ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, May 20, 2013
Zahid, hati anda perlu dirawat.
Lagak angkuh Zahid sebaik menjadi Menteri Polis begitu memualkan. Jika Hishamuddin sepupu Najib begitu meloyakan, kini Zahid lebih angkuh,sombong dan berlagak.
Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.
"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok".
Sasaran Zahid :
a) Media alternatif seperti Malaysiakini.
b) Anak muda. Adam Adli sudah kena "tumbukan" Zahid.
c) Seluruh rakyat Malaysia yang bantah keputusan PRU 13. Cari negara lain jika tidak setuju.
d) Anwar Ibrahim. " Ini juga bukan negara bapa kamu...."
Ingatkan hanya Mat Said sahaja yang samseng ala Sharif Dol dan samseng tahi minyak !
Cuba ingati kembali ucapanterakhir Zahid selaku Ketua pemuda UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO sebelum di sumbat dalam ISA kerana membela Anwar.
Zahid, hari ini anda di atas. Esok lusa bagaimana pula kedudukan anda?
Hari ini, bolehlah angkuh, sombong,ego dan 1001 kali takbur. Langit tidak semestinya selalu cerah.
Nampaknya kes saman ke atas Zahid kerana pukul orang awam( Amir Bazli Abdullah)semakin jauh dan jauh. Mananya tidak, sekarang Zahid sudah jadi Menteri Polis, takkan polis nak soalsiasat Menteri Polis!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jangan silap, pegang jawatan sesuatu menteri bukan bermakna kita pakar,betul dan tahu dan segala2nya, biarlah perundangan dan aturan digunakan menghakiminya...
Post a Comment