ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 13, 2011

Tahniah ...polis beriman !


Sudah 6 hari berlalu BERSIH 2.0. Masing-masing ada cerita tersendiri. Pengalaman manis, lucu,pahit dan marah campur geram.

Barangkali di pihak FRU dan SB sedang bergelak ketawa menceritakan pengalaman mereka.

Tentu seronok. Pastinya seronok kerana"pengganas" yang dihadapi tiada senjata. Kerana "pengganas" yang menggangotai "pertubuhan haram BERSIH" sudah taat setia dan ikut perintah pemimpin, tok guru supaya jangan membawa senjata.


Sekadar air mineral, garam dan baju kuning. Itu sahaja senjata "pengganas" yang bakal dihadapi oleh mereka.

"Pengganas" diajar tok guru jika disembur air dan ditembak gas, jerit kuat-kuat, "Allahuakbar dan BERSIH !".

Pastinya Si FRU begitu bangga bercerita kepada rakan-rakan satu berek bagaimana gas pemedih mata kena sasaran mereka termasuk wanita, orang tua bahkan hospital. Lantaklah...padan muka!


Begitu juga anggota "bomba" FRU begitu seronok dapat menyembur air asid kearah orang tua, wanita, tok guru, ustaz, orang OKU. Rasakan...padan muka!


Di pihak SB pula, mereka bercerita kisah keseronokkan mereka menyepak, terajang, kejar dan tumbuk "pengganas" yang tiada senjata.


"Best giler! Aku sepak tendang dia." Mereka bercerita sambil gelak ketawa tanda seronok.

Memanglah seronok. Sepak teranjang campur tumbuk musuh yang tiada senjata !


Seorang lagi SB bercerita kisahnya yang berjaya menyamar menjadi "ustaz" dengan berkopiah. Begitu juga SB yang menyamar menjadi wartawan pikul kamera.

Itu kisah disebalik Bukit Aman. Cerita mereka sekadar dalam warung balai dan berek sahaja. Tidak berani mereka bergelak ketawa bercerita di kedai Mamak atau warung Mak Siti. Nanti kena boikot.


Bahkan ada SB dan FRU siap pesan kepada anak isteri, rahsiakan pekerjaan mereka. Takut diboikot masyarakat dan jiran.


Yalah! Siapa tidak marah jika kerjanya tembak gas, sembur air asid dan sepak teranjang orang yang bukan penjenayah ! Sembur dan tembak ustaz, tok guru, wanita, orang tua, kanak-kanak dan hospital.


Semua orang muak, jelek, geram dan sakit hati.


Di sudut sebuah masjid pula ada sebilangan anggota polis sambil menangis menyesal atas apa yang berlaku pada 9hb Julai. Walaupun mereka tidak terlibat dengan kerja tembak, sepak dan sembur tetapi mereka merasakan seolah-olah mereka juga terlibat.

Mereka ini ikut arah separuh hati. Bukan sepenuh hati. Mereka polis yang beriman! Apabila diarah tembak gas, mereka melambat-lambatkan bahkan tembak menjauhi "pengganas". Apabila diarah kejar dan tangkap, mereka "menghalau" pula.


Bahkan ada menyuruh "pengganas" supaya lari cepat supaya tidak ditangkap. Mereka senantiasa senyum memandang "pengganas".


Hati mereka lembut kerana mereka pengunjung tetap masjid surau. Dengar kuliah agama. Rasuah jauh sekali.

Rakyat bangga denganmu... wahai polis beriman!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...