ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 4, 2008

PDRM perlu dimerdekakan!


Alahai malangnya negaraku! Kehilangan barang kes (syabu) berharga kira-kira RM 1juta dari IPK Negeri Johor menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan dan ketelusan PDRM. Minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan hampir RM100 juta oleh pegawai atasan PDRM. Hari ini syabu pula hilang.

Kes kehilangan dadah syabu ini bukanlah yang pertama. Pada Mei 2005, kira-kira 60,000 pil jenis psikotropik bernilai kira-kira RM1 juta hilang dari IPK Selangor. Yang peliknya ianya disedari semasa 3 kotak itu dibuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Manakala pada Mei 2006, lebih 1,000 psikotropik hilang dari IPK Kelantan. Cuba bayangkan begitu hebat tahap keselamatan PDRM kita yang kini diketuai oleh IGP Musa.

Hey Musa! Apa sudah jadi dengan PDRM? Kalaulah barang kes itu hilang di Balai Polis Sungai Lembing atau Balai Polis Baling boleh juga alasan itu rakyat terima. Tetapi barang itu hilang di IPK negeri. Sungguh memalukan! Timbul persoalan, adakah IPK kekurangan anggota untuk jaga Bilik Kebal atau asyik menyibuk pantau aktiviti Parti Pembangkang hingga biarkan penyamun berjoget sakan di laman IPK ? Hebat PDRM kita weeh! Mungkin juga ramai anggota terdapat di Cawangan Khas(SB) hingga menjangkau 20,000 anggota dan tugas mereka hanya ganggu rakyat yang menentang UMNO?

Pak Lah, anda tersilap benarkan IGP Musa sambung tugas hingga September 2009. Tahniah IGP Musa kerana di zaman anda prestasi PDRM berada dalam keraguan rakyat yang tinggi! Mungkin gara-gara "sumpahan tilam" 10 tahun lalu. Apa yang pasti rakyat lihat "lakonan" anda mengalahkan lakonan Jalaludin Hasan. Kita cadangkan cogan kata "Saya Anti-Rasuah" diletakkan di dahi setiap anggota PDRM.

Elok warga PDRM renungi pepatah ini: Buruk dan Busuk ikan itu bermula dari kepala. Warga PDRM sememangnya patut malu mempunyai "kepala" yang sudah busuk lagi membusukkan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...