ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, August 10, 2008

16 September: Masa depan umat Islam?


Tarikh 16 September ditunggu-tunggu ketibaannya. Menurut ramalan politiknya, tarikh itulah Malaysia bakal mendapat PM baru.(itu cuma ramalan, hanya Allah Taala menentukan segala-galanya).

Bagi pendokong Gerakan Islam samada parti politi maupun NGO, tarikh itu perlu dilihat dari sudut keuntungan Islam. Dalam keadaan kegawatan politik tanahair sekarang, ramai dari kalangan pendokong Gerakan Islam mungkin terlepas pandang melihat perubahan-perubahan politik yang bakal berlaku. Kita mungkin asyik dengan penukaran kerajaan tetapi kita lupa nasib yang bakal menimpa politik umat Islam.

PAS sebagai mewakili kuasa politik orang Islam mestilah bersiap sedia menghadapi suasana yang tidak menentu ini. Pimpinan mestilah mempunyai "rancangan pelan kedua" jika kuasa politik umat Islam tergugat selepas penukaran kerajaan. PAS mestilah melakukan"apa sahaja" demi kelangsungan masa depan Islam di Malaysia.

Kita tidak mahu sikap "liberal" kerajaan baru(?) melangkaui batas-batas sempadan maruah umat Islam. Kita yakin pimpinan PAS mempunyai sikap tanggungjawab yang tegar terhadap masa depan umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang lalu, ternyata kita mempunyai sikap yang terbuka, jelas lagi terang. Kita boleh menerima pimpinan negara yang bukan Melayu tetapi mestilah Islam. Begitu juga kita boleh menerima sesiapa saja individu atau parti untuk menerajui Malaysia, asalkan Islam itu dimartabatkan di tempat yang layak baginya. Sejarah menyaksikan perseteruan kita dengan UMNO walaupun sesama Melayu adalah atas dasar Islam. Apabila UMNO menolak Islam, maka semboyan "perang" mula dibunyikan. Lamanya selama 51 tahun!.

Inilah yang perlu diberi perhatian kepada sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan kerajaan Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Kepada yang non Muslim, anda jangan risau kerana Islam itu bermakna kesejahteraan, keamanan, keadilan, keharmonian dan keselamatan.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...