ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, April 6, 2009

Tok Dalang Mahathir


Akhirnya Dr.Mahathir kembali semula masuk UMNO Barunya yang ditubuhkannya tahun 1987. Kembalinya beliau menandakan UMNO bakal menanggung bebanan umpama "biawak hidup".
Melihat suasana di kediaman Najib menyambut Mahathir membayangkan kepada kita "bencana" bakal menimpa negara kita.
Jika dulu Sri Perdana dikuasai oleh "Budak Tingkat 4", kini Sri Perdana bakal di"remote control" oleh Mahathir. Lebih ganas lagi dahsyat!

PM Najib jadi patung wayang kulit dan Mahathir jadi Tok Dalangnya !

Mahathir memiliki rekod buruknya sepanjang 22 tahun menjadi PM. Antara rekod buruknya, pembunuhan Memali, pemecatan Ketua Hakim, memalukan Raja-Raja Melayu, menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, penyelewengan wang Petronas untuk selamatkan syarikat perkapalan anaknya dan menghapuskan Bahasa Melayu dalam Subjek Matematik dan Sains.
Hari ini Mahathir "mencemar diri yang kotor" memberi ucapan di Bukit Gantang. Antara ucapannya menyuruh rakyat sokong PM Najib. Mengapa Mahathir bersusah payah datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau ?

PM Najib menjanjikan "perubahan" baru dalam pentadbirannya. Kita yakin perubahan baru itu adalah hasil ilham dan cetusan idea Dr. Mahathir. Antara perubahan bakal di alami oleh rakyat Malaysia hasil gabungan Tok Dalang dan patung Wayang Kulitnya ialah :

i) Jambatan Bengkok bakal dibina semula.
ii) Anak Tok Dalang jadi Menteri.
iii) PPSMI diteruskan.
iv) Harakah bakal diterbitkan 2 minggu sekali.
v) Kes AK Lingam di"bakul sampahkan".
vi) Raja-Raja Melayu bakal di"londehkan" kali kedua.
vii) Sistem Kehakiman dan Rasuah diparas bahaya.

Tinggal satu persoalan, ke mana akan perginya "Beruk Jalanan" Si Khairy menantu Pak Lah?
Boleh anda bayangkan suasana pertemuan Tok Dalang dengan Si Beruk Jalanan?
Macam Jejak Kasih ke? 
Tidak lupa adakah Si Nazri Aziz akan cium tangan Tok Dalang yang pernah dikutuknya?

Selamat kembali Dr. Mahathir ke "tampuk pemerintahan". Nampaknya nikmat Tuhan berikan padanya selama 4 tahun untuk berzikir dan berwirid di atas sejadah tidak digunakan sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun liang lahad semakin hampir. Itu pasti!



 

1 comment:

Unknown said...

Tidak semestinya org tua akan kelianglahad dahulu dr org muda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...