ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, April 20, 2009

Di mana Hishamudin simpan keris telanjangnya?


Pertukaran posisi Hishamudin dalam kabinet oleh PM Najib akan memungkinkan berlaku "penambahan popularisasi" warga Kemunting. Ini berdasarkan lagak sombong dan perangai samseng Hishamudin semasa memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pelajaran.


Walaupun Hishamudin dianggap "pondan lagi pengecut" oleh pembangkang tetapi di sebalik kepondanan itu ada satu sifatnya yang jelek iaitu keegoan. Lihatlah bagaimanan dia memperbodohkan pencinta Bahasa Melayu. Dolak dalihnya tentang PPSMI tiada kesudahan. Pelbagai alasan ciptaannya tentang PPSMI demi melambatkan penyelesaian isu PPSMI. Akhirnya Hishamudin ketawa besar(sememangnya mulut luas bila ketawa) bila posisi Menteri Pelajaran bertukar tangan. Hishamudin ketawa besar kerana dapat"menipu dan memperbodohkan" pencinta Bahasa. Kini dia boleh cuci tangan dari bebanan yang ditanggungnya.


Jawatan terkini Hishamudin adalah Menteri Kementerian Dalam Negeri(KDN). Menteri KDN lebih dikenali sebagai Menteri ISA. Kerjanya mudah. Jika ada mana-mana menggugat keselamatan parti pemerintah(baca: Kerajaan Sepupunya) dengan ayunan tangannya menandatangani satu surat bisa mengirim mana-mana individu menghuni Kem Kemunting. Besar kuasanya.


Jika mahu lihat watak wajahnya yang sebenar, lihatlah ketika Hishamudin cium keris telanjang Pemuda UMNO. Adakah wajah sengih-sengih?


Lihat bagaimana Hishamudin "menyalak" bila MP Tumpat Dato Kamarudin bersuara tentang pencabulan demokrasi di Perak dan demostrasi di Thailand. Salakan Hishamudin disahut oleh IGP Musa. Itulah wajah Hishamudin yang sebenar.


Jika isu PPSMI tidak dapat diselesaikan oleh Hishamudin, adakah kita menaruh harapan ISA akan dihapuskan oleh Kerajaan Sepupunya ?


Barangkali bangunan di Kemunting perlu dibesarkan dan ditambah kerana berlaku penambahan warganya !

2 comments:

Aisyah said...

*menjenguk*
hu, best! truskan menulis.

ZinNieRah_ru$hdan95 said...

salam..
hehe emosi lagi semagat..
ingt dia tu islam gak.. kalu ye la pas tu parti islam.. dakwah la dia kan bagus dari buruk2kan dia.. rasul pun marah kt sahabat yg kutuk org minum arak...
hehe kalu dh dpt dakwah dia bolelah dia masuk pas... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...