ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, August 31, 2013

MERDEKA KAH KITA? Sejarah yang dipusing-pusing.





Isu tentang sejarah pembabitan Mufti Palestin Sheikh Muhammad Amin Husaini dengan Hitler dan juga pembabitan orang Melayu dalam Rejimen 10 PKM adalah suatu perkara menarik untuk kajian.

Dua isu ini mempunyai 2 pandangan sisi.

Pandangan popular adalah pandangan dari pihak yang berkuasa dan menguasai media.Pandangan ini juga dimasukkan dalam subjek Sejarah maupun filem-filem.

Selama ini kita disogokkan tentang kejahatan Nazi dan Hitler. Hitler dilabelkan sebagai manusa yang laparkan darah Yahudi. Buku-buku sejarah banyak menceritakan tentang "keganasan dan kezaliman" Nazi pimpinan Hitler.

Dikuatkan dengan propaganda Yahudi dengan peristiwa "Holocaust". Banyak filem tentang peperangan antara Amerika dengan Jerman menceritakan dakyah kehebatan Amerika dan kezaliman Nazi.

Tiba-tiba kita disajikan satu lagi fakta tentang Hitler dan Nazi. Bagaimana pembabitan Mufti Palestin dengan Hitler. Juga hubungan Kerajaan Uthmaniyyah Turki dengan Tentera Nazi dalam menghadapi Tentera Bersekutu.

Di sini kita melihat hubungan Sheikh Husaini dengan Hitler dan Uthmaniyyah dengan Nazi. Semuanya membabitkan musuh yang sama Yahudi.

Kita juga melihat bagaimana pihak Yahudi yang menguasai media,akhbar dan filem begitu ghairah menggambarkan "kejahatan dan kezaliman" Hitler dan Nazi.

Mesti ada sebabnya. Antaranya untuk menutup dan menghapuskan fakta tentang hubungan Mufti Palestin dan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Hitler dan Nazi.

Hubungan erat Mufti Palestin dengan Hitler dan Nazi untuk menentang musuh yang sama Yahudi mengundang kepada kita untuk berfikir.

Ketika itu Palestin sudah mula didatangi Yahudi. Palestin mula dijajah pendatang Yahudi dari Eropah yang dibantu Amerika dan British.

Tentunya Mufti Palestin bersama Hitler untuk bersama-sama menentang penjajahan Yahudi Palestin kerana Hitler mempunyai pengalaman tentang kejahatan Yahudi di Jerman.

Begitu juga di negara kita. Ramainya pejuang kemerdekaan dilabelkan sebagai "pengganas komunis" atau Golongan Kiri. Itu belum lagi gelaran penderhaka dan pengkhianat.

Bermula dengan Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh seterusnya Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin hinggalah Assyahid Ibrahim Libya .

Semuanya "menerima nasib yang sama" dari skrip yang sama oleh Sang Penguasa!

Kita disogokkan dalam buku Sejarah tentang "kejahatan" Golongan Kiri dan PKM.Puluhan tahun buku sejarah di sekolah membawa propaganda ini.

Kta tidak dibawa berfikir mengapa Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin lari ke hutan dan bergabung dengan PKM ?

Kita juga disogokkan dengan "kejahatan " PKM membunuh Pesuruhjaya British Henry Gurney.

Tetapi kita tidak dibawa berfikir siapakah dia Henry Gurney? Beliaulah antara pembunuh rakyat Palestin yang bersekongkol dengan Menahem Begin, Irgun dan Haganah yang menyembelih rakyat Palestin di Dier Yasin!


Yang pastinya selama British menjajah negara kita TIADA seorangpun pimpinan UMNO dibunuh,digantung,dipenjara dan dilabelkan sebagai pengkhianat, pengganas dan penderhaka.

Mengapa? Fikir sendiri.

TAHUKAH ANDA? Saudi pembekal "ajinomoto" terhebat !


Seperti biasa Amerika akan berlagak seperti Superman atau Wonder Pet untuk "menyelamatkan keadaan".

Kali ini Syria bakal menjadi mangsa mereka.

Episod sebelum ini adalah Bosnia. Apabila pihak Mujahideen seluruh dunia berhimpun di bumi Balkan itu untuk berjihad dan mereka telah menghampiri garis kejayaan.

Maka sekonyong-konyong Amerika membentangkan Perjanian Dayton untuk menyelamatkan Regim Serbia.

Inilah yang berlaku kepada Syria. Setelah Regim Basyar diambang kekalahan dan Mujahideen seluruh dunia telah menakluk hampir 80% bumi Syria dari Regim Basyar. Maka Amerika dengan alasan senjata kimia mula bersiap untuk menyerang Syria.

Siapakah yang menggunakan senjata kimia yang membunuh hampir 2,000 rakyat Syria?

Inilah pakatan antara Amerika dan Basyar demi menyelamatkan regim Syiah Alawiyah ini.

Harga nyawa di sisi Amerika tidak bernilai.Lihat kembali Peristiwa 9/11 dahulu. Bagaimana Amerika menjadikan 3,000 nyawa rakyatnya sendiri sebagai "tiket" untuk menakluk Afghanistan,apatah lagi dengan nilai nyawa rakyat Syria!

Amerika juga cuba mengalih tumpuan dunia daripada pembunuhan Regim As Sisi sokongan Amerika kepada isu Syria pula. Maka beralih tumpuan dunia kepada Syria.

Seterusnya, dalam tumpuan dunia kepada serangan Amerika terhadap Syria, Regim kudeta Mesir akan melakukan pembunuhan beramai-ramai kali kedua terhadap rakyat Mesir.

Dan dalam waktu yang sama, Regim Zionis bergerak seiringan menyerang rakyat Palestin di Gaza.

Lihat, kini tiga buah negara Islam(Palestin,Mesir dan Syria) menjadi "makanan lazat" untuk santapan Amerika,Zionis dan Syiah!

Saudi dan negara Teluk berfungsi sebagai "penambah Ajinomoto" kepada "makanan lazat" itu agar akan bertambah selera lagi Amerika dan Zionis melahap makanan tersebut.

Begitulan percaturan dan perancangan Amerika dan Zionis terhadap umat Islam.

Wa Islamah!

Thursday, August 29, 2013

TEKA : Adakah katak ada tahi gigi dan tahi telinga...?




Perang besar bakal berlaku. Puncanya kerana KJ "mengusik" sarang katak!

Marah benar Ibrahim Ali terhadap menantu Pak Lah. Semua sejarah dan kisah lama diungkitnya.Kisah dia mendaki "gunung Kilimanjaro" untuk jadi pimpinan UMNO berbanding KJ naik jadi Ketua Pemuda kerana menantu PM ketika itu.

Kisah KJ "merayu" kepadanya dalam kes saman Anwar Ibrahim. Lebih "menyayatkan hati" dia menyesal kerana tidak jadi menantu pimpinan tertinggi UMNO.Tidak seperti nasib KJ.

Inilah kisah Ibrahim Ali.Begitu banyak kisahnya yang "mengharukan,memilukan dan menyayat kan hati" bila mendengarnya. Elok Shuhaimi Baba filemkan kisah Presiden Perkasa ini agar menjadi tatapan generasi kemudian!

Selepas ini,elok budak-budak PERKASA pakat buat demo depan Kementerian KJ kerana menghina Presiden mereka.

Agaknya apa jawapan KJ apabila Ibrahim Ali mengatakan KJ naik jadi Ketua Pemuda kerana beliau menantu PM ketika itu?

Barangkali KJ juga ada jawab balasnya.Mungkinkah KJ akan berkata, "  Memang aku naik kerana jadi menantu PM,you pula apa kurangnya....banyak jawatan kerana kau seekor katak....boleh lompat-lompat!"

Jika Hang Nadim berjaya tewaskan todak,adakah budak Tingkat 4 berjaya tewaskan katak?

Ingat KJ ! Nanti Ibrahim mengadu kat tok gurunya,Dr Mahathir!






Wednesday, August 28, 2013

Renungan Hari Merdeka: MERDEKA KAH KITA ?


Patung-patung ini direka oleh warga Austria yang juga pereka Tugu Iwojima di Amerika.

Dulunya,setiap tahun bermula 1966 hingga 2009 diadakan upacara khas di depan patung ini
tanda mengingati perjuangan patung-patung ini buat negara kita

Bahkan, jika ada tetamu negara
suatu kewajipan dalam tentatif program untuk
hadir dan kalung bunga depan patung ini

Peliknya tugu ini
wajah patungnya tiada iras askar Melayu

Lebih pelik lagi
tiada satupun nama Melayu Islam
tercatat di kaki tugu ini
sebagai pahlawan tanahair

Adakah ini hasil peninggalan penjajah Inggeris?
seperti Kota Farmosa peninggalan penjajah Portugis

Merdeka kah kita.........

31 OGOS : Adakah nilai sejarah kita lebih murah dari sebatang rokok daun....?




Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.
Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "dimaki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "dikencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Atatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "d kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau disanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Friday, August 23, 2013

Kita sama sahaja seiring sejalan



Dua penjara
dua benua
dua negara
berita gembira
berita sedih

Morsi seorang hafiz dan presiden
dihumban ke penjara oleh pembunuh rakyat
Mubarak seorang diktator kejam
dibebaskan oleh kudeta

Altantuya Shariibuu seorang wanita hamil
diletupkan kejam dalam hutan belantara
Sirul dan Azilah anggota UTK
dibebaskan tanpa hukuman

itulah fenomena 2M...Malaysia Mesir

Thursday, August 22, 2013

MESIR KINI : Skrip Amerika semakin mendekati penamat.......



Kemuncak kepada Kudeta Tentera Mesir ialah pembebasan mantan Presiden Hosni Mubarak. Begitu bijak Kudeta Tentera pimpinan As Sisi mengambil peluang.

Dikala rakyat diratah peluru tenteranya,sedang menangisi orang yang tersayang syahid dan dikala PBB,OIC dan NAM masih membisu , Regim As Sisi pimpinan Amerika dan Israel mengambil peluang membebaskan Mubarak dari penjara.

Mubarak seorang sekutu rapat Amerika dan Israel.

Mengikut Mahkamah era Presiden Morsi, Mubarak dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana pembunuhan rakyatnya di Dataran Tahrir semasa Arab Spring 2011.

Nampaknya skrip yang dikarang oleh Amerika semakin mendekati penamat. Bermula dengan hasutan tentera untuk demostrasi Anti Morsi , penggulingan Morsi, pembunuhan beramai-ramai rakyat pro Morsi hinggalah pembebasan Mubarak.

Amerika dan sekutunya di  Eropah (UE) akan berpura-pura mengutuk Mesir. Dalam waktu yang sama Amerika mengarahkan sekutunya di Timur Tengah Saudi,Kuwait dan UAE memberi bantuan dan sokongan kepada Regim Kudeta Mesir.

Dalam masa yang sama juga,Amerika mengarahkan Regim Kudeta agar mempropagandakan kononnya Amerika  masuk campurtangan di Mesir dengan memberi sokongan kepada Ikhwanul Muslimin(IM).

Tujuannya agar rakyat Mesir terpengaruh dengan propaganda itu dan membenci IM.

Regim Kudeta juga akan meletakkan senjata-senjata buatan Amerika kononnya disalurkan kepada IM.

Dakwaan Amerika menyokong IM akan terhapus apabila Amerika mengarahkan Regim Kudeta supaya mencipta dakwaan baru kononnya Al Qaeda memberi bantuan persenjataan kepada IM untuk membunuh rakyat Mesir.

Selepas ini,kita bakal melihat  Regim As Sisi ini dengan arahan Amerika membuat sabotaj mengebom tempat-tempat awam di Mesir . Taktik yang sama berlaku di Algeria.

Pembunuhan 25 askar Mesir di Sinai baru-baru ini adalah salah satu sabotaj Regim As Sisi.

Jika Amerika boleh membunuh rakyatnya sendiri seramai 3,000 orang di WTC dalam Peristiwa 9/11, mengarahkan Regim As Sisi bunuh rakyat Mesir menjadi perkara kecil sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...