ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, December 7, 2011

Dari Matahari Terbit hingga Matahari Jatuh

Blogger politik adalah penulis era IT. Blogger politik pula satu kumpulan penulis yang mempunyai idea dan pemikiran yang kadang kala di luar kotak pemikiran.

Dulunya sebelum teknologi IT berkembang, kumpulan ini biasanya menjadikan warung kedai kopi sebagai tempat "pelepasan" pemikiran mereka. Itulah sebabnya di namakan cakap-cakap kedai kopi. Malah warung ini umpama "mini Parlimen" bagi blogger ini.


Adakalanya cakap itu boleh dipakai atau boleh dibuang dalam tong sampah sahaja. Ianya laku sekadar di kedai kopi sahaja. Kalau "merebak"pun sekitar 10 kilometer sahaja. Itupun sudah terlalu jauh.


Kini zaman telah berubah. Setiap penulisan blogger politik boleh di baca puluhan, ribuan malah jutaan manusia. Bukan sahaja sekitar Malaysia malah seluruh dunia.


Jika dulu penulis menunggu bilakah penulisan mereka tersiar di akhbar maupun majalah. Kini dengan wujudnya blog, tiada siapa boleh menghalang penulisan mereka tersiar dan tidak memerlukan masa menunggu tulisan mereka tersiar untuk bacaan umum. Taip sahaja dalam blog mereka sendiri dan terus boleh dibaca oleh umum.


Begitu juga penulis blog politik. Pemikiran dan "ideologi"mereka boleh "disebar"kan melalui tulisan mereka. Pengaruh mereka amat berbisa. Penulisan mereka lebih tajam dari mata pedang!


Jika dulu cakap mereka di warung kopi hanya di dengari oleh sekitar 20 orang, kini "syarahan" mereka boleh dibaca oleh jutaan manusia! Malah boleh dicopy pula dan di sebar pula.


Dulu "kuliah" mereka didengari oleh kaum sejenis dan sebaya. Kini tua muda, lelaki wanita dan kanak-kanak boleh membaca tulisan mereka. Malah pemimpin politik bermula dari Morocco hingga ke Jepun membaca tulisan mereka. Begitu luas dan besar "empayar" bacaan mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...