ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, April 2, 2009

PM ke 6 penuh kontroversi.


Sah! Najib Tun Razak menjadi PM ke 6 setelah diperkenankan oleh Sultan Mizan selaku Yang Dipertuan Agong Malaysia. Kesemua perlantikan PM Malaysia bermula Tunku Abd Rahman hingga Abdullah Badwi berlaku dalam situasi tiada kontroversi. Rakyat samada penyokong kerajaan maupun pembangkang tidak melihat setitik habuk keburukan pada susuk tubuh PM Pertama hingga Kelima. Apatah lagi pada isteri mereka yang bergelar Wanita pertama.


Tetapi situasi ini berbeza pada Najib. Najib menduduki Sri Perdana dalam situasi penuh kontroversi yang membalut susuk tubuhnya dari hujung rambut hingga hujung jari kakinya. Bahkan isterinya Rosmah juga terkena tempiasnya.


Isu kontroversinya Najib bukan sahaja diperkatakan oleh rakyat tempatan dan pembangkang bahkan oleh akhbar luar negeri. Akhbar Perancis, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Indonesia memperkatakan tentang pembunuhan kejam gadis Monggolia. Dan terselit nama Najib dan Rosmah dalam artikel berkenaan.


Sejarah keberitaan akhbar dunia TIDAK PERNAH melaporkan berita rekod buruk PM Malaysia bermula dari Tunku hingga Pak Lah. Hari ini nampaknya rekod bersih itu "pecah". Nama Najib timbul di akhbar-akhbar berpengaruh dunia.


Dunia semakin berminat dengan Malaysia. Ooops maaf! Bukan berminat untuk melabur tetapi ingin tahu tentang cerita Najib. Dunia ingin tahu bagaimana "cekap"nya Jabatan Imigresen memadam kan rekod kemasukan gadis Monggolia itu ke Malaysia. Dunia ingin tahu bagaimana "bersatupadu"nya pendakwa dan peguambela bangun serentak membantah isu gambar Najib dan gadis Monggolia itu. Dan dunia ingin belajar bagaimana senangnya C4 dikeluarkan dari depotnya dan siapa membenarkannya?


Jika Tunku Abdul Rahman dikenali Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Husein Onn Bapa Perpaduan, Mahathir Bapa Pemodenan dan Abdullah Badwi Bapa Islam Hadhari maka Najib apa pula gelaran yang selayak baginya ? Bapa Komisen atau Bapa C4 ?

Ingat! Bush dikenali sebagai "Ibu Segala Peperangan" !


Rakyat Malaysia mengharapkan Najib perlu bersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan terhadapnya. Sekadar sumpah dengan Al Quran, budak KEMASpun boleh buat. Najib perlu saman akhbar dan individu yang menuduhnya.
Jika Anwar sanggup dipenjarakan dan dipecat dari TPM demi menegakkan kebenaran dan maruah diri, apakan Najib sekadar membisu. Membisu bermakna seolah-olah berita itu benar dan tiada yang tidak benar! Semuanya benar !


Apa yang pasti sepanjang khidmat Najib jadi PM, sudah pasti lawatan rasmi ke Mongolia tidak akan berlaku.


Selamat bertugas Wahai Putera Tun Razak.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...