ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih al...
-
AMERIKA YANG BERWAJAH DUA "Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama... 3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahas...
Sunday, June 28, 2015
DAP...apa moral anda? SIRI 4
Tiada dalam sejarah partai politik pembangkang sejak merdeka 1957,ada sebuah partai yang begitu "teruja,syok lagi gatal " untuk campurtangan dalam pemilihan partai pembangkang lain melainkan DAP.DAP mencipta sejarah tahun 2015 dengan "mencemar roket" berkempen,memburukkan Presiden PAS tanpa malu segan silu.
Ada 2 mitos dan dongengan DAP untuk bahan kempen serta untuk menakutkan ahli dan penyokong PAS semasa pemilhan Muktamar 2015 baru-baru ini.
1) DAP gunakan sentimen TGNik Aziz.Kononnya TGNik Aziz seorang yang terbuka,senang didekati,boleh ditegur dan memahami citarasa non muslim.Tujuannya untuk timbulkan kebencian kepada Presiden PAS TGHaji Hadi.
Semua orang tahu setiap tahun,Kelantan anjurkan Hari Hudud.Setiap kali TGNik Aziz keluar kenyataan tentang hudud,keesokkan harinya Karpal Singh(mendiang) akan keluar kenyataan balas.Saban tahun kejadian ini berlaku hinggalah TGNik Aziz keluar kenyataan(bergurau/mantik?) di dada Karpal ada tersemat bulan ! Karpal meninggal kemalangan tahun 2014.
2) DAP begitu rancak memprovokasikan tentang Kerajaan UG.Setiap kali kenyataan Presiden PAS dimanipulasikan rapi dengan "kerjasama" dengan UMNO.Jika UMNO terkenal dengan mitosnya jika UMNO tumbang,negara akan huru hara,begitu juga DAP yang mula menakut-nakutkan ahli penyokong PAS,kononnya Presiden PAS ingin membawa PAS berbaik dengan UMNO.
Jahatnya DAP terbongkar apabila kenyataan Lim Kit Siang untuk bergabung dan berkerjasama dengan BN(termasuk UMNO lah) menentang PAS jika PAS jalankan hudud di Kelantan.Celakanya DAP !
Mana jahat dan celaka antara :
1) PAS sanggup berkerjasama dengan UMNO jika UMNO terima Islam dan sokong hudud.
atau
2) DAP sanggup bersatu dengan BN untuk menentang hudud di Kelantan ?
DAP...apa moral anda ? SIRI 3
Semasa pemilihan pimpinan PAS 2013,ada pertandingan pimpinan sehingga peringkat Timbalan Presiden.Tetapi tiadalah ketara perbezaan pendapat dan kritikan.Dan DAP tida sentuh langsung tentang pemilihan ini.
Sebaik sahaja Langkah Kajang gagal dan pemilihan Presiden PAS menjadi Timbalan Ketua Ulamak Dunia di bawah Dr Yusof Qaradawi, kita melihat 2 perubahan drastik berlaku :
1) Pimpinan AJK terutama MP Shah Alam,MP Sepang,MP Kuala Krai,MP Parit Buntar mula mengkritik Presiden secara terbuka.Timbalan Presiden juga sekadar "mendengar" dan tidak membela.
2) Dalam waktu yang sama DAP melalui lidah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mula menghentam Presiden PAS secara peribadi.
Kita melihat seperti satu skrip yang di olah cantik, disusun rapi dan sistematik.Matlamatnya memburukkan pimpinan ulamak terutama peribadi Presiden.
Sebenarnya pimpinan PAS yang anti-Presiden asalnya sekadar untuk menguasai pimpinan tertinggi PAS.Perancangan itu berjaya melalui Pemilihan tahun 2013.
Persoalannya bagaimana DAP turut sama untuk pemilihan Muktamar 2015 ini?Kita tidak nafikan memang ada "satu team" mengandungi pelbagai NGO Islam untuk "menguasai" PAS melalui perancangan sejak era Reformasi 1998.
Tetapi kita hairan bin ajaib,bagaimana pelbagai NGO Islam ini rela dan bersedia menjadi "boneka,patung,budak suruhan dan hamba" kepada Lim anak beranak ini?
Ahli dan penyokong PAS memang meraikan perbezaan pendapat seperti sebelum Langkah Kajang.Ini terbukti dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Geng 18.
Tetapi apabila DAP beria-ria benar campurtangan dalam Pemilihan 2015,satu kehairanan di fikiran ahli dan penyokong PAS.
Mengapa dan kenapa?Apa muslihatnya?
Sama juga dengan setiap pilihanraya di negara Islam,Amerika ambil peranan untuk bentuk persepsi pengundi dan rakyat negara tersebut dengan isu dan peranan media.Dalam soal Pemilihan Muktamar PAS 2015 ini,DAP bertindak seperti peranan Amerika!
Jika Singapura sebagai Israel Timur.....DAP pula apa label selayaknya untuk mereka?
Thursday, June 25, 2015
DAP ......apa mahu lagi? SIRI 2
Wajah sebenar DAP mula jelas apabila dua perkara berlaku iaitu :
1) PAS mahu bawa hudud di Kelantan untuk orang Islam sahaja.
2) Presiden PAS TGHaji Hadi dilantik sebagai Timbalan Majlis Ulamak Dunia berketuakan Dr Yusof Qaradawi.
DAP mula gelabah.Mengapa ?
Jika difikirkan apa kaitan hudud untuk orang Islam dengan DAP.DAP boleh masuk masjid buka puasa.Wanita DAP boleh pakai selendang sampaikan bantuan untuk masjid dan surau.Pemuda DAP senang hati baca petika Al Quran.
Apa yang peliknya untuk menentang hudud yang hanya untuk orang Islam?Mesti ada motif.Ianya juga berkaitan dengan perlantikan Presiden PAS sebagai orang no 2 selepas Dr Yusof Qaradawi.
DAP bimbang jika hudud dilaksanakan di Kelantan,rakyat Malaysia terutama non muslim akan melihat keadilan Islam dan mula mengkaji tentang hudud.Ini akan berlaku perbandingan hukum Allah dengan hukum manusia oleh rakyat Malaysia.
Manakala perlantikan TG Haji Hadi satu pengiktirafan ilmu dan kepimpinan beliau oleh dunia Islam.Lebih-lebih lagi Dr Yusof adalah pernah dipilih Tokoh Maal Hijrah kerajaan Malaysia dahulu. Kebimbangan DAP seperti kebimbangan Amerika terhadap perlaksanaan hukum syariat di seluruh dunia.
Cumanya Amerika ada bala tentera dan CIAnya.DAP hanya ada roket yang hampir "lupus tarikh".Tunggu masa untuk meletup!
Amerika gunakan hujah "pengganas,Al Qaeda,Usamah bin Laden,Taliban,ISIS dan bom kimia "untuk serang secara ketenteraan terhadap negara Islam.
DAP pula gunakan taktik :
1) Musnahkan peribadi TG Haji Hadi dengan label pengkhianat,penipu dan berkuasa besar.
2) Musnahkan title ulamak(bukan ulamak PAS sahaja!) dengan gelaran gila kuasa,tidak boleh dipercayai,buruk perangai.Ini untuk bentuk persepsi masyarakat agar membenci ulamak.
3) Lagakan golongan ulamak dengan professional dengan cara menyokong cara pemikiran professional.Lihat cara DAP raikan serpihan PAS PasMA dan ADUN Hulu Kelang dan Morib ketika mereka dikenakan tindakan tatatertib.
Cuba anda cari dalam sejarah politik BN,tiada satupun parti kompenan BN meraikan mana-mana anggota BN yang dihukum oleh parti mereka.Pelik perangai DAP ?
DAP dan akhbar talian Malaysiakini mempunyai agenda yang sama.Pecah belahkan kesatuan umat Islam.
Jika UMNO terkenal dengan meniupkan perkauman jika terdesak,maka DAP pula hidupkan momokan," PAS ingin bersatu dengan UMNO" jika setiap kali PAS ingin tegakkan hukum Allah.DAP menyalak demikian agar PKR dan anggota PAS meragui kepimpinan ulamak terutama TGHaji Hadi.
Sebenar DAP lupa bahawa "game is over "bagi PAS jika mana-mana parti lawan PAS menyokong hudud walaupun ianya UMNO,MIC,MCA,PBB hatta Partai Komunis Malaya(PKM) ! PAS sendirinya akan terbubar.
Hari ini DAP suka sakan melihat PAS berpecah dua.Ingat...langit tidak semestinya selalu mendung.
DAP....apa moral anda? SIRI 1
Dulunya DAP dikenali sebagai partai chaunis,perkauman Cina ,ada "bau bacang "pengaruh Komunis dan juga kembar Parti Tindakan Rakyat(PAP) Singapura.Sekian lama juga label itu dikenali dikalangan rakyat Malaysia terutama Melayu.
Walaupun DAP cuba tonjolkan orang Melayu dalam partinya menerusi calon pilihanraya seperti Ahmad ton tetapi ianya kuat untuk mempengaruhi pengundi Melayu Islam.
Selepas menyedari taktik itu gagal,maka pimpinan DAP mencuba dengan cara yang lain iaitu bersahabat dengan parti pimpinan Melayu.Percubaan pertama dengan Parti S46 pimpinan Tengku Razalegh.Ketika itu hubungan dengan PAS umpama hubungan Malaysia-Singapura-Israel.
Barisan Alternatif adalah hubungan pertama PAS secara rasmi dengan DAP.Tetapi tidak lama sehingga tahun 2000 kerana DAP bantah isu Negara Islam yang dibawa oleh PAS.
Apabila Anwar bebas dari penjara era Pak Lah,menerusi usaha diplomatik Anwar,DAP kembali bergabung dengan PAS dan PKR dengan nama Pakatan Rakyat dengan slogan longgar," Bersetuju untuk tidak bersetuju".
Bermula tahun 2008,iklim politik Malaysia ceria kembali dengan kemenangan DAP di Pulau Pinang,PKR di Selangor dan PAS di Kedah dan kekal di Kelantan.Keuntungan DAP berkawan dengan PAS ialah dapat undi dari Melayu Islam dan menarik ramai Melayu sertai DAP tanpa ragu-ragu lagi.Orang Melayu senang hati mengundi DAP kerana PAS bersama DAP.
Bagi PAS pula,berkawan dengan DAP secara langsung medan dakwah dapat diperluaskan lagi.Bagi PAS yang penting masyarakat non Muslim dapat memahami Islam secara dekat dan tidak anggap Islam sebagai keras dan ganas.Juga kesempatan itu PAS dapat wujudkan Dewan Penyokong PAS khas untuk non muslim.
DAP dapat faedah bersahabat dengan PAS dan PAS dapat manfaat berkawan dengan DAP.Sama-sama untung.
Tetapi langit tidak selalunya cerah.Awan mendung mula berarak saat beberapa peristiwa terjadi iaitu :
1) Langkah PAS mahu ketengahkan hudud untuk muslim di Kelantan.
2) Perlantikan TG Haji Hadi sebagai orang no 2 Majlis Ulamak Sedunia selepas Dr Yusof Qaradawi.
Bertambah "parah" apabila Langkah Kajang masuk tong sampah dan kematian TG Nik Aziz.
MUSIM POLITIK MALAYSIA - POLITIK PECAH DUA
PERKEMBANGAN TERKINI IKLIM POLITIK MALAYSIA
1) UMNO - pecah dua iaitu team PMNajib dan team Dr Mahathir
2) MIC - pecah dua iaitu team Presiden Palanivel dan team Pemangku Dr S.Subramaniam
3) PAS - pecah dua iaitu team Presiden TGHaji Abd Hadi dan team G18
4) PKR - pecah dua iaitu team MB Selangor Azmin Ali dan team Rafizi
Yang paling untung sekarang DAP.Parti DAP mengambil kesempatan ini untuk jayakan agenda mereka.DAP seolah-olah main peranan amat besar untuk pecahkan PAS dan PKR.
Peluru pertama mereka sudah kena sasaran menyebabkan sasaran "cedera parah" iaitu PAS menjadi pecah dua team.DAP guna alasan isu Langkah Kajang dan Hudud untuk hancurkan PAS.Sebenarnya yang paling utama DAP amat benci dengan hudud.Sama seperti Amerika yang benci dengan pelaksanaan syariat islam di merata dunia.
Supaya tidak terlalu menampakkan DAP anti hudud,mereka gunakan 3 cara untuk mengaburi mata umat islam iaitu :
1) Ziarah pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir.DAP gunakan hujah betapa kedua negara umat Islam ini walaupun 98% majoriti orang Islam tetapi tidak amalkan hukum hudud.
2) Tarik seberapa ramai orang Islam yang ada pengaruh ke atas masyarakat untuk sertai DAP seperti Sasterawan Pak Samad.
3) Beri sokongan moral dan dana untuk mana-mana pertubuhan,parti,NGO Islam dan Liberal untuk saingi pengaruh PAS.Seperti PasMa,G18 dan Sister Islam.
Thursday, June 18, 2015
RAMADHAN ...pakat tutup mulut semua.
Sebelum muktamar PAS ke 61,ramai pimpinan samada yang menang maupun yang kalah menggunakan Utusan,Berita Harian,MalaysiaKini dan TV3 untuk berkempen team.
Utusan Malaysia dan Kumpulan Prima menyokong team ulamak manakala MalaysiaKini menyokong team progresif.
"Gembira"nya Utusan dengan kekalahan Mat Sabu hingga dipaparkan sebagai berita utama dengan tajuk,"Kekalahan Memalukan Mat Sabu...". Manakala Malaysiakini hingga kini siang malam mengutuk team ulamak.
Sepatutnya semua golongan dalam PAS samada yang menang maupun yang kalah tinggalkan media di atas yang memang bertujuan melihat PAS hancur ,berpecah dan musnah!
Jadikan Ramadhan detik permulaan anda semua.Kepada yang bertanggungjawab dalam bahagian penerangan PAS,sila ingatkan semua pimpinan atasan agar jangan "naik gila" bila dihulurkan mickrofon di depan mulut !
Jadi macam MP Pasir Mas,Tutup mulut...dan " Selamat berpuasa...selamat berpuasa....."
JOHOR : Antara Singapura atau Scotland?
Dulunya Soviet Union(USSR) gah dengan keluasan empayarnya.Amerika takut dengan kekuatan ketenteraan Soviet.Akibatnya tercetus Perang Dingin.Empayar Soviet mula berpecah akibat runtuhnya ideologi Komunis di seluruh dunia tahun 1991 dengan runtuhnya Tembok Berlin tetapi wilayah Soviet berpecah dan keluasan negaranya berkurangan dengan pengisytiharan kemerdekaan oleh Kazastan,Turkmenistan,Latvia,Estonia dan lain wilayah dalam USSR.
Antaranya puncanya apabila ekonomi Soviet merundum akibat terlalu lama membiayai perbelanjaan tentera sepanjang pencerobohan ke atas Afghanistan.
Ekonomi Malaysia kini merundum dengan pelbagai ketirisan,rasuah,jatuh nilai matawang dan juga ketidakstabilan politik parti pemerintah.
Isu 1MDB dan serangan Dr Mahathir ke atas PMNajib amat membimbangkan.Terkini Dr Mahathir mula "menjilat ludah"nya.Dulu Mahathir menuduh Anwar Ibrahim ejen dan pengkhianat negara kerana beri maklumat rasuah BN/UMNO kepada media Amerika.Kini beliau sendiri yang melakukannya.
Dikala BN/UMNO bergaduh sesama sendiri,rakyat mengharapkan ada gabungan politik menjadi alternatif.Malangnya Pakatan Rakyat juga bermasalah sesama sendiri.Tiada lagi tempat harapan rakyat.
Dalam masa yang sama Johor mencuri perhatian.Asalnya sekadar komen tweeter TMJ terhadap PMNajib hingga cetuskan "perang" antara pembela PMNajib Nazri dengan TMJ.Akhirnya masuk adik TMJ untuk bersama abangnya.Tapi cara masuk adik TMJ agak "aneh dan pelik".Agak sensitif.
Diungkitnya kedaulatan Johor sebelum merdeka,isu Timbalan Setia yang telah "dihapuskan" Mahathir pada zaman datuknya "berperang" dengan Mahathir dan terbitnya satu istilah baru yang agak patriotik iaitu Bangsa Johor.
Apa ertinya semua?
Menariknya,bukan isu politik sahaja Johor "kedepan" tetapi isu bolasepak juga mencetuskan polimek baru sejak kebangkitan Johor dalam mengorganisasikan dan menreformasikan persatuan bolasepak mereka.
TMJ dan adiknya orang muda.Berjiwa muda,idealis dan "darah panas". Adakah satu kebetulan apabila ianya melibatkan antara Johor dan Pahang?
Politiknya antara TMJ dengan PMNajib manakala bolanya pula TMJ dengan Tengku Mahkota Pahang.Keduanya bakal mewarisi kesultanan negeri.
Adakah Johor bakal menjadi seperti jirannya Singapura tahun 1969? Atau setakat Scotland sahaja?
Semuanya berlaku di zaman era PMNajib.Cukuplah kita kehilangan Pulau Batu Putih !
Subscribe to:
Posts (Atom)

