ARTIKEL BOMBASTIK
-
Ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin begitu ghairah mengaitkan binatang-binatang dalam aksi biadapnya menghalang seorang mah...
-
Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam...
-
Mungkinkah acara syirik berlaku lagi di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan Jumaat ini ? Jika dulu Pak Lah dengan megahnya melanggar Fatwa Muf...
-
Sekonyong-konyong Ketua Menteri Melaka Idris Haron mengikut jejak langkah mantan KM Ali Rustam membuat tindakan yang primitif dan mundur...
-
Babi hutan adalah sejenis spesis yang suka menyondol apa sahaja dihadapannya. Matlamatnya satu. Iaitu untuk dapatkan bahan makanan untuk di...
Friday, May 3, 2013
PRU 13 : Mahathir bakal ulangi "13 Mei" ?
Kenyataan Penaung NGO Rasis PERKASA Dr.Mahathir bahawa beliau tetap melabelkan Penasihat DAP Lim Kit Siang seorang rasis walaupun diheret ke mahkamah adalah satu petanda "perancangan " Mahathir untuk mengolah semula 13 Mei.
Rakyat sedia maklum, Mahathirlah yang selalu mewar-warkan tentang huru hara PRU 13.
Dengan jawatan sebagai Penaung NGO Rasis bergandingan dengan orang yang mencipta MAGERAN di Kelantan Ibrahim Ali, tentunya perancangan ini bakal berjalan "lancar".
Seeloknya pimpinan atasan PR mengambil langkah pro aktif untuk "memintas" perancangan jahat Mahathir ini.
Sewajarnya Anwar Ibrahim,TG Haji Hadi dan Lim Guan Eng bersama Lim Kit Siang di Gelang Patah samada sebelum mengundi atau pasca PRU 13.
Biar rakyat nampak persepaduan pimpinan PR bersama Lim Kit Siang yang di"serang" secara perkauman oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Sasaran utama Mahathir dan juak-juaknya dalam PRU 13 adalah DAP dan orang Cina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment