ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, March 22, 2009

PAS di hati Raja-Raja Melayu.


Semasa PAS baru mendapat mandat memerintah Terengganu Nov 1999, Menteri Besar Terengganu TG Haji Abdul Hadi Awang mula diserang oleh pihak media UMNO. Isu Amanat Banggol Perandong  diungkit dan disensasikan kembali. Pelbagai barua-barua UMNO bermula JKKK hinggalah ulamak jahat belaan UMNO menggesa tindakan terhadap MB Terengganu pada masa itu termasuk tindakan ISA. Nama TG Haji Hadi begitu hodoh pada kacamata UMNO sebagai pemecah bela masyarakat, pengkafir dan sebagainya.

Tiba-tiba dalam  barua-barua UMNO menyalak dan menyerang MB Terengganu itu, Al Sultan MIzan menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato Seri kepada TG Haji Hadi sempena Keputeraan baginda.

Timbul tanda tanya: Takkan Al Sultan sudi beri anugerah kepada "pemecah belah masyarakat"?

Semasa pasca peristiwa Memali Nov 1985, pelbagai barua-barua UMNO terdiri ulamak jahatnya, media dan pimpinannya melabelkan hodoh kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terbunuh. Ada kata Ustaz Ibrahim pakai ilmu kebal, penyebar ajaran sesat, komunis. Dan sekonyong-konyong Mufti Kedah hukum Ustaz Ibrahim Libya penderhaka.

Tiba-tiba Al Sultan Kedah mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim dan anak muridnya di Kg Parit Panjang.

Timbul pertanyaan : Takkan Al Sultan sanggup mencemar duli ziarah pusara "penderhaka" ?


Hari ini UMNO tuduh Exco PAS Kedah menghina Sultan. Tiba-tiba Al Sultan memperkenankan perlantikkan semula semua Exco yang lama dan mencemar duli menjejak Kompleks PAS Kedah.

Untuk rekod, ahli PAS tidak pernah menggelarkan Raja-Raja Melayu sebagai "natang". Ahli PAS tidak pernah larikan anak Raja Melayu untuk dikahwini dan ahli PAS tidak pernah menabalkan Raja Melayu menjadi Raja dalam keadaan Raja sedia ada masih sihat dan hidup.


Semua rekod buruk tentang perkara menghina Raja-Raja Melayu tercatat dalam Muzium UMNO Terengganu, Selangor dan Kelantan. Tanyalah si Deris, Si Mat Tyson dan si Nuar Musa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...