Penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin(MAZA) menimbulkan tandatanya. Penangkapan "macam penangkapan pengganas" dengan kekuatan 35 penguatkuasa JAIS dan 40 orang anggota polis di kawasan perumahan mewah Taman Sri Ukay menyamai penangkapan Anwar Ibrahim 11 tahun yang laku. Bezanya cuma tiada anggota polis yang bertopeng!
Peristiwa penangkapan itu berlaku sebaik sahaja MAZA selesai memberikah kuliah kepada hampir 300 orang. Turut mengikuti kuliah beliau Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamarudin dan ADUN Hulu Kelang, Haji Saari Sungib.
Penangkapan ini dipercayai dirancang teliti dan mempunyai motif tertentu. Ianya mungkin berkaitan dengan memorandum bantahan perlantikan MAZA menjadi Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Yang peliknya sebaik sahaja beliau dibawa ke balai polis Hulu Kelang, tiada pegawai JAIS mengambil keterangan dari beliau. Hingga kini (jam 11 pagi 2.11.2009), tiada pertuduhan di dakwa keatas beliau.
Timbul persoalan, siapakah yang memberikan arahan kepada JAIS untuk penangkap beliau ? Melihat kepada cara penangkapan keatas beliau dengan kekuatan 35 pegawai JAIS dan 40 orang anggota polis, ianya satu tindakan untuk memalukan beliau!
Kita nak tanya JAIS, adakah seramai itukah juga untuk menangkap "Nabi Melayu" Kahar tempohari ?
Pihak polis juga mungkin mendapat maklumat yang salah dari JAIS. Mungkin pihak JAIS memberi maklumat kononnya ada "kuliah ajaran sesat" atau "mungkin ketua pengganas sedang memberi kuliah untuk serangan bom" ! Nasib baik tiada UTK dan FRU terlibat.
Kini, kita pakat cari siapakah dalang di sebalik peristiwa yang memalukan ini. Oh ya, adakah Exco Selangor yang jaga urusan ugama Islam tahu dan diberi taklimat sebelum penyerbuan terbesar JAIS tahun ini ? Atau satu perancangan untuk memalukan beliau.
Mungkinkah peristiwa ini mempunyai motif untuk memalukan sekali gus 2 individu iaitu Dr Asri dan Dr. Hasan Ali ?
Cantiknya peristiwa ini, MAZA mendapat sokongan dari semua pihak. Dari Jabatan Perdana Menteri, PAS, PKR, UMNO bahkan Sister in Islam.
Adakah MAZA mempunyai ciri penyatu ummah ?
No comments:
Post a Comment