ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih al...
-
AMERIKA YANG BERWAJAH DUA "Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama... 3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahas...
Saturday, September 7, 2013
Gendang Perang sudah dipalu !
Sekonyong-konyong pemuja Mahathir dan mantan Ketua Pengarang NST,A.Kadir Jasin melancarkan peluru "Scud" ke atas PMNajib dan pimpinan UMNO terkini.
A.Kadir Jasin mengatakan UMNO kini dipimpin oleh pimpinan yang bodoh, penakut,jahil dan tiada wawasan.
Beliau menamakan tiga pimpinan UMNO terbaik iaitu Tun Razak,Tun Dr Ismail dan Dr Mahathir sebagai pimpinan terbaik yang dilahirkan UMNO.
Tiada diketahui mengapa A.Kadir tidak namakan Tunku Abdul Rahman,Tun Husein Onn dan Pak Lah dalam senarai pimpinan terbaik.
Barangkali beliau mempunya sejarah "manis dan silam" dengan mereka seperti Dolah Kok Lanas yang sampai kini amat "membenci " Pak Lah dan King Ghaz !
Ulasan terkini A.Kadir Jasin umpama pencetus semangat agar ada pewakilan UMNO bertanding kesemua jawatan tertinggi UMNO bermula Presiden, Timbalan dan Naib Presiden.
Beliau tidak mahu pimpinan UMNO selepas Disember nanti masih mengekalkan pimpinan yang bodoh,penakut dan tiada wawasan.
Apa yang penting,semua pimpinan UMNO mesti ditukar. Beliau tidak mahu, "walhasil balik asal itu pasal tak hasil".
Perlukan satu team baru dibentuk oleh akar umbi UMNO untuk bertanding berlawan dengan Najib,Muhyiddin,Hishamudin,Shafie Afdal dan Zahid Hamidi ?
Yang pasti, satu Malaysia melihat UMNO ketandusan dan kemandulan kepimpinan. Semua kepimpinan mereka "di kitar semula".
Lihatlah bagaimana Rais Yatim Sang Pembakar Jambatan mendapat dua jawatan sebagai penasihat kementerian dan Presiden UIA. Itu belum lagi veteran-veteran yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment