul Iman ketika TGHH menjadi MB.Mereka berdua juga berpelukkan.Tiada yang peliknya.

Kunjungan Ibrahim ke Pejabat PAS menunjukkan Ibrahim iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa  politik negara setanding UMNO.Ibrahim tahu PAS sudah tidak mempercayainya selepas kes menjadi MP Pasir Mas tempoh hari 2008-2013.Tetapi mengapa Ibrahim sanggup "melompat tangga" bangunan PAS semata-mata mahu jumpa TGHH?Jauh sekali Ibrahim mahu pijak pejabat PKR maupun PAN(PAN ada ibupejabat ke?)

Yang peliknya foto tentang Mat Sabu bersama amoi yang di anggap macam cucunya di BERSIH atau Rosmah berpelukkan dengan Lee Chong Wei selepas kejohanan badminton.

Selepas PERKASA,giliran siapa pula mengunjungi Pejabat PAS ? MCA,GERAKAN,MIC ? Semuanya tiada yang mustahil selagi namanya politik.

6 comments:

Anonymous said...

tok pepijat

beritahu kat pimpinan Pas selangor supaya jangan pelik kunjungan Tok Him
Jangan nak meroyan tak tentu pasal
Jangan bersikap Tidak Wala dengan kepimpinan Ulama

Tok Him sekadar lalu dan singgah
TGHH kebetulan ada kat Opis Pas
Kebetulan pula ramai wartawan tengah pekena teh tarik kat restoren depan

ini semua kebetulan
jangan pelik
nasihat kat iskandar ....jangan berani nak bersuara , karang hantar gi neraka baru tahu

Anonymous said...

tok pepijat

maknanya PAS dan PERKASA dah ada satu kesepakatan dan sedia bekerjasama.

Kalau ikut ayat Tok Pepeijat, Tok Him ni iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa politik ni nampak pelik. semua orang tahu PAS.

Saya pun tahu Tok Him pernah bertanding atas tiket PAS. Pas kena Kencing Hancing...... lupa ke tok pepeijat?

Ulasan tok ni serupa macam orang mabuk kena pil kuda. Janji tulis asalkan nampak wala. Mengarut tak apa, asalkan Hadi Awang diklihat maksum dan ulama

Bau hancing kena kencing dulu tu dah hilang agaknya? atau sesuatu yang menjadi candu?
hihihihi

Teringat hadis Nabi tentang Orang Islam ni tak boleh kena patuk 2 kali dari lubang yang sama.

Anonymous said...

ikut hg la nk peluk sapa pon...aku dok tunggu hujung tahun nie jer...klu iukt nik amar...klu umno masih nak berdalih pasai RUU hudud..pas akan perang habis habisan dgn umno...klu pas x buat mcm tu mmg poyo la...tak ubah mcm parti politik lain...semua dunia punya pasai...tah tah PSM lagi hebat maruah dia..dari segi bekorban dunia utk jln rakyat...

Anonymous said...

betul kata anon 11.51.ttapi tok pepijat pun macam buat bengung je .dia hanya tahu hisap darah je.yang lain dia tak peduli sangat ,cerita pun kalau bolih korner ke lain dulu .Begitu juga dengan Iskandar Selangor ,dia tak takut ke Hj Hadi tuduh dia pengkhianat nanti.Nanti habis duit elaun exco.nak makn apa? makan pepijat bolihlah.

Anonymous said...

Orang yang tolol dan segaja buat2 tolol je merasa pelik. Hu2

Anonymous said...

Kata orang tua2, kencing katak kalau kena mata boleh buta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...