Nampaknya drama MCA lari dari skrip. Skrip yang dikarang oleh Presiden Ong Tee Keat sudah lari 360%. Ini gara-gara tindakan pemimpin kepercayaan Ong sendiri naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiang Lai yang dilihat ingin merampas kuasa darinya dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.
Asal EGM yang di buat pada 10 Oktober lalu adalah untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Dr Chua Soi Lek. Malangnya perwakilan memberikan undi yang sama rata kepada Ong dan Dr Chua. Sokongan perwakilan adalah seimbang buat Presiden dan Timbalannya.
Cita-cita Ong untuk menyingkirkan Dr Chua gagal. Ini menyebabkan timbulnya idea mengadakan Pelan Perpaduan Beasr(GUP). Puak Ong dan Dr.Chua bersetuju berdamai.
Malangnya satu puak yang "terwujud" akibat EGM 10 Oktober iaitu puak Naib Presidennya Liow tidak menerima pelan tersebut. Mereka inginkan EGM baru. Mereka tetapkan pada 28 November ini. PuakLiow ini mendapat sokongan padu dari Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA. Mereka mahukan EGM baru untuk pilih pimpinan yang baru.
Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah membuatkan Parti berasaskan perkauman terbesar di Malaysia mengalami satu lagi "huru hara". Puak Liow tetap menganggap Liow Tiang Lai adalah Timbalan Presiden yang sah. Kemelut MCA semakin terlalu jauh untuk diselesaikan
Kini MCA berpecah kepada 3 kumpulan iaitu Puak Ong, Chua dan Liow. Ketiga puak ini dilihat begitu kemaruk kuasa. Masing-masing terpalit masalah masing-masing. Ong Tee Kieat dengan skandal PKFZ, Chua dengan skandal seks dan Liow dengan pengkhianatan terhadap bos sendiri.
Isu MCA boleh selesai dengan membuang ketiga-tiga individu ini. Mereka bertiga umpama "kepala ikan" yang buruk dalam MCA. Krisis MCA berpunca dari "kepala ikan yang buruk".
MCA memerlukan pimpinan yang baru jika parti itu mahu bernafas lagi di arena politik orang Cina.
Timbul persoalan, siapakah lagi boleh pimpin MCA ? Elok iklankan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden MCA dalam akhbar milik mereka The Star. Dan nyatakan syarat untuk ketiga jawatan itu :
a) Bukan penyokong Puak Ong, Chua dan Liow.
b) Tiada sebarang skandal.
Sebenarnya masalah MCA diberi tumpuan penuh oleh UMNO. UMNO tidak ingin masalah MCA selesai begitu cepat. Lagi lama lagi bagus. Lagi gaduh lagi baik buat UMNO. Ini kerana dalam "poket" pimpinan MCA lah ada banyak rahsia kejahatan dan skandal pimpinan UMNO. Bila MCA bergaduh sesama sendiri, maka tiada masa dan waktu buat MCA bongkar "poket" mereka.
Jika UMNO bergaduh, MCA gembira. Jika MCA bergaduh UMNO lagi suka.
No comments:
Post a Comment