ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, May 24, 2009

Bocor di mana-mana weeh!


Politik UMNO dan BN semakin lama semakin mendekati pusara. Lihatlah kerja PM Najib bertambah teruk. Kepala Najib semakin pening memikirkan nasib UMNO dan BNnya. Mungkin beliau sekarang menjadikan "penadol" teman sejatinya.


Lihatlah setelah masalah Perak "selesai" seketika, timbul masalah PPP. Memecat Kayveas dan melantik Senator T.Murugiah menjadi Presiden. Masalah PPP mungkin tidak begitu menjejaskan UMNO dan BN kerana kesemua calonnya tewas dalam PRU 12. Malah Ali Rustam pernah menyuruh PPP pimpinan Kayveas keluar dari BN.


Masalah Terengganu juga memeningkan Najib hingga beliau "berlepas tangan" serahkan masalah itu kepada sepupunya Hishamudin. Belum sempat Hishamudin bertemu puak Deris Jusoh dengan puak Mat Said, tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO Mahyudin keluarkan kenyataan Ahmad Said tetap kekal MB Terengganu. Hakikatnya punca perbalahannya puak Deris Jusoh maukan MB Ahmad Said turun takhta MB. Sia-sia Hishamudin berjumpa puak yang bergaduh kerana Mahyudin telah buat keputusan.


Sedang isu Terengganu semakin bergelora, timbul masalah Perlis. Puak Shahidan belum puas hati dengan MB Mohd Isa Sabu. Pangkat Shahidan turun sekadar AJK sahaja dalam pimpinan UMNO Perlis. Senasib dengan Deris Jusoh. Menariknya kedua mereka Deris dan Shahidan adalah manusia yang tidak diperkenankan oleh Sultan dan Raja menjadi MB.


Puak Deris dan Shahidan akan membentuk satu gelombang "pemberontakan dalaman" untuk singkirkan MB Terengganu dan Perlis. Ianya akan memecahkan undi BN dalam PRU 13 nanti. Inilah yang amat ditakuti oleh PM Najib.


Terkini Gerakan Pulau Pinang juga dilanda krisis dalaman. Pengerusinya Dr Ten Hock Nam tidak disenangi oleh peringkat akar umbi.


PM Najib umpama seorang yang amat sibuk sekarang. Sibuk dengan menutup lubang kebocoran kapalnya. Setiap kali ditutup satu lubang bocor, timbul kebocoran di tempat lain. Beliau cuba tutup lubang "kekalahan" di Penanti, timbul pula kebocoran di Manek Urai !


Cumanya sekarang, sebagai menyedapkan hati dan hiburkan hati, Najib seringkali "dendangkan lagu" One Malaysia.


Bilakah kerja "menampal" kebocoran PM Najib berakhir ?

1 comment:

zaki said...

kembali pada Allah...lagi banyak kita berkata lagi banyak dosa yang kita dapat.lagi banyak kita kutuk,mengata,menfitnah dan macam2 lagi lagi banyak dosa kita..saya agam memang kurang,tapi dalam hal nie...sila kembali kepada Allah..di Maha mengetahui..banyakkan doa.DIa yang akan menentukan segalanya.kepada penulis blog,anda pasti ker apa yang anda tulis dalam blog ini?bagaimana kalau separuh benar,separuh tidak benar?berapa ramai orang di luar sana mempercayai cerita anda?berapa banyak dosa yang anda akan tanggung??adakah anda sentiasa hendak bertaubat jer..memang Allah suka umatnya sentiasa bertaubat,tetapi jika anda sering mengulangi perbuatan anda adakah Allah akan sentiasa menerima taubat anda????fikir2lah sejenak.memang kita perlu untuk menentang apabila kita ditindas.tapi kena ada caranya.kalau semua sentiasa mengutuk,mencaci,menghina,menfitnah...apa nak jadi???kalau anda hendak menegakkan parti pembangkang ke,atau pemerintah ker....saya tak halang..tapi telah banyak sangat kutuk-mengutuk dan menghina dalam semua blog.saya tak tau mana nilai islam anda.kalau anda seorang pembangkang dan ingin menegakkan pembangkang...boleh penulis...tapi anda mesti mencerminkan kebaikkan dalam diri anda.tapi kalau anda,seperti dalam gambar anda post sedang menadah doa, tapi anda menulis perkara yang entah tau benar atau tidak..kalau benar anda tulis,anda bernasib baik..tapi jika tidak benar???anda fikirlah sendiri yer..tunjukkan keislaman kita..bukan kekufuran kita yer..maaf kalau ada tersilap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...