ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, April 3, 2009

Hoi Najib ! Itu dah basi daah!


Telah menjadi tradisi bagi setiap PM baru selepas upacara angkat sumpah, akan buat pengumuman baru. PM Najib tidak terkecuali. Pengumuman penting untuk rakyat ialah kaji ISA, bebaskan 13 tahanan ISA dan benarkan Harakah dan Suara Keadilan di terbitkan kembali.


Pengumuman itu boleh dilihat dari 3 sudut iaitu :

i) Menunjukkan beliau seorang PM yang ingin lakukan perubahan baru.

ii) Sebagai ole-ole bahan kempen tarik undi di 3 PRK.

iii) Sebagai "ubat " agar rakyat lupakan kisah Altahtunya, submarine dan Sukhoi.


Najib tersilap. Itu cara politik lama. Politik Basi! Rakyat kini hidup di zaman celik IT. Sewajarnya berpolitikpun perlu ikut peredaran zaman.


Adakah Najib tidak tahu pengumumannya selepas 10 jam jadi PM adalah pengumuman yang basi? Sejak zaman Hussien Onn, Mahathir dan Pak Lah membebaskan tahanan ISA adalah "wirid" yang wajib di"zikir"kan untuk menunjukkan kononnya PM tidak zalim. Sejarah membuktikan itu semua adalah lakonan basi sahaja.


Selepas ini, jika kedudukan Najib tergugat, Kem Kemunting akan ada penambahan penghuni lagi. Jika tahun ini 13 orang dibebaskan, bermakna akan ada sekali ganda lagi selepas ini.


Jika benarlah Najib seorang yang jujur, ingin perubahan politik beliau perlu bebaskan ADUN YB Manoharan dan Mat Shah Satray suami Norlaila Osman yang telah dikurung di Kemunting hampir 7 tahun.


Isu kaji semula ISA adalah janji retorik Najib. Hoi Najib ! Rakyat mahu ISA dihapuskan bukan mahu kaji !


Mahu kaji ISA adalah isu basi yang senantiasa diperhangatkan oleh Sang Penguasa yang berada dalam keadaan nazak.


Apapun segala tindakan, gimik, gula-gula atau apa namapun yang dilakukan oleh PM Najib, rakyat tetap senantiasa mengingati gadis Mongolia yang sinonim dengan nama Najib. Itu Najib kena ingat!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...