ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, January 16, 2015

Peluk Cium: Gelikah Syed dipeluk Rosmah?




Pelik juga melihat spesis UMNO yang mengampu.Sampai peringkat tolak halal haram semata-mata untuk mengampu.

Inilah yang berlaku pada Ketua UMNO Cheras yang berketurunan Syed.Adakah patut beliau menghalalkan hukum yang jelas haram semata-mata untuk mengampu dan pertahankan kesalahan yang jelas.

Dengan menganggap isteri PMNajib umpama ibu kepada Lee Chong Wei yang membolehkan Rosmah "halal" peluk Chong Wei sesuatu yang tersangat "jahil,bodoh dan tolol". Dengan siapa tuan Syed berguru? Dengan Abu Jahalkah?

Ketua UMNO Cheras itu dengan bangganya mengulang kembali kata "keramat" Rosmah yang menganggap beliau Ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia kerana ambil berat kebajikan rakyat Malaysia.

Rosmah anggap dia "ibu" tetapi majoriti rakyat anggap beliau "biawak hidup" yang terpaksa dipikul oleh rakyat.Manakala Si Syed itu pula mengampu dan memberi"lesen besar" kepada Rosmah untuk peluk sesiapa sahaja kerana beliau adalah "ibu" rakyat Malaysia.

Kita tunggu Rosmah peluk Tuan Syed.Gelikah beliau dipeluk "ibu" rakyat Malaysia?

Ini "pandangan yang menyesatkan". Mana Majlis Fatwa?.


Thursday, January 15, 2015

Hoi PMNajib ! Hantar Airbus A319 9M-NAA ke Australia



Razak Baginda bebas dan kini hidup gembira di luar negara..Asalnya Sirul Azhar dan Inspektor Azilah Hadri dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan kemudian dihukum mati semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Seperti Razak,Sirul terbang ke Australia.Tiada diketahui adakah "seseorang" bagi wang untuk Sirul mulakan kehidupan baru di bumi Kangaroo bagi menutup rahsia besar negara Malaysia!

Alasan Sirul yang terbang ke situ sejak Oktober lepas ialah tiada wang untuk beli tiket.Pada masa yang sama Australia enggan lepaskan Sirul balik kerana menyalahi undang-undang negara itu yang haramkan hukuman mati.

MP Kuala Terengganu Raja Bahrin boleh seludup anaknya keluar benua itu sambil dayung perahu,takkan lah SB Bukit Aman ketandusan idea untuk bawa pembunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Kita ada UTK,Para,RGK bahkan ribuan SB di serata bumi Malaysia.Tidak bolehkah kita kerah mereka untuk bawa Sirul balik.

Lagipun Sirul tiada kes jenayah di Australia.Dia cuma membunuh seorang gadis sahaja.Itupun secara bom dan tiada motif.Saja-saja.

Tiada wang beli tiket dan Australia tidak benar balik.Maka berbahagialah Sirul di bumi yang memang asalnya untuk penjenayah berat.

Untuk selesaikan masalah ini,cuma isteri PM sahaja boleh selesai.Beliau boleh buat panggilan telefon kepada PM Australia Tony Abbott mohon hantar balik Sirul.Jika Canberra kedekut pakai kapalterbang Qantas,Rosmah boleh arah PMO hantar kapalterbang rasmi negara Airbus A319 9M-NAA ke sana.Lagipun kapalterbang itu baru dibaiki di Innapolis semasa PMNajib dan isteri main golf di Hawaii.

Sunday, January 11, 2015

Rakyat ikut ugama pemimpin


Terkejut "beruk" umat Islam bila ada anak gadis Islam,Melayu,bertudung dengan rela benarkan lelaki bukan Islam dan penyanyi K-Pop peluk dan cium mereka.

Ini kali kedua gadis Melayu,Islam dan bertudung buat "hal".Dulu peluk anjing.Kecoh juga.Segala "mak nenek" agamawan bersuara.Haram.haram dan haram.Itulah fatwa mereka.

Kini lebih dahsyat.Peluk dan cium. Barangkali mereka pelik dan terkejut kerana masyarakat Islam negara ini terutama pemimpin mereka begitu "patuh" dengan ajaran Islam.

Barangkali semua isteri pimpinan bertudung litup? Seperti isteri PM dan Hishamudin?
Barangkali tiada pimpinan wanita berpeluk dengan pemain no 1 dunia badminton?
Barangkali tiada pimpinan wanita lulusan Al Azhar cium tangan PM?
Dan barangkali tiada filem Melayu yang ada adegan peluk bukan muhrim ?

 Jadinya,apabila gadis Melayu bertudung dipeluk lelaki Korea K-Pop dilihat satu situasi yang amat pelik di Malaysia..begitu ?

Bayangkan jika kita panggil si gadis Melayu yang dipeluk Korea itu dan tanya mengapa begitu begini, maka dijawabnya,

i) Rosmah peluk Chong Wei tiada yang kecohpun!
ii) Mashitah cium tangan Pak Lah tiada yang gemparpun !
iii) Aksi filem Melayu atas ranjangpun tiada Pak Mufti bising-bisingpun !

Apa kita mahu jawab?

Rakyat ikut agama(perangai) pemimpin mereka. Benarlah sabda Nabi kita 1400 tahun yang lampau.

Tuesday, December 30, 2014

Air Asia QZ8501 tidak semalang MH370



Dalam masa 3 hari serpihan pesawat Air Asia QZ8501 telah ditemui beserta mayat-mayat penumpang pesawat.

Begitu cepat dan tepat dikesan.Terbukti teknologi moden boleh mengesannya.Samada dari bumi,laut maupun dari langit melalui satelit.

Amerika pernah mendakwa jika ada objek yang jatuh ke laut,satelitnya mampu mengesannya.

Malangnya hingga kini MH370 tiada berita dan khabar.Pelbagai spekulasi dibuat.Macam-macam bomoh baca jampi serapah.Pelbagai negara membawa peralatan canggih untuk mengesannya.Jutaan duit sudah dikeluarkan.Semuanya untuk mengesan MH370.

Barangkali benarlah kisah-kisah yang dikisahkan bahawa dalam pesawat MH370 ada saintis China yang menjadi buruan Amerika.Dalam pesawat MH370 ada bahan senjata yang mahu Amerika rampas semula agar tiada "copy paste" oleh China.

Barangkali pesawat MH370 diterbangkan ke Diego Garcia secara remote control melintasi pulau Maldive dan mendarat di pengkalan tentera Amerika.Badan pesawat itu dipotong-potong kecil dan ditanam di pulau itu..Manakala semua penumpang "dimatikan secara kehormat" demi menutup rahsia.

Bezanya antara MH370 dengan Air Asia QZ8501 ialah tindakan Amerika.Amerika tidak kacau AirAsia kerana dalam pesawat itu tiada yang membahayakan kepentingan Amerika.Oleh itu begitu cepat pesawat dapat dikesan.

Sebaliknya nasib MH370 tiada kesudahan.Nasibnya seperti Peristiwa 9/11.Selepas 3 atau 5 tahun baru terbongkar kisah sebenar.Selepas Obama tidak tinggal di White House lagi.

Tuesday, December 16, 2014

Top 10 - Malaysia Boleh !



Jika dahulu kita bangga dengan pencapaian Malaysia dengan rangking Top 10 sebagai Negara Kuasa Besar dalam industri :
a) Bijih Timah
b) Getah
c) Kelapa sawit

Kini setelah hampir 60 tahun merdeka,kita kini menjadi Negara Kuasa Besar dalam bidang:
a) Arak.
b) Rasuah
c) Pelacur  
Setiap 10,000 rakyat kita ada 52 orang pelacur.Kita menyangka Thailand lebih ramai pelacur kerana ramai orang ke sana.Itu silap.Thailand hanya menduduki tempat ke 10 berbanding Malaysia tempat ke 8. 

Sedihnya,negara kita adalah negara Islam tunggal yang mempunyai pelacur teramai di dunia dalam rangking Top 10.

Berikut rangking Top 10 pelacur teramai di dunia:
1) Venezuala 119/10,000 
2) Korea Selatan  110/10,000
3) Peru 102/10,000
4) Filipina  85/10,000
5) Nigeria  63/10,000
6) China  60/10,000
7) Brazil  53/10,000
8) Malaysia  52/10,000
9) Jerman  49/10,000
10) Thailand  45/10,000

Adakah peningkatan "mendadak" ini kerana dua faktor :
1) Pengekspotan pelacur China ke Malaysia.
2) Adanya "fatwa" dari Ulamak Wanita UMNO yang "menghalalkan" pelacuran kerana terdesak hidup.Siapa dia ?

rujuk :http://globaldiscussion.net/topic/1442-countries-with-the-most-prostitutes/

Wednesday, December 10, 2014

Bakal PM kita kini di TADIKA



PAS tetap setiadalam PR.Maki hamun,kata nista,cakap belakang dan apapun PAS tetap dalam PR.

Bezanya PAS dalam BN dulu.Ada polisi untuk buang PAS.Kini dalam PR tiada peruntukan untuk buang PAS.
Manakala DAP semakin hari semakin terserlah sikap dan wajahnya.Semua pimpinan atasannya sudah jemu dengan PAS.Siang malam ada sahaja kata sindiran dan nista buat PAS.
DAP Sarawak sudah "sayonara" kepada PR atas alasan sikap PAS.DAP Pusat pula tunggu masa sahaja.Dijangkakan DAP Pusat akan meninggalkan PR pada hari PAS bentang hudud di Parlimen.Benarlah kata Lim Kit Siang,PRU 14 bakal menyaksikan DAP bertanding secara bersendirian.

Jika PAS setia dengan PR walaupun dimaki hamun,DAP tunggu masa untuk meninggalkan PR, apa pula dengan PKR?

Melihat senario politik sekarang,PKR bakal tinggal satu kerusi sahaja Parlimen selepas PRU 14.Iaitu Permatang Pauh.Mengulangi sejarah PRU 2004.

Kekuatan PKR hanya pada DS Anwar.Ideologinya bercampur-campur.Ada Islamik(ABIM),Sosialis(PSRM) dan UMNO(ex ahli).PKR tiada ahli "tegar" macam PAS.Pemikiran ahlinya masih keUMNOan.Ingin habuan dan politiking.Mujur ada ahli ABIM untuk mengawal sikap buruk itu.

Jadinya,angkara Langkah Kajang menghasilkan punah ranah segala harapan rakyat.PR sudah berpecah dan tiada kesatuan.Walaupun berbuih mulut  dan "lakonan" tiada apa-apa berlaku,hakikatnya kita sudah tidur sebantal tetapi mimpi yang lain.Masing-masing memendam rasa.

Percayalah,jika situasi ini berkekalan hingga PRU 14 dan Muhyiddin menjadi Presiden UMNo semasa saat itu,maka impian tawan Putrajaya hanyalah angan-angan sahaja.

Dan rakyat kena tunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan satu pakatan pembangkang yang kukuh dan kuat serta padu.

Sementara tunggu bakal PM kita yang sedang belajar di PASTI,TADIKA,TASKI, maka biarlah UMNO terus mendominasikan politik Malaysia.

CEO MAS : Bodoh @ Cerdik?


Setelah menanggung kerugian jutaan RM setiap hari,akhirnya MAS tukar CEOnya yang baru.Kali ini bukan warga Malaysia.Suku sakat Hitler menjadi CEO MAS setelah dilantik Khazanah Nasional pemilik MAS.

Ramai orang kritik termasuk Tun Mahathir.Biasalah Mahathir terpaksa kritik untuk menzahirkan dirinya masih wujud!

Cuba tengok isu ini dari sudut "positif". 

1) Mahathir kata orang Malaysia bodoh kerana tidak layak ketuai MAS.Sebenarnya kita tidak bodoh tetapi kita terkenal sebagai "tukang pelahap" duit.Semuanya hasil "tarbiah" Mahathir.
MAS rugi bukan kerana tiada penumpang tetapi "pembesar-pembesar" MAS bermula orang politik semuanya "pelahap wang".
Jadi,cara untuk elak MAS rugi akibat angkara orang politik,elok lantik orang putih yang professional dan ada intergriti.
Kita tengok nanti,siapa orang poltik yang "berani" minta komisen dari suku sakat Hitler ini?

2) Buat sekian lamanya,arak berada dalam perut MAS.Nampaknya dengan perlantikkan orang Jerman ini,impian MAS bersih dari arak,barangkali tinggal impian semata-mata.

Tetapi tidak mustahil,semasa Christoph R. Mueller jadi CEO ini,beliau keluarkan arak dari perut MAS setelah sekian lama Melayu Islam jadi CEO dan tidak berani buangkan tong-tong arak dari perut pesawat.

Kita tunggu arak tiada dalam MAS semasa Melayu Islam jadi CEO bagaikan pungguk rindukan bulan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...