Seorang wanita India berkata kepada satu kumpulan rayu undi Puteri UMNO :
" Walaupun saya punya kulit hitam tapi hati saya banyak putih. Kamu punya kulit putih tapi hati banyak gelap. Penuh rasuah. "
Banyak kenderaan mewah kepunyaan orang Cina memasang bendera PAS yang bersaiz besar di kereta mereka.
Exco Perak dari DAP membaca ayat Al-Quran berkaitan keadilan dan kezaliman.
Ketiga situasi diatas adalah berlaku di Bukit Gantang semasa pilihanraya kecil baru-baru ini. Situasi di atas adalah gambaran masa depan politik Malaysia. Situasi yang terbentuk apabila manusia mula melihat kecantikan, keindahan dan keadilan Islam. Dan situasi itu bukanlah lakonan semata-mata tetapi lahir dari isi hati yang ikhlas dan tulus.
Mengimbau kembali Sirah Rasulullah selepas penaklukkan Mekah(Fathul Mekkah) di mana berduyun-duyun manusia bertemu Rasulullah dan memeluk Islam sedangkan beberapa tahun sebelum itu mereka bersatu memerangi Islam.
Tidak mustahil ianya bakal berlaku di Malaysia yang penduduknya mempunyai hati yang lembut menerima kebenaran. Gambaran awal telah diperlihatkan oleh Allah Taala kepada kita sejak kunjungan Lim Kit Siang ke kediaman Presiden PAS. Kemudian disusuli kunjungan oleh anaknya Lim Eng Guan. Kita tunggu kunjungan Karpal Singh pula ke Rhusila atau Pulau Melaka.
Masihkah kita lupa ketika doa Rasulullah ketika dilontar batu oleh warga Taif ketika berdakwah?
"Walaupun mereka(warga Taif) tidak menerima Islam sekarang, aku berdoa semoga anak cucu mereka mendapat hidayah kelak."
Atau doa Baginda : " Semoga salah seorang UMAR akan masuk Islam." Yang ditujukan doa Baginda kepada Umar Al Khattab dan Abu Jahal. Kedua-duanya kuat menentang Islam. Akhirnya Umar Al-Khattab memeluk Islam dan menjadi pembela kuat kepada Islam.
Apakah kita semua pernah berdoa semoga pimpinan atasan DAP, MCA, MIC dan Gerakan memeluk Islam ? Belum ? Berdoalah mulai sekarang !
Tentu Kamal Koh dan Daniel Ong senyum puas kesyukuran jika hidayah Allah memasuki hati nurani saudara sebangsa mereka.
1 comment:
salam tok..
semoga Allah memberi hidayahNya kpd mereka..aminn
~tok masa di semanggol kenal ke aris fezul?
Post a Comment