Dua perkembangan politik terbaru berlaku di Terengganu dan Perlis iaitu mengenai kedudukan MB di kedua negeri tersebut. Kedua isu itu timbul dan diungkit kembali semula selepas Najib dilantik jadi PM, Mahathir masuk semula UMNO dan pembentukkan kabinet tanpa kelibat Khairy menantu Pak Lah.
Sebenarnya isu MB Terengganu dan Perlis timbul kerana golongan "anti Raja-Raja Melayu" yang di ketuai oleh Deris Jusoh dan Shahidan Kasim mendapat semangat daripada "Bapa Anti Raja Melayu" iaitu Mahathir. Apabila Mahathir masuk UMNO semula dan mula mengawal Najib maka secara automatiknya puak-puak Deris dan Shahidan mula mendapat sentuhan baru.
Cuba dan baca kenyataan Ketua Penerangan UMNO Perlis Datuk Hashim Suboh . Ada yang tersirat. Menuduh MB Perlis sebagai produk "haram " UMNO adalah satu penghinaan terhadap Raja Perlis yang melantik beliau sebagai MB dan menepikan Shahidan Kasim. Datuk Hashim juga menganggap yang layak jadi MB Perlis adalah Shahidan bukan Datuk Mat Isa Sabu.
Begitu juga dengan lakonan 10 budak hitam pimpinan Deris Jusoh di Terengganu. Boikot Sidang DUN atas alasan dapat SMS ugutan. Begitu juga atas alasan hilang kepercayaan terhadap Ahmad Said menerajui Terengganu. Nampaknya puak yang "menatangkan" Sultan Terengganu kembali semula. Mereka bersemangat apabila Mahathir masuk semula UMNO. Mungkin Sultan Terengganu akan "dimenatangkan" kali ke 2 ?
Masuknya Mahathir ke dalam kabinet Najib sebagai "penasihat tidak rasmi" atau pemegang remote control kepada PM Najib bermakna semangat anti - Raja-Raja Melayu kembali subur di laman UMNO.
Kembalinya Mahathir menguasai Sri Perdana secara tidak langsung adalah satu mimpi ngeri kepada Raja-Raja Melayu. Sultan Azlan adalah antara Sultan yang pernah alami zaman pahit semasa Kerajaan Mahathir berkuasa di Malaysia. Pindaan Perlembagaan pinda kuasa Raja berlaku ketika Baginda menjadi Yang Dipertuan Agong.
Mungkinkah berlaku "perang" kali kedua antara UMNO dengan Raja-Raja Melayu? Dulu mungkin UMNO boleh perlekeh dan londehkan maruah Raja Melayu. Tetapi zaman sudah berubah.
Apa yang mesti UMNO tahu ialah Yang Dipertuan Agong sekarang adalah pengamal sukan ekstrim dan lasak. Tentulah baginda juga punya keputusan agak ekstrim. Ini sudah terbukti keatas Deris Jusoh! Lagipun Mahathir sudah jadi kuda tua. Kuda tua hanya sesuai untuk di"sembelih" untuk jadikan lauk. Tiada memberi manafaat!
No comments:
Post a Comment