ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0 : Najib mahu ikut taktik ayahnya.


Melihat kepada situasi selepas pimpinan BERSIH 2.0 mengadap Tuanku Mizan, seolah ada agenda yang sedang dirancang oleh UMNO dan polis. UMNO dan PDRM sekarang bagai aur dengan tebing, kuku dengan isinya, sehati sejiwa.


Biarpun Tuanku Mizan telah bertitah agar kerajaan bersikap adil terhadap rakyat tetapi nampaknya titah itu disambut dingin oleh PMNajib.


Keadaan menjadi semakin celaru hasil "kombinasi erat UMNO-Polis". UMNO menyalak, polis buat tangkapan. UMNO menjerit, polis buru pemakai baju kuning. UMNO berkokok, polis tidak bagi permit.


Buktinya, melalui lidah sepupu Najib yang jaga polis, BERSIH masih haram. Polis masih melakukan tangkapan keatas pemakai t'shirt kuning.


Lebih dahsyat lagi polis mencipta "lakonan busuknya" merampas senjata parang, bom coktail bersama t'shirt BERSIH.


Sebelum ini polis menangkap "agen asing" dan "komunis" dan tohmahan dana BERSIH daripada Kristian Antarabangsa.

"Permainan" UMNO dan Polis nampaknya berlanjutan dan berpanjangan.
Hingga bila ?

Imbas kembali peristiwa 13 Mei 1969. Selepas huru-hara "tercipta", Tun Razak hulurkan tangan kepada semua parti politik untuk bersama UMNO.


GERAKAN dan PAS sambut salam itu hingga terbentuk BN. Itu zaman ayah Najib.


Barangkali Najib ingin mengulangi apa yang pernah ayahnya lakukan dahulu. Cipta "huru hara", kemudian hulurkan tangan kepada PAS. Kononnya atas perpaduan Melayu.

Najib tidak mungkin lakukan Operasi Lalang 1987 seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengapa ? Kerana UMNO tahun 1987 kuat ketika itu dan PAS cuma ada Parlimen Pengkalan Chepa sahaja. Jadi UMNO bebas lakukan apa sahaja.


Berbeza tahun 1969. Suasana politik tahun 1969 sama seperti sekarang. UMNO berada dalam keadaan amat lemah. UMNO bukan sahaja dibenci oleh rakyat bahkan oleh sekutu mereka sendiri seperti GERAKAN dan MCA.


Lebih malang lagi PMNajib dibayangi oleh Timbalannya Muhyiddin yang lebih rasis Melayunya seperti PERKASA yang didokongi oleh ultra Melayu, Mahathir.


Kini, seolah hanya Hishamuddin sepupunya sahaja bersama Najib.


Sudah pasti, Najib perlu melakukan sesuatu. Salah satunya ikut cara seperti yang dibuat oleh ayahnya 40 tahun yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...