ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 16, 2016

RM12 juta...di mana kau?







Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi diberikan kepada NGO Islam Filipina.Yang menariknya  Zahid menyatakan NGO itu tiada kaitan dengan pengganus dan lanun Abu Sayaf.

Apa kaitan RM12 juta dengan NGO Islam Filipina itu?Adakah keluarga tebusan "berniat nazar" seandainya tebusan bebas,maka diniat dan nazarkan RM12juta untuk NGO itu? Begitukah ceritanya Zahid?

Lihat kronologi penculikkan.
- Empat rakyat Sarawak diculik.
- Lanun Abu Sayaf mahu wang tebusan RM30 juta.
- Tawar menawar berlaku.
- Keluarga jual tanah,aset,minta sumbangan dari semua pihak.Dapat RM12juta.
-Serah Rm12juta kepada SB Sandakan.
- Tebusan dibebaskan.
-IGP Khalid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf.
-TPM Zahid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf tetapi RM12 juta diberikan kepada NGO Islam Filipina.
- Keluarga tebusan keluar kenyataan bahawa RM12 juta telah diserahkan kepada SB Sandakan.

Persoalannya:
1) Adakah benar RM 12juta itu di berikan kepada lanun?
2) Zahid dan IGP Khalid buat kenyataan sekadar satu muslihat agar ianya tidak menjadi satu "budaya" bayar tebusan jika berlaku penculikkan.
3) Adakah berlaku pembagian "komisen" RM12juta kepada pihak yang berunding dengan lanun itu ?
4) Adakah RM12juta itu untuk Nur Misuari yang bantu rundingan dengan Lanun Abu Sayaf?
5) Adakah lanun Abu Sayaf langsung tidak dapat sesen habukpun duit Rm12 juta?

Apapun keluarga tebusan telah bayar RM12juta,tetapi tidak diketahui ke mana duit itu pergi.

Zahid dan IGPKhalid perlu cari resit bukti pembayaran RM12 juta kepada NGO.Ini perlu kerana sejak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun PMNajib,ramai rakyat Malaysia impikan ingin mengikut jejak Najib menjadi manusia bertuah!


Sunday, June 12, 2016

DEDAK : Made In Mahathir



DEDAK ...Made in Mahathir
Malang nasibmu dedak......
Sekonyong-konyong tenaga ambang sore Mahathir
tabur dedak
dapat jerat semua mangsa
Keris Telanjang,Roket,Imayam,Mata Satu dan segala mak nenek
malangnya satu belum dapat...belum mengena
Bulan Penuh cerdik
kenal dedak siapa empunya...siapa tabur
Dedak Made in Mahathir penuh racun dan tipudaya
Elok Mahathir sendiri meratahnya untuk rasai kelazatannya !

Saturday, June 11, 2016

POLITIK MALAYSIA MUTAKHIR



PAS
Telah lalui proses penapisan dan saringan.Setelah 12 bulan berlalu selepas Muktamar di Selangor,kini PAS boleh tenang mengharungi lautan politik Malaysia.Suasana Muktamar di Kota Bahru yang lepas membuktikan ketenangan dan kedamaian PAS.

UMNO 
Sejak Mahyuddin di tendang dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Dr Mahathir keluar dari UMNO,parti itu semakin parah.Perpecahan Team A dan Team B berulang kembali setelah 30 tahun.Yang menariknya dulu Mahathir di pihak Team A kini beliau di pihak Team B pula.

Cumanya Mahathir tidak seberani Ku Li yang menubuhkan parti baru Semangat 46.Mahathir cerdik dan licik tetapi penakut.Beliau takut kepada bayang-bayangnya sendiri.Takut kepada kejatuhan UMNO yang akan menyebabkannya dihumban ke Penjara Kajang! Juga takut pengaruh Anwarjika keluar dari Penjara Kajang.

Mahathir berjaya  menagih simpati dari wartawan veteran Kadir Jasin,blogger Shahbudin,Lim Kit Siang dan pimpinan DAP,PAN dan segelintir pimpinan PKR.

Bagaimanapun kelicikkan Mahathir masih diragui semua orang.Siapa tipu siapa?

PKR
Akibat Deklarasi Rakyat,pepecahan pimpinan PKR semakin teruk.Team Azmin menyokongnya manakala Team Azizah menentangnya.Rafizi ambil jalan selamat.

Azmin pening sebab PAS tidak bersama dalam Deklarasi ciptaan/jerat/umpan Mahathir itu.Sepatutnya jalan politik Azmin sentiasa ikut arah pandu PAS kerana PAS mengangkat namanya ke Istana untuk jadi MB.Malangnya Azmin seolah mahu ikut jejak Ezam ! Wallahua'lam.

DAP 
Sejak putus hubungan dengan PAS,parti adik beradik PAP ini semakin tajam semangat anti Islam,rasis dan liberalnya.Sama seperti sekular UMNO,lagak sombong DAP semakin menampakkan wajahnya.
Sejak pimpinan aliran Kristian menguasai DAP daripada aliran Buddha,DAP semakin lantang kurang ajar dengan Islam.Dengan menggunakan PAN,parti itu menjadikan PAN sebagai perisai semasa menyerang Islam.

Yang pasti,sejak putusnya hubungan dengan PAS,sokongan Melayu Islam kepada DAP semakin merosot.Barangkali Mat Sabu bakal menjadi ahli Melayu yang terakhir masuk DAP.






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Saturday, March 26, 2016

ALANGKAHNYA BERBEZANYA KITA DENGAN MEREKA




ALANGKAHNYA BERBEZANYA KITA DENGAN MEREKA

Seorang wanita Korea dengan sengaja "membuang duit kertasnya sejumlah RM85,000 di jalan raya.Niatnya untuk "sedekah" .Malangnya tiada siapapun yang lalu lalang mengambilnya.Terpaksa anggota polis datang untuk memungut balik dan serah kepada wanita itu.
Bayangkan jika berlaku di Malaysia.
Di Malaysia jika lori bawa minyak masak kemalangan,warganya berebut-rebut untuk mengambilnya tanpa mengira hukum hakam.Itu belum lagi duit bersepah macam di Korea itu.
Cumanya satu sahaja yang warga Malaysia tidak berebut-rebut jika lori kemalangan.Iaitu jika lori bawa babi terbalik,masing-masing cepat-cepat mengelak.Jijik dengan babi.Tetapi tidak jijik dengan mencuri.

Thursday, December 17, 2015

SEDONDON SEPENTAS



Bila presiden PAS dan UMNO duduk sepentas,riuh seluruh Malaya.Ada berkata positif...ada yang teruja..ada yang negatif...ada yang gementar dan ada yang sekadar tersenyum.
Anda yang mana satu?
Saya di pihak sekadar tersenyum.
Yang teruja,barangkali PERKASA,ISMA,NGO pro UMNO,Mufti Perak dan sewaktu dengannya.
Yang negatif, tentunya PAN.Sebabnya,PAS bertambah kawan walaupun belum "bergabung".Tentunya ada undi Melayu UMNO sudah masuk poket PAS.PAN hanya harapkan undi Cina DAP dan G25 !
Yang gementar sudah pasti DAP.Parti Roket ini amat cerdik melihat perkembangan politik masa hadapan.DAP tentunya belajar dari sejarah PAS.Setiap kali UMNO bergaduh,undi Melayu mengalir menuju ke peti undi PAS.Inilah yang menggerunkan DAP.Ini bermakna undi PAS bermakna sokong HUDUD !
Perkembangan semasa menunjukkan orang Melayu bosan dengan karenah politik UMNO,percakaran sesama pembangkang.Asalnya orang Melayu bosan dengan "peperangan" PAS dengan "orang kalah pemilihan G18".Setelah tertubuh PAN dan kemesraan PAN dengan DAP menyebabkan orang Melayu atas pagar serta Melayu UMNO kagum dengan kesabaran,berjiwa besar,istiqamah dan tahan uji PAS menghadapi ujian tersebut.
Ini kelebihan PAS.
Hebatnya PAS masih boleh bersabar dengan Memali,Lubuk Merbau,ISA,pertukaran gurunya,pembuangan kerja dan diskriminasi minyak di Kelantan dan Terengganu dan terkini Unit Amal kena halau dari penempatan banjir di Selangor.
PAS boleh bersabar.Mengapa? Kerana PAS parti politik dan dakwah.Meramaikan kawan mengurangkan musuh.Senjatanya adalah kesabaran.
Ketika arwah Ustaz Fadhil Nor sepentas dengan Dr Mahathir atas isu Palestin,tiada seriuh kampung seperti hari ini TG Haji Hadi sedondon dengan PMNajib. Mengapa?
Ketika itu,UMNO kuat.Dr Mahathir berkuasa dengan ISAnya dan orang PAN masih dalam PAS.Tiadalah suara bising PAN.
Mengapa pula DAP tidak gementar lutut? Kerana UMNO kuat dan dengan sendirinya orang Melayu UMNO sekular menentang hudud.Tiada undi buat PAS.
DAP hanya takut sekiranya orang Melayu UMNO kembali kepada Islam.Itu sahaja.
Hari ini kita melihat di atas pentas dua wajah insan yang berlainan walaupun sedondon.Satu menagih simpati dikala orang-orangnya berpecah dua akibat bencana RM2.6bilion sambil menebuk kapal bernama UMNO.
Manakala seorang lagi melihat ummah perlu diselamatkan dengan Islam untuk selamat dunia juga akhirat.
Berbezakan? Sebab itu saya tersenyum.

Friday, December 4, 2015

IKRAM : Ke arah mana hala tuju ?



Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti Amanah Negara(PAN).

Walaupun IKRAM mensyaratkan ahlinya meletak jawatan dalam organisasinya kepada ahlinya yang di lantik sebagai pimpinan PAN tetapi ianya tetap meletakkan IKRAM di pentas kancah politik negara.

Bezanya dahulu pimpinan IKRAM(dulunya JIM) menumpang rumah PAS dan PKR sejak zaman reformasi kini sudah ada rumah sendiri yang bernama PAN.Walau bagaimanapun PAN tidak sepenuhnya milik IKRAM.Muhammad Sabu,Salehudin Al Ayubi,Anuar Tahir antara yang tidak berwajah IKRAM.Mat Sabu dengan pro Iran dan Anuar dengan wajah ABIMnya.

Paling tertinggi kedudukan ahli IKRAM di dalam PAN adalah Naib Presidennya iaitu Ustaz Hasanuddin Yunus.

Pimpinan IKRAM mesti membuat keputusan yang kolektif,tepat dan tegas dalam perkara ini.

Terkini dengan pembabitan Mat Sabu dengan pimpinan Regim Bashar "memusnahkan" program kemanusiaan IKRAM.

Barangkali pimpinan IKRAM boleh membuat "dalih" bahawa NGO itu non partisan.ABIM pernah mendakwa demikian.Tetapi bila DS Anwar masuk UMNO,tiada lagi non partisan buat ABIM hingga ABIM berpecah kepada ABIM PAS,ABIM UMNO dan ABIM Perlis.Kini ABIM Perlis sahaja yang menampakkan ABIM yang "original" non partisan dan bertukar nama kepada HALUAN.

Mengapa IKRAM bersungguh-sungguh untuk masuk politik?Sejak zaman IRC kemudian JIM,mereka "berfatwa" pilihanraya adalah tidak syarie.Bahkan ada ahli JIM mengundi calon UMNO menentang calon PAS. 

Majoriti ahli JIM tidak mendaftar sebagai pengundi hinggalah zaman reformasi.Semasa era reformasi,berduyun-duyun dan berbondong-bondong ahli JIM mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi PRU 1999.Ketika itu tiada lagi istilah pilihanraya "tidak syarie".

Sejak itu ramailah pimpinan JIM masuk politik.Ada yang masuk PKR dan PAS.Antaranya Haji Shaari Sungib(Abu Urwah).Beliau menjadi calon Parlimen Paya Besar,Pahang 1999 tetapi gagal tetapi berjaya di DUN Hulu Kelang Selangor PRU 12 dan PRU 13.

Ramai juga calon JIM yang menjadi calon PKR dan PAS dalam PRU.Termasuk juga Ustaz Hasanuddin Yunus yang bertanding tiket PAS di Johor tetapi tewas.

PAS bersikap terbuka.Walaupun persepsi mengatakan IKRAM ingin meng"ikram"kan PAS seperti ABIM ingin meng"Abim"kan PKR,malah kalangan pimpinan PAS masih memberi ruang dan peluang kepada pimpinan IKRAM untuk menjadi calon PRU sejak PRU 1999.

Bermula pengasas JIM(YB Haji Saari Sungib) mengingkari arahan pimpinan,bermula dan terserlahkan wajah sebenar IKRAM terhadap PAS walaupun ada di kalangan mereka yang tetap bersama PAS seperti YB Meru Dr Abd Rani Othman.Yang lainnya mendekati PAN.

IKRAM mesti memahami menerjunkan ke alam politik tidak sama seperti menguruskan institusi kebajikan dan pendidikan.Lebih-lebih lagi politik Malaysia.Iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Mesir,Turki,Tunisia dan Indonesia. 

Politik Malaysia hanya membabitkan penentangan dua pihak sahaja.Satu pihak mahukan syariat Islam dan satu lagi menentangnya.Di Malaysia,politik Islam telah lama berakar umbi.Bermula Hizbul Muslimin era 30an hinggalah di haramkan oleh penjajah British.Kemudian PAS mengambil alih dan meneruskan perjuangan menegakkan hukum Tuhan di bumi Malaysia.

Sepatutnya melihat situasi politik Malaysia,IKRAM perlu menjauhi alam politik.Cukuplah mengendalikan 9 institusi kebajikan dan pendidikan untuk mendidik dan tarbiah ummah.Bidang politik serahkan kepada PAS kerana ianya satu organisasi tunggal politik sejak berzaman berteraskan Islam.Sepatutnya IKRAM membantu PAS dalam soal politik bukan memecahkan undi Muslim.IKRAM mempunyai ramai ahli yang elit yang boleh bersama menegakkan Islam melalui politik pilihanraya.

IKRAM sepatutnya melihat pengalaman Jamiat Islami di Pakistan.Mengapa rakyat Pakistan menolak Jamiat dalam pilihanraya walhal Jamiat mempunyai ramai ahli yang elit,intelektual,hospital,badan kebajikan..Antaranya sebabnya Jamiat terlalu elit tidak kuat sokongan dari rakyat marhein.

IKRAM kena sedar betapa calonnya yang berjaya menjadi YB adalah kerana sokongan dan kerja kuat dari rakyat marhein dari kalangan penyokong PAS. 

Politik Malaysia semakin lama menampakkan wajah sebenar DAP.Sewajarnya IKRAM menjauhi DAP.PAS menolak DAP bukan kerana anti Cina kerana PAS sudah ada Dewan Perhimpunan Non Muslim.Ikatan persahabatan dengan DAP dirungkai kerana DAP tidak menghormati hak-hak orang Islam untuk mengamalkan hukum Allah di Kelantan.

 Percayalah,jika IKRAM balik asal kepada landasan sebenar sebagai NGO Islam non partisan,kerja kebajikan mereka dapat dilipat gandakan dengan pandangan positif dan sokongan dari PAS.

Belajarlah dari pengalaman ISMA yang mencuba masuk politik baru-baru ini.Mereka dilihat sebagai kerabat UMNO dan tentunya golongan akar umbi tidak menyukainya.Apatah lagi apabila PAS putus hubungan dengan DAP dan lagak pimpinan DAP yang angkuh,sombong menolak syariat Islam dan dalam waktu yang sama pimpinan IKRAM masuk PAN dan mesra dengan DAP.Lagilah bertambah benci golongan akar umbi marhein terhadap PAN.Dan sudah tentu tempiasnya berjangkit kepada IKRAM.
  
 Ingat,janganlah sampai majoriti Muslim di Malaysia menganggap IKRAM pula salah satu sayap baru ciptaan DAP selepas PAN ! 

IKRAM,anda mampu mengubahnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...