ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, May 27, 2009

PAS dan Hindraf.


Masalah Hindraf perlu ditangani dengan bijak dan cepat oleh PAS. Pertubuhan Hindraf adalah satu pertubuhan yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat India yang berugama Hindu. Hindraf adalah pilihan terakhir harapan masyarat India di Malaysia selepas MIC. Hindraf di pilih kerana harapan tinggi mereka terhadap MIC hancur lebur angkara Samy Vellu dan kroni-kroninya membolot projek.

Apabila masyarakat India melihat MIC mengkhianati masyarakat India selama 50 tahun, Hindraf mengambil tempat tersebut. Masyarat India menaruh kepercayaan tinggi terhadap Hindraf untuk mengubah nasib mereka. 

Walaupun pimpinan Hindraf dikurung di Kemunting seperti Manoharan, pemimpin tertinggi mereka diburu polis dan terakhirnya Hindraf di haramkan oleh Kerajaan Malaysia, sokongan mereka tetap tinggi kepada Hindraf. 

Kita melihat sebelum PRU 2008 pelbagai parti politik ditubuhkan oleh masyarakat India tetapi tidak mendapat sokongan padu dari kaum mereka melainkan MIC. Parti IDF, PPP dan terakhir parti Nallakaruppan. Semuanya gagal. DAP juga gagal menarik sokongan ramai masyarakat India terhadap parti tersebut. Mungkin kerana kaum India meelihat DAP lebih kepada "kecinaan".

Dikala masyarakat India mencari-cari pertubuhan yang boleh menmbela nasib mereka, tiba-tiba Hindraf muncul hulurkan pertolongan.

Hindraf bolehlah diibaratkan satu pertubuhan yang NGO untuk membela nasib kaum India. Sokongan padu datangnya ramai dari golongan tertindas dan miskin. 
Walaubagaimanapun, kita perlu ingat Hndraf juga mungkin diresapi segelintir yang berfahaman extrim. Fahaman extrim ini mungkin diambil dari LTTE (sekular) dari segi ideologi dan juga dari BJP (India) dari segi pelampau agama.
Isu Sri Lanka misalnya. Kita bantah tindakan tentera Sri Lanka terhadap penduduk Tamil (orang awam) semasa serangan keatas LTTE. Juga kita mengutuk tindakan LTTE membunuh orang Islam dan mengusir mereka dari kampung halaman mereka. 

Golongan inilah yang akan merosakkan usaha murni Hindraf membantu masyarakat India di Malaysia.

Apa peranan PAS ? PAS perlu menangani segera isu ini. Hindraf bersikap terbuka terhadap PAS. Begitu juga PAS . Pimpinan PAS pernah berjumpa dengan pimpinan buangan Hindraf di London.
Pimpinan mereka juga mengeluarkan kenyataan mereka tidak anti Islam tetapi anti UMNO. 

Sama seperti DAP, ada juga dasar Hindraf tidak dipersetujui oleh PAS seperti menuduh kerajaan Malaysia melakukan "penghapusan etnik"
Hindraf juga barangkali ada perkara yang tidak bersetuju dengan PAS.  Apa yang penting cari titik persamaan untuk bersama berjuang. Titik persamaan yang asas ialah menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Hindraf perlu kekal bersifat NGO. Menjadi parti politik memungkinkan mereka mengalami nasib seperti parti politik kaum India yang lain termasuk MIC.

Kewujudan Kelab Penyokong India(KPI) dalam PAS suatu yang menguntungkan jangka panjang politik PAS. PAS perlu kemaskinikan KPI dari segi program masyarakat dan organisasinya supaya KPI bakal menerima berduyun-duyun masyarakat India suatu masa kelak. PAS perlu wujudkan satu talian "perhubungan " antara KPI dan Hindraf. Ini supaya jalinan itu dapat KPI menerangkan dasar-dasar PAS kepada anggota Hindraf. 

Sebenarnya majoriti anggota Hindraf masih ragu-ragu dengan dasar PAS  kerana kekurangan komunikasi dan serik dengan pengalaman bersama MIC selama 50 tahun.

Pengaruh Hindraf amat digeruni oleh UMNO dan BN. Ini berdasarkan beberapa perkara yang boleh diambil perhatian oleh PAS. Antaranya :

i) Membebaskan Manoharan dari Kem Kemunting bila beliau berura-ura untuk letak jawatan ADUN. Jika pilihanraya kecil diadakan, nama HINDRAF akan dipromosikan dan mampu menarik lebih ramai lagi pengundi India mengundi Pakatan Rakyat. Sudah pasti MIC semakin jauh dari hati kaum India.

ii) Mengapa kerajaan "berlembut" dengan keingkaran pimpinan Hindraf yang dibebaskan dari ISA untuk mematuhi sekatan keluar daerah ? Ini menunjukkan UMNO dan BN gerun dengan pengaruh Hindraf yang sudah mendapat pengaruh di hati kaum India.

iii) Mengapa kerajaan tidak begitu "cakna" untuk bertindak ganas menangkap anggota Hindraf yang sudah diharamkan oleh kerajaan ? Berbeza dengan penangkapan ahli Al Arqam sebaik ianya diharamkan. Seluruh pelusok negara di buru ahli Al Arqam.  

iv) UMNO dan BN amat bimbang jika Hindraf berkawan rapat dengan PAS. Ini ianya berlaku, sudah pasti undi kaum India akan berhijrah ke PAS. Oleh sebab itulah UMNO sekarang melalui medianya memomokkan Hindraf ada hubungan dengan LTTE. 

Apa yang pasti jika UMNO sedang nazak menuju kematian, MIC juga alami nasib yang sama. 

Jika UMNO di'talqinkan" oleh PAS manakala MIC pula di kuburkan oleh Hindraf.

Kini tugas pimpinan PAS memikat Hindraf agar dapat bersama berjuang menentang kezaliman dan kejahatan UMNO dan BN. 

3 comments:

Lord Garam said...

SALAM,

BEGITULAH PAS MENYOKONG MEMBABI BUTA. HINDRAF YANG MENYOKONG LTTE HENDAK DI JADIKAN ADIK ANGKAT OLEH PAS. HINDRAF MENGAMBIL CONTOH PERJUANGAN LTTE IAITU LTTE MEMBUNUH ORANG ISLAM SRI LANKA DAN MENJALANKAN ETNIC CLEASING ITULAH DIAGUNG-AGUNGKAN PAS.

MIC JUGA MENYOKONG LTTE DAN MENGHERDIK KERAJAAN NAJIB KERANA MENYOKONG KERAJAAN SRI LANKA KERANA MEMBANTERAS LTTE DENGAN JAYANYA. MIC MENYOKONG TETAPI UMNO TIDAK KERANA UMNO SEDAR UMAT ISLAM SRI LANKA DI BUNUH OLEH LTTE.

PAS JUGA YANG MENYOKONG HINDRAF SEDANGKAN KERAJAAN NAJIB TAHU HINDRAF MEMBAHAYAKAN. DIBEBASKAN PEMIMPIN HINDRAF KERANA MAHU MELIHAT SEJAUH MANA LENGGOK SUARA PR SETELAH DIBEBASKAN DAN TERNYATA MEREKA TIDAK PERNAH BERSYUKUR.

JADILAH PARTI YANG MATANG BUKAN SAHAJA TAHU MENYOKONG MEMBABI BUTA WALAUPUN MENYENTUH PERIHAL PERJUANGAN ISLAM. PAS SUDAH HAMPIR 30 TAHUN WUJUD TETAPI TINDAKAN MEREKA IBARAT BARU SETAHUN JAGUNG BERPOLITIK DI BUMI MALAYSIA.

BUANGLAH SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TETAPI NYATAKAN MEMBANGUN BERSAMA PERUT SENDIRI. ITU SAHAJA

Muhamad Rizal Hambali said...

Salam,

Kadang-kadang fikiran kita ini perlu direfreshkan semula, so kalau nak difikirkan dan rasa marah kepada UNMO secara total adalah tidak wajar sama sekali. Aku sendiri sebagai rakyat dibawah kerajaan UNMO-BN yang memerintah lebih 50 tahun terasa ditindas walaupun aku orang Melayu. Lalu aku menyokong provo-provo pembankang PAS mahupun PKR. Tetapi sekarang ini baru aku sedar sebenarnya penindasan UNMO terhadap aku tidaklah seteruk sangat mana. Mungkin aku melihat kekotoran dan pekara negatif sahaja dalam UNMO ini membuat aku marah. Mana ada kerajaan perfect lebih2 UNMO-BN yang sudah memerintah 50 tahun lebih. Walaupun begitu dah lebih hampir 30aku hidup kat Malaysia ini keaman dan kemakmuran walupun berbilang bangsa harus dipuji. Tension antara kaum tetap ada tetapi dalam terkawal dan berstatus quo. Bagi penyokong PAS dan PKR yang rata-rata Melayu dan Islam dan semua pembaca yang mungkin melawat blog ini, di bawah ini berkaitan dengan Hindraft yang harus difikirkan bersama. Apakah PAS harus berbaik dengan hindraft? cuba baca 18 perkara yang diminta oleh Hindraft seperti dibawah:

Part of the 18 point Demand In Hindraf Memorandum:
1. End 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution.

2. Try to End Racism, Islamic extremism and Malay privileges on the 50th year golden jubilee celebrations of Malaysian independence.

3. Call for affirmative action plans for all poor Malaysians including ethnic minority Indians.

4. All 523 Tamil schools to be made fully aided government schools.

5. All the aforesaid to e handled directly by the UMNO-controlled government and for UMNO to stop playing politics through the "Mandore" (Supervisor) system by abdicating Indian problems to the MIC.

6. 20% of the government top most level posts are reserved for the Indians for the next 15 years.

7. The UMNO-controlled government makes public and is transparent on all the the aforesaid affirmative action plan including specifying the Indian beneficiaries thereto.

8. Stop the indiscriminate and unconstitutional demolitions of Hindu temples.

9. Stop the victimization and direct discrimination by the Police and all other state authorities of the Indians.

10. The UMNO-controlled government forms with immediate effect a Royal Commission of Inquiry into the Kampung Medan mini genocide.

11. All homeless Malaysians are to be provided affordable homes and not low-cost flats by law.

12. A Race Relations Commission Act and an Equal Opportunities Commission Act to be enacted to end direct discrimination and racism in both the public and private sectors.

13. A minimum of 20 opposition members of parliament are elected exclusively by the Indian community to represent their interest at the highest political level.

14. Appeal to refer Malaysia to the world court and international criminal court for crimes against it’s own ethnic minority Indians.

15. Stop Malays to call Indians in "keling" tittle.



Ok.. sudah baca jika ini ditunaikan maka kita umat Islam Melayu akan lebih berasa tertindas dengan permintaan berbentuk racist ini.

Jacknaim said...

saya sebenarnya agak anti dengan hindraf..

http://jacknaim.blogspot.com/2009/05/kenapa-saya-tidak-bersetuju-dengan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...