ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih al...
-
AMERIKA YANG BERWAJAH DUA "Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama... 3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahas...
Saturday, December 15, 2012
Mengapa Tuan Presiden bersedih untuk mereka sahaja?
Presiden Obama juga kelihatan sebak ketika membuat kenyataan mengenai tragedi tersebut di White House dan mengisytiharkan berkabung di seluruh Amerika.
Hari ini kita melihat air mata Presiden Amerika mengalir di White House mengenang tragedi tertimpa ke atas kanak-kanak Amerika.
Tetapi kita tidak pernah melihat Presiden Amerika menangis mengenang nasib ribuan kanak-kanak Vietnam, Iraq dan Afghanistan yang terbunuh dan cacat angkara pengeboman Tentera Amerika ke atas sekolah dan rumah mereka.
Situasi berbeza. Pembunuh 20 murid dan enam guru di Sandy Hook telah terbunuh tetapi pembunuh(pilot) ribuan kanak-kanak di Veitnam,Iraq dan Afghanistan masih berkeliaran bebas bahkan turut dinaikkan pangkat atas jasa membunuh !
Sekolah Sandy Hook masih berdiri gagah walaupun berlaku tragedi itu tetapi bangunan-bangunan sekolah yang dibom oleh Tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan hancur berkecai menjadi debu dan rata. Memakan masa bertahun untuk dibina semula. Memerlukan bantuan luar.
Apapun, kita turut bersedih tragedi yang berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook dan kita ucapkan takziah buat keluarga mereka. Moga rakyat Amerika juga berfikir juga nasib ke atas kanak-kanak di seluruh dunia yang menjadi mangsa pengeboman tentera negara mereka sendiri.
Tuesday, December 11, 2012
MESTI BACA : Tanda besar "PRU 13" telah diketahui.
Agaknya ramai teruja dan tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup isteri PMNajib. Buku itu disahkan oleh Mat Maslan,Menteri FELDA akan keluar pertengahan Januari 2013.
Apa agaknya yang mahu dijawab oleh Rosmah tentang "fitnah" dirinya. Antaranya, cincin, tag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan, kontrak PLKN, kes bunuh Altahtunya, sewa hotel sepanjang lawatan....wow banyaknya!
Apapun, kita tunggu kemunculan buku Rosmah nanti. Beliau agak "berani" daripada suaminya PMNajib yang sehingga hari ini membisu untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Rosmah memang hebat dan nampak seperti " Iron Lady". Perilakunya membayangkan pengaruhnya ke atas orang di sekelilingnya.
Lihat, bagaimana PMNajib terpaksa tunggu beliau turun dari kapalterbang ketika satu lawatan dahulu. Begitu juga TV3 pernah siarkan jawatan Rosmah sebagai PM semasa satu wawancara. Dalam perkahwinan Chong Wei tempohari,sekonyong-konyong Rosmah memunculkan dirinya di tengah pasangan itu. Sekali tengok,semacam beliau sebagai tetamu istimewa. Dua kali tengok, beliau seperti pasangan yang berkahwin!
Yang terkini, satu kehebatan Rosmah di mana Sultan Pahang bersama isterinya turut mencemar dulir dalam perlancaran buku biografi yang tidak siap lagi. Lebih haru, Sultan Pahang menerima gambar potret besar Rosmah. Biasanya setaraf Sultan layak menerima potretnya sendiri bukan potret orang lain untuk digantung di istana.
Memang Rosmah hebat. Barangkali pihak majalah Time boleh namakan Rosmah antara 100 yang berpengaruh di dunia.
Akhir sekali, apa isyarat tentang kemunculan buku biografi Rosmah pertengahan Januari? Isyaratnya ialah PRU 13 bakal diadakan selepas buku Rosmah dilancarkan. Dan yang pasti PRU 13 tidak akan diadakan sebelum buku Rosmah dilancarkan.
Itulah hebatnya Rosmah. Itulah sebab majalah Time kena ambil Rosmah sebagai antara tokoh yang berpengaruh di dunia masa kini.
Harapnya, Hishamudin Rais tidak cemburu dengan glamournya Sang Bini Najib!
Sunday, December 2, 2012
Merahnya muka Najib
Tiga individu yang " memerahkan" wajah pimpinan tertinggi UMNO sepanjang Perhimpunan "Perpisahan" Agung UMNO baru-baru ini.
Mereka bertiga adalah Deepak Jaikishan, mantan IGPTun Musa Hasan dan Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin.
Serangan Deepak ke atas Najib dan Rosmah amatlah mengejutkan pasangan suami isteri itu. Dulu kawan dan rakan perniagaan, kini Deepak semacam "musuh" yang mengancam seperti Bala. Bahkan mengaitkan nama Rosmah sekali.
Najib mengharapkan Menteri Tenteranya Zahid Hamidi untuk membelanya. Tapi malangnya Zahid seperti "mengkhianati" janjinya untuk membela Najib dalam ucapan penggulungannya. Tiada sepatahpun Zahid ucapkan untuk membela Najib. Menggulangi pengkhianatan Zahid semasa PAU 1998 yang menghentam Mahathir atas isu kroni.
Serangan Deepak baru sekadar mukaddimah. Barangkali Deepak ada baki 1001 biji "peluru" lagi untuk dihamburkan ke atas Najib dan Rosmah.
Sepupu Najib juga tidak berkecuali. Menteri Polis Hishamuddin Hussien kini menghadapi serangan dari bekas "kulinya" sendiri, mantan IGP Musa Hasan. Musa yang menghadapi serangan dari bekas "kulinya" Datuk Ramli Yusof semasa ucapan perpisahannya di Bukit Aman tempoh hari kini menghalakan "pistol"nya ke arah Hishamuddin.
Hingga kini Hishamuddin membisu seribu bahasa. Agak menghairankan Musa yang terkenal dengan "kesetiaan bertaraf barua" terhadap UMNO , tiba-tiba berpaling tadah menyerang tuannya sendiri. Jarang kita mendengar anjing polis K9 menyerang anggota yang menjaganya.
Kes Deepak dan Musa adalah satu fenomena biasa dalam politik lanun UMNO.kita. Apabila kepentingan pangkat,kuasa dan ekonomi menjadi rebutan maka terbongkarlah segala rahsia dan skandal.
Barangkali ada 1001 orang lagi bekas-bekas kroni dan barua UMNO menunggu giliran membongkarkan kebejatan UMNO. Ini menunjukkan jumlah kroni UMNO semakin mengecil untuk membolot projek yang berskala juta dan bilion. Ini mengakibatkan kroni bertaraf "kecil-kecilan" semakin terpinggir.
Dan akhir sekali kemasukan Datuk Rahman dalam PAS menampakkan keyakinan tokoh koporat dan ahli perniagaan Melayu kepada ketelusan PAS dan bencian terhadap perangai UMNO yang mengutamakan kroni dan anak beranak yang mana budaya ini dijuarai oleh Mahathir dan diwarisi oleh Najib.
Monday, November 26, 2012
Morsi - Erdogan mengancam Zionis !
Setelah seminggu menyerang Gaza, tiba-tiba Israel menghentikan serangan itu atas alasan setuju gencatan senjata yang diatur Mesir.
Mengapa begitu "mudah" Israel bersetuju?
Sebelum ini, dalam Gaza War yang berlangsung selama 3 minggu pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 yang mengorbankan 1400 penduduk Gaza, Israel begitu "liat " untuk menghentikan serangan.
Berbanding yang terbaru ini, sekadar menyerang seminggu yang mengorbankan 163 penduduk Palestin , regim Zionis begitu mudah membuat gencatan senjata.
Beberapa analisis dibuat mengapa begitu mudah Israel berbuat demikian . Antaranya :
i) Mereka terkejut dengan keupayaan HAMAS melancarkan roket hingga ke Tel Aviv. Sebelum ini serangan roket HAMAS sekadar menyinggah ke Sderot sahaja yang hanya 850 meter dari sempadan Gaza.Dulunya penduduk Sederot sejumlah 24,000 sahaja yang takut dengan serangan roket Al Qassam ini. Kini seluruh penduduk Ibukota Israel Tel Aviv 400,000 orang berada dalam ketakutan.
ii) Semasa serangan 2008 dahulu, Mesir di bawah Hosni Mubarak sekutu Amerika. ketika itu serangan dibuat sejurus selepas pertemuan antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dengan Hosni Mubarak di Kaherah. Serangan ini dilihat seperti ada pakatan dan persetujuan antara Mesir dengan Israel. Israel menyerang untuk musnahkan kekuatan HAMAS manakala Mesir menyokongnya demi menjarakkan pengaruh Ikhwalnul Muslimin ke atas HAMAS.
Tetapi kini Mesir di bawah Mohammad Morsi seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin. Seperti ada kegerunan di pihak Israel apabila kenyataan Morsi ketika mengecam Israel, "Mesir hari ini berbeza Mesir semalam dan Arab hari ini berbeza dengan Arab sebelum Arab Spring...".
iii) Israel juga melihat kerjasama Mesir dengan Turki begitu erat. Israel mempunyai sejarah
" hitam " dengan Mesir dan Turki sebelum ini. Dengan Mesir, Israel pernah berperang beberapa kali dengan Mesir. Manakala dengan Turki, Israel melihat pengaruh Reccep Erdogan umpama penjelmaan semula Sultan Abdul Hamid ataupun Sultan Muhammad Fateh !
Untuk rekod, hingga kini Presiden Morsi belum bercakap dan berjabat tangan dengan pimpinan Israel dan hingga kini hubungan Turki dan Israel masih tergantung akibat serangan ke atas kapal Turki Mavi Marmara. Turki membuat tiga tuntutan ke atas Israel yang hingga kini Israel tidak memberi respon iaitu :
a) Regim Zionis mesti memohon maaf.
b) Regim Zionis mesti membayar ganti rugi ke atas mangsa.
c) Sekatan ke atas Gaza mesti dibubarkan.
Kini, Israel tidak boleh memandang mudah ke atas Mesir dan Turki. Jika dulunya Israel melihat Mesir dan Turki umpama kambing biri-biri, kini Regim Zionis melihat Mesir dan Turki sebagai Singa yang sedang mengaum!
Penyatuan Arab-Turki atas nama dan semangat Islam bakal mengubah lanskap politik dunia. Di kala Israel bergiat pesat menanam pokok Gharkad di serata tempat, Morsi dan Erdogan sedang giat membuat penyatuan semula ummah.
Menariknya, Ikhwanul Muslimin ditubuhkan untuk mengembalikan maruah ummah selepas kejatuhan Empayar Usmaniyyah Turki. Dan kini, Turki sedang bangkit semula dengan Islam dan Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslin. Dan kedua pimpinan Mesir dan Turki mengalami pengalaman yang sama iatu pernah dipenjarakan.
Menarik bukan? Apapun Gaza adalah ujian permulaan untuk Morsi dan Erdogan untuk mengatur seribu langkah ke arah solidariti ummah..Semoga Allah memberkati usaha anda berdua.
Kini, Ummah menunggu apa tindakan Morsi dan Erdogan jika Regim Zionis melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza lagi.
Wednesday, November 21, 2012
Hudaibiyah,PAS dan Pakatan Rakyat.
Perjanjian Hudaibiyyah yang berlangsung pada Tahun 6 Hijrah adalah satu peristiwa besar untuk diamati dan diambil pengajarannya oleh kita semua. Lebih-lebih lagi oleh Gerakan Islam. Dalam perjanjian itu terdapat beberapa isi perjanjian yang ditakrifkan berat sebelah. Antaranya :
i) Setiap orang lelaki Mekah yang pergi ke Madinah tanpa keizinan walinya WAJIB dikembalikan ke Mekah.
ii) Setiap orang lelaki Madinah yang pergi ke Mekah tanpa keizinanan walinya TIDAK BOLEH dikembalikan ke Madinah.
Peristiwa Abu Jandal anak kepada wakil Musyrikin Mekah Suhail bin 'Amru yang disabitkan dengan isi no(i) diatas amat mencengkam perasaan umat Islam ketika itu. Umar Al-Khattab melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap Rasulullah.
Umat Islam ketika itu tidak melihat keuntungan jangka panjang yang terkandung dalam perjanjian tersebut iaitufasal no(3) dan (4) perjanjiaan tersebut yang tercatat sebagai:
iii) Genjatan senjata iaitu tiada peperangan selama 10 tahun.
iv) Setiap pihak samada Madinah atau Mekah boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa gangguan.
Suhail bin 'Amru ketika menarik anaknya Abu Jandal sambil mengugut untuk batalkan perjanjian itu sekiranya anaknya tidak dikembalikan kepada pihak Mekah.Tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjiaan tersebut dalam keadaan menyayat hati bila melihat Abu Jandal diheret balik oleh ayahnya ke Mekah walaupun Abu Jandal telah memeluk Islam. Perjanjian perlu dipatuhi.
Allah Maha Besar! Setiap kesukaran ada kesenangan. Kesan daripada perjanjian tersebut:
a) Rasulullah dapat kembangkan dakwahnya ke serata tempat tanpa gangguan pihak Mekah.
b) Pihak bukan Islam dapat melihat keindahan dan keadilan ajaran Islam.
c) Rasulullah dapat mengutus surat kepada Pemerintah bukan Islam untuk mengajak kepada Islam.
d) Rasulullah dapat menumpukan musuh tunggal ketika itu Yahudi di Khaibar tanpa diganggu oleh musuh yang berdamai iaitu pihak Mekah.
Wahai Gerakan Islam! Adakah anda dapat fahami apa yang tersirat dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah?
Isu tentang Hudud dan Negara Islam serta pelbagai benda lagi bakal menjelma untuk menguji Gerakan Islam. Jika tersilap langkah, rugilah kita untuk jangka panjang.
Sememangnya bagi kita amat terasa sakit hati seperti sama seperti Abu Jandal diheret didepan mata.
Ini semua menguji Gerakan Islam seperti PAS dalam mematuhi perjanjian Pakatan Rakyat. Untuk politik jangka pendek, esok boleh kita keluar dari PR. Tapi bijak kah tindakan itu?
Sama seperti Rasulullah boleh batalkan Perjanjiaan Hudaibiyyah semata-mata untuk selamatkan Abu Jandal.
Tetapi mengapa Baginda tidak berbuat demikian? Fikirkan !
Nah! Dalam masa 6 tahun selepas Perjanjiaan Hudaibiyyah, penganut Islam menjangkau ratusan ribu. Ini dapat dilihat semasa Haji Wida'.
PAS sebagai Gerakan Islam sememangnya arif dengan Sirah Rasulullah. Kematangan PAS boleh dilihat sejak ditendang dari BN. Bermula isu Semangat 46. Mana ada orang PAS masuk S46 tetapi sebaliknya.
Begitu juga keadaan sekarang. Dan kini PAS sedang diintai oleh orang-orang non-muslim.Tertubuhnya Kelab Penyokong PAS membuktikan sasaran dakwah kita semakin meluas.
Jangan kita sia-siakan peluang yang dianugerah oleh Allah Taala.
Bantah tetap bantah! Tapi seiring bantahan itu rakyat mula memahami dan mengenali kita. Ramaikan rakan kurangkan musuh. Yang pasti dalam sebuah Gerakan Islam itu perlu ada insan bersifat Abu Bakar dan Umar untuk melayari perjalanan
Tuesday, November 20, 2012
Arab baru tahu mereka adalah Singa !
Suatu yang agak memeranjatkan apabila dalam masa kurang empat bulan, Gaza dikunjungi oleh pembesar Arab. Bermula dari Kerabat diraja Qatar, kemudian Perdana Menteri Mesir dan di saat Gaza diasak oleh Zionis, Perdana Menteri Tunisia menjejak kaki ke Gaza.
Semasa Gaza di serang habis-habisan pada Disember 2006 yang lalu, tiada siapapun dari Dunia Arab berani ke Gaza. Sekadar kutuk dari jauh sahaja.
Benarlah apa yang diperkatakan oleh Presiden Mesir Muhammad Morsi, Mesir hari ini berbeza dengan Mesir semalam(era Mubarak) dan Arab hari ini berbeza dengan Arab semalam (sebelum Arab Spring).
Dan inilah yang kurang difahami oleh Regim Zionis.
Mengapa dalam kekalutan krisis di Syria, tiba-tiba Israel menyerang Gaza? Tujuannya untuk mengalih perhatian Dunia Arab terhadap krisis Syria kepada isu Gaza. Israel memandang apa yang berlaku di Syria sesuatu yang amat memberi masalah keselamatan jika sekiranya Regim Bashar jatuh.
Hakikatnya, walaupun zahirnya seolah-olah Syria "bergaduh" dengan Israel tetapi hakikatnya kekalnya Regim Bashar bermakna keselamatan Israel terjamin.Lihatlah bagaimana "erat dan mesra"nya Syria menyerahkan Bukit Golan kepada Israel.
Regim Zionis amat bimbang apa yang berlaku pada Mesir. Peralihan kuasa dari Hosni Mubarak kepada Dr Morsi seorang anggota Ikhwanul Muslimin bakal mengancam keselamatan Israel.
Ini kerana antara negara-negara Arab, Mesirlah paling banyak berperang dengan Israel. Dan Israel mengalami pukulan teruk dalam Perang Ramadhan (Oktober)1973 dimana ,2,656 askar terbunuh,7,250 askar tercedera, 1,000 menjadi gila,400 kereta kebal termusnah dan 102 kapal terbang ditembak jatuh.
Hingga sekarang, rekod itu belum lagi dipecahkan oleh mana-mana negara Arab.
Dan dalam keadaan Mesir dipimpin oleh Dr Morsi, Turki di bawah Reccep Erdogan, Tunisia dibawah pemerintahan Parti An Nadhah serta kebangkitan rakyat Arab di benua Arab tentunya Israel berada dalam keadaan tersepit dan dihimpit oleh Mesir di selatan dan Turki di utara.
Jika Regim Bashar jatuh menambahkan lagi kebimbangan Israel. Jika Israel membina Tembok untuk mengepung Palestin, kini tiba giliran Israel pula dikepung oleh Mesir, Turki dan Syria bakal menyusul. InsyaAllah.
Sesungguhnya ucapan Dr Morsi, Reccep Erdogan untuk membela Gaza dan Palestin bakal diterjemahkan secara praktikal bukan lagi sekadar slogan dan ucapan berapi-api.
Israel kena sedar, Mesir bukan lagi dibawah Mubarak, Turki bukan lagi di bawah junta tentera dan Gaddafi yang "pandai bermain kata-kata" sudah tiada.
Umat Arab kini sudah sedar merekalah seekor Singa dan Zionislah seekor kambing biri-biri!
Wednesday, November 14, 2012
Dia menjual...adakah kita sudi membelinya?
Gaza bakal diserang habis-habisan seperti tahun 2007 . Nampaknya Benjamin Netahyahu bakal mengerahkan bala tentera haram Zionis untuk menyerang Gaza yang diperintah oleh HAMAS.
Menariknya, peperangan itu dilancarkan dikala Mesir dibawah Presiden dari Ikhwanul Muslimin.
Dan lebih menarik lagi, serangan dibuat dikala Dr Yusof Qardawi sedang membuat persiapan terakhir untuk teks khutbah Jumaatnya yang pertama di Masjid Al Azhar dimana dua orang pimpinan negara Islam bakal mendengarnya dan seterusnya solat Jumaat dibelakangnya. Iaitu Presiden Mesir Mohammad Morsi dan Perdana Menteri Reccep Erdagon.
Erdagon semestinya dikenang oleh Zionis atas keberaniannya menyanggah serta mengecam ucapan Simon Peres dalam satu persidangan antarabangsa di Switzerland tiga tahun lepas.
Netanyahu begitu berani mengambil langkah "bermain-main api". Barangkali beliau ingin menguji " tahap perpaduan" antara Mesir dan Turki. Juga untuk menguji pengaruh Morsi keatas Tentera Mesir.
Begitu juga adakah Netanyahu barangkali ingin mengukur pengaruh Dr Yusof Qardawi selaku Pengerusi Ulamak Sedunia?
Ada beberapa faktor mengapa Netanyahu berani bertindak ke atas Gaza. Antaranya :
i) Dunia Arab sedang memberi perhatian penuh ke atas konflik Syria.
ii) Turki menghadapi kebanjiran pelarian Syria dan ancaman Tentera Bashar.
iii) Amerika baru sahaja menghadapi bencana Taufan Sandy..
iv) Presiden Obama perlu tanggani masalah skandal Ketua CIA..
Kita sedang menunggu isi khutbah Dr Yusof Qardawi. Adakah beliau dengan lantang menyeru Mesir ,Turki dan Dunia Arab bersatu menisytiharkan jihad terhadap Regim Haram Zionis dan seruan itu disahut oleh Morsi dan Erdagon?
Subscribe to:
Posts (Atom)






