ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, October 22, 2015

Welcome to BuduLand



Welcome to BuduLand

Ketika Kelantan kembali ke pangkuan Islam tahun Okt1990,aku pertama kali mengundi di bumi Terengganu.
Pertama kali daku menjejak bumi Serambi Mekah Feb 1995.Hari ini Okt 2015,telah 25 tahun bumi Tok Janggut ini di bawah pemerintahan pimpinan Islam.


Kelantan bumi perjuangan Tok Janggut menentang penjajah British.
Kelantan adalah Universiti Politik di kala rakyat Malaysia masih tertatih-tatih belajar politik kematangan.


Kelantan mulia dan diberkati selagi berpaksikan Islam sebagai paksi politik.

Tanyalah Mahathir..tanyalah Pak Lah...tanyalah Najib..tanyalah Mustafa Mohammad..tanyalah Anuar Musa dan tanyalah Ibrahim Ali......

Mengapa rakyat Kelantan menolak Keris Telanjang puluhan tahun walaupun jutaan RM ditaburkan oleh kalian semua?

Jawabnya hanya satu...kerana Kelantan miliki mahasiswa cerdik warga Universiti Politik.

Bagi gula..bancuh
Bagi kain pelikat..pakai
Bagi pitih..ambil
Bila ngundi..pangkah bulan purnama.


catatan petang sore

Kelantan bumi terakhir benteng kedaulatan Islam di Malaysia.
Dataran Tadahan Wahyu
Masjid Muhammadi jam 530ptg 17Okt 2015

Friday, October 16, 2015

UNTA DAN TRAK



Begitu takutnya Umar bin Khattab dengan amanah yang dipegang sehingga beliau pernah berkata : “ Seandainya ada seekor unta yang masuk ke suatu lubang di tengah jalan kota Baghdad , maka aku akan bertangungjawab dan akan ditanya oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti “. 

Bayangkan , khalifah Umar bin Khattab mengurus pemerintahannya dari kota Madinah, tetapi kekhalifahannya sampai ke kota Baghdad, dan dia merasa jika ada seekor unta yang terjatuh ke dalam lubang di jalan-jalan kota Baghdad, walaupun dia berada di Madinah, Allah juga akan mempertanyakan tugasnya dan menghukum kecuaiannya sebab tidak mengetahuii ada lubang di kota Baghdad yang telah mencederakan seekor unta.

Daku berharap di bumi Johor tiada seorangpun insan yang bertaraf fakir miskin,semua rakyatnya ada rumah,tiada yang duduk di bawah jambatan,tiada yang setinggan,tiada yang gelandangan, tiada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah,semuanya kenyang-kenyangan tiada kebuluran,tiada yang cuma makan ubi kayu dan duit zakat tiada seorangpun yang layak menerimanya.......
Maka di saat itu,bolehlah pemimpin tidur dengan lena di dalam trak yang harganya termahal di dunia kerana rakyatnya tidur dalam kekenyangan.

Wednesday, October 14, 2015

APA YANG PELIKNYA ?



Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktirafan sesebuah negara itu kepada PAS selaku partai yang berpengaruh dalam bidang politik di Malaysia.

Ramai Duta termasuk Amerika,Jepun,Jerman telah mengunjungi Pejabat PAS.Tentunya duta yang mewakili negara mereka membawa mesej penghormatan negara yang diwakilinya terhadap PAS.Biasanya di akhir kunjungan itu ada slot bergambar dan berjabat tangan.Biasalah.

Apabila Ketua PERKASA NGO pro UMNO Ibrahim Ali  mengunjungi Pejabat PAS dan berpelukkan dengan Presiden PAS tiadalah yang peliknya.Mereka bersetuju dalam perkara menentang kezaliman dan menegakkan keadilan iaitu TPPA,1MDB dan SOSMA.

3 perkara setuju bersama itu juga turut diperjuangkan sebagai isu oleh DAP,PAN dan PKR.Apa yang peliknya? Barangkali kerana TGHH bergambar sambil berpelukkan dengan Ibrahim Ali dan kunjungan PERKASA ke Pejabat PAS.

Sudah menjadi kelaziman TGHH meraikan tetamunya. Lihat ketika PAS mula memerintah Terengganu 1999 dimana TGHH mengunjungi Sultan Mizan di Istana Badariah dan mereka berdua berpelukkan.Begitu juga semasa Lim Kit Siang datang ke Wisma Darul Iman ketika TGHH menjadi MB.Mereka berdua juga berpelukkan.Tiada yang peliknya.

Kunjungan Ibrahim ke Pejabat PAS menunjukkan Ibrahim iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa  politik negara setanding UMNO.Ibrahim tahu PAS sudah tidak mempercayainya selepas kes menjadi MP Pasir Mas tempoh hari 2008-2013.Tetapi mengapa Ibrahim sanggup "melompat tangga" bangunan PAS semata-mata mahu jumpa TGHH?Jauh sekali Ibrahim mahu pijak pejabat PKR maupun PAN(PAN ada ibupejabat ke?)

Yang peliknya foto tentang Mat Sabu bersama amoi yang di anggap macam cucunya di BERSIH atau Rosmah berpelukkan dengan Lee Chong Wei selepas kejohanan badminton.

Selepas PERKASA,giliran siapa pula mengunjungi Pejabat PAS ? MCA,GERAKAN,MIC ? Semuanya tiada yang mustahil selagi namanya politik.

Tuesday, October 13, 2015

MALAYSIA: Apa sudah jadi?



Perkembangan terakhir suasana gawat negara samada politik maupun ekonomi semakin meruncing.
Kita melihat setiap kali mantan PM Dr Mahathir berbunyi,akan ada yang membalasnya semula.

Pertamanya,tentang penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Matthias Chang.Apabila Mahathir pertikai penahanannya di bawah akta SOSMA yang mana kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan kini ditahan di bawah SOSMA, yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Jawab Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,dulunya Mahathir juga begitu bahkan lebih kejam lagi dengan ISA yang tiada ruang untuk masuk mahkamah dan bela diri. Apa Mahathir mau jawab?

Tentu kita masih ingat kes Ezam dengan kotak-kotak ajaibnya yang penuh skandal rasuah menteri-menteri Mahathir.Akhirnya Ezam di sumbat dalam penjara.

Macamana kata-kata Mahathir sekarang mahu dipercayai  dan diyakini?Mungkin betul kata-kata Mahathir.Tetapi lihatlah seperti kata Datuk Dr Salleh Keruak.

Maknanya,jika engkau boleh buat dulu,mengapa kini kami tidak boleh buat? Bukankah kita sama-sama UMNO dan BN?

Keduanya, tentang kenaikan tol sehingga 200% menjelang Khamis ini.Hujah pro kerajaan,ini semua salah Dr Mahathir.Sebabnya,di zaman Mahathir lah segala syarat konsesi perjanjian dibuat.Kerajaan selepasnya hanya meneruskan perjanjian tersebut.

Setakat ini Dr Mahathir masih membisu tentang kenaikan tol.Sebabnya mungkin bakal terkena hidungnya sendiri.

Satu sudut kita melihat bagus dan beraninya Dr.Mahathir menegur PMNajib dan kerajaannya tentang pelbagai kes skandal seperti 1MDB,RM2.6billion,GST dan SOSMA.

Sudut lain pula kita melihat Dr Mahathir juga sama sahaja 2x5 bahkan adakalanya nampak lebih teruk dan zalim daripada PMNajib seperti kes Memali,Petronas,dasar penswastaan,Hakim Negara,penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan krisis Perlembagaan.

Betullah kata-kata arwah Ustaz Fadhil Nor bahawa Dr Mahathir dipanjangkan umur oleh Tuhan untuk melihat kesan-kesan yang terjadi hasil pemerintahannya selama 22 tahun.Ada yang terkena batang hidungnya sendiri dan paling banyak kesan buruknya ditanggung oleh rakyat yang tiada kepentingan pollitik.

Samada Mahathir tegur atau tidak,rakyatlah menanggung akibat azabnya sekarang.

PMNajib,Muhyiddin,Mahathir,Ku Li,Sanusi masih boleh main golf berhari-hari,berjam-jam tetapi rakyat tetap menanggung azab akibat perbuatan mereka semua samada yang masih pegang kekuasaan politik maupun yang sudah pencen.

Wednesday, September 23, 2015

PENGORBANAN DITUNTUT DARI KALIAN...Selamat Menyambut Aidil Adha


MUHASABAH DI PAGI 10 ZULHIJJAH

 

MUHASABAH DI PAGI 10 ZULHIJJAH

 
Hari Raya Idhul Adha merupakan hari besar umat Islam di seluruh dunia dimana pada hari tersebut di dalamnya terdapat suatu kegiatan yakni penyembelihan haiwan ternak (Qurban) dengan tujuan mendapatkan redha Allah Taala.Sedangkan penyembelihan haiwan ternak (Qurban)
secara etimologi berasal dari kata bahasa Arab, yakni Qaraba, Yaqrabu, Quban wa qurbanan wa qirbananyang bermakna dekat. Jadi, qurban berarti mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan mengerjakan sebahagian perintah-Nya. Qurban dalam pengertian sebenarnya diambil dari kata udhhiyah yakni bentuk jama’ dari kata ”dhahiyyah” yaitu sembelihan pada waktu dhuha tanggal 10 hb hingga 13 Dzulhijjah.
 Dari sinilah muncul istilah ”Idul Adha”. Dengan demikian yang dimaksud dengan Qurban atau udhhiyah adalah penyembelihan haiwan dengan tujuan beribadah kepada Allah pada hari raya Idul Adha dan tiga hari Tasyriq, yaitu tanggal 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.
Dalam sejarahnya, Qurban menurut firman Allah Taala dalam Q.S. Al Maidah : 27
”Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Al Maidah [5]: 27).
Dalam kandungan ayat ini bahwa dalam berqurban dilampirkan keikhlasan dan persembahan kepada Allah dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Seperti, dikisahkan pada era nabi Adam a.s.,ibadat qurban sudah diperkenalkan.
Beliau mendapat perintah dari Allah agar kedua anaknya melakukan qurban. Caranya dengan ”mempersembahkan” hasil bumi dan haiwan ternak. Kedua anaknya, Qobil dan Habil segera memenuhi perintah tersebut. Habil , dengan sepenuh hati berqurban untuk mencari ridha Allah dengan menyiapkan haiwan terbaiknya untuk qurban.
Sebaliknya, Qabil, yang petani, melaksanakan perintah tersebut dengan tidak ikhlas kerana Allah, ia merasa terpaksa. Ia berqurban dengan buah-buahan yang busuk yang ia sendiri tidak menyukainya. Qurban Habil diterima oleh Allah sedangkan qurban Qabil ditolak. Kisah tersebut dapat dijadikan suri tauladan yang baik bagi kita semua.
 
Adapun makna qurban adalah sebagai berikut :
1. Merupakan pencerah jiwa kerana dengan berqurban berarti jiwa kita terhubung dengan ketaqwaan kepada Allah Taala;
2. Dapat memupuk keikhlasan, kejujuran dan kesabaran yang membimbing kita mencintai Allah dan akhirnya juga mencintai makhluk ciptaanNya.
3. Mempererat tali persaudaraan kepada sesama manusia serta sikap solidariti(kesatuan) yang tinggi; dan
4. Memperkuat keteguhan hati dan jiwa dalam diri kita.
 
Semua makna qurban di atas harus dicermati dan diperhatikan baik-baik kerana keikhlasan dan keseungguhan berqurban berarti pendekatan kita kepada Allah SWT. Sikap iman dan taqwa juga meliputi itu semua. Kesedaran dalam jiwa yang menumbuhkan sikap iman dan taqwa dalam diri kita dengan makna-makna tersebut.
 
Hidup di dunia merupakan rangkaian putaran kehidupan manusia yang panjang yang bermula dari Allah (alam azali), lahir di dunia, meninggal dan berada di alam kubur, dibangkitkan kembali dan perhitungan amal baik serta jahat, kemudian hidup di akhirat, syurga atau neraka.
 
Ibadah haji dan qurban sekali lagi mengingatkan kita terhadap kehidupan masa lalu ( Adam, Qabil, Habil, Ibrahim, Sarah, Ismail) bagaimana mereka berjuang dan berqurban untuk mendapatkan ridha Allah.
 
Ibadah tersebut juga mengukuhkan semangat kita untuk merenungkan apa arti qurban dan ibadah haji pada masa kini. Haji dan qurban adalah syariat untuk pensucian jiwa, membersihkan kotoran yang ada pada hati kita, sifat-sifat ananiyah atau egoisme dibersihkan melalui ibadah haji dan menyembelih qurban.
 
Kita tebar kepedulian sosial kita kepada sesama umat manusia melalui pembahagian dagingqurban, dan persahabatan abadi kita jalin antara sesama muslim sedunia melalui ibadah haji.
 
Juga tujuan qurban adalah untuk menumbuhkan dan memantapkan rasa solidariti sosial dengan sesama kaum muslimin sehingga diharapkan dapat menjambatani kejurangan sosial antara yang mampu dengan tidak mampu, apalagi dalam masa krisis ekonomi yang berkepanjangan seperti sekarang.
 
Ditambah pula konflik yang terjadi di masyarakat seperti kezaliman di Palestin,Gaza,Rohingya,Mesir,Pattani,Syria serta kebuluran  yang menimpa Afrika yang mana amat memerlukan bantuan kita sebagai sesama muslim. serta untuk menguji apa dan siapa dan sebenarnya yang menjadi orientasi atau tujuan hidup manusia, apakah harta atau kecintaan kepada anak dibanding dengan kecintaan kepada Allah?

Tuesday, September 8, 2015

PERANG BERMULA......apabila SB cuba geletek First Lady.



Mulanya sekadar percikan api sahaja.Kini api sudah membesar.Nampaknya muncung "pistol" SB menghala ke arah isteri PMNajib.Di ungkitnya masa dan tugas mengiringi  First Lady.Dulunya "muncung pistol" di hala ke arah Menteri Polis Zahid hingga Zahid mendakwa kepala mantan orang kedua SB ini sudah "masuk air".

Tidak pernah dalam sejarah dunia,SB cuba "bergocoh" dengan wanita bertaraf First Lady.Regim Marcos dulu tumbang pun bukan kerana SB tumbuk Imelda.Begitu juga bukan SB yang sepak Farah hingga tersungkur Shah Iran.Juga bukan SB yang terajang Ibu Tien hingga Suharto tewas.

Hebat juga perjuangan SB ini.Sanggup berjuang hingga "titisan darah terakhir".Sudah alami pengalaman "bertempur" dengan Tentera Solo dalam Lahad Datu War.Sanggup di kerat 16 demi pertahan Dr Mahathir.Tentunya mudah semudah "kacang" untuk "bertempur" dengan  First Lady walaupun barangkali senjata ampuh  First  Lady adalah bomoh,dukun dan hantu puaka.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.Cumanya kita teringat "kisah zaman silam" hebatnya SB "berperang" dengan PAS. Ramai aktivis PAS di sumbat dalam Kem Kamunting,ramai guru PAS di eksport ke Sabah Sarawak hasil "kerja tangan" laporan SB.Ramainya aktivis PAS di ziarahi SB lewat larut malam,di takut-takut dan diugut..

Kini apabila Bos SB dan orang keduanya SB di masukkan dalam "peti sejuk" JPM,barulah berbunyi suara-suara aneh.Baru kini SB merasai betapa "enaknya" berkhidmat atas dasar politik.Apabila berkhidmat atas dasar politik maka bersedia hadapi tindakan politik.

Dulu kita seronok sakan ikut arahan orang politik untuk bertindak ke atas rakyat yang membayar gaji mereka.Tangkap,sembur air,pukul,sepak terajang bahkan sanggup tembak rakyat di Memali.Kini segalanya terkena atas batang hidung kita sendiri.Baru anda tahu betapa jahat dan kejamnya UMNO apabila anda berpaling arah !

Anda boleh beralasankan keselamatan negara atau apa sahaja 1001 hujah anda apabila terkena batang hidung sendiri. Ini adalah isu politik UMNO semata-mata.Ini adalah "peperangan lanun-lanun" semata-mata.Dulu rakyat jadi mangsa.Kini giliran SB pula.

Apabila ada sebahagian lanun-lanun tidak mendapat bahagian hasil lanunannya ke atas harta rakyat,maka berkokok dan mengamuklah mereka.Maka untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong kumpulan lanun yang tewas mengecapi hasil rompakan harta rakyat,di laungkan isu keselamatan negara.Skrip yang sama diulang-ulang.

Ketika DS Anwar dilebam-lebamkan matanya oleh IGP dan dalam masa yang sama PM Mahathir dakwa Anwar pukul kepalanya sendiri,di mana anda wahai segala mantan SB ? Adakah ketika itu anda masih bersifat "barua dan macai UMNO" dan belum "sedar" lagi permainan keparat UMNO?

Apapun,di harapkan pos kawalan kem-kem tentera diperketatkan lagi keselamatannya agar gedung senjata tiada berlaku kecurian bahan letupan C4 !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...