ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, November 26, 2012

Morsi - Erdogan mengancam Zionis !



Setelah seminggu menyerang Gaza, tiba-tiba Israel menghentikan serangan itu atas alasan setuju gencatan senjata yang diatur Mesir.


Mengapa begitu "mudah" Israel bersetuju?

Sebelum ini, dalam Gaza War yang berlangsung selama 3 minggu pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 yang mengorbankan 1400 penduduk Gaza, Israel begitu "liat " untuk menghentikan serangan.

Berbanding yang terbaru ini, sekadar menyerang seminggu yang mengorbankan 163 penduduk Palestin , regim Zionis begitu mudah membuat gencatan senjata.

Beberapa analisis dibuat mengapa begitu mudah Israel berbuat demikian . Antaranya :

i) Mereka terkejut dengan keupayaan HAMAS melancarkan roket hingga ke Tel Aviv. Sebelum ini serangan roket HAMAS sekadar menyinggah ke Sderot sahaja yang hanya 850 meter dari sempadan Gaza.Dulunya penduduk Sederot sejumlah 24,000 sahaja yang takut dengan serangan roket Al Qassam ini. Kini seluruh penduduk Ibukota Israel Tel Aviv 400,000 orang berada dalam ketakutan.

ii) Semasa serangan 2008 dahulu, Mesir di bawah Hosni Mubarak sekutu Amerika. ketika itu serangan dibuat sejurus selepas pertemuan antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dengan Hosni Mubarak di Kaherah. Serangan ini dilihat seperti ada pakatan dan persetujuan antara Mesir dengan Israel. Israel menyerang untuk musnahkan kekuatan HAMAS manakala Mesir menyokongnya demi menjarakkan pengaruh Ikhwalnul Muslimin ke atas HAMAS.

Tetapi kini Mesir di bawah Mohammad Morsi seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin. Seperti ada kegerunan di pihak Israel apabila kenyataan Morsi ketika mengecam Israel, "Mesir hari ini berbeza Mesir semalam dan Arab hari ini berbeza dengan Arab sebelum Arab Spring...".

iii) Israel juga melihat kerjasama Mesir dengan Turki begitu erat. Israel mempunyai sejarah
 " hitam " dengan Mesir dan Turki sebelum ini. Dengan Mesir, Israel pernah berperang beberapa kali dengan Mesir. Manakala dengan Turki, Israel melihat pengaruh Reccep Erdogan umpama penjelmaan semula Sultan Abdul Hamid ataupun Sultan Muhammad Fateh !

Untuk rekod, hingga kini Presiden Morsi belum bercakap dan berjabat tangan dengan pimpinan Israel dan hingga kini hubungan Turki dan Israel masih tergantung akibat serangan ke atas kapal Turki Mavi Marmara. Turki membuat tiga tuntutan ke atas Israel yang hingga kini Israel tidak memberi respon iaitu :
a) Regim Zionis mesti memohon maaf.
b) Regim Zionis mesti membayar ganti rugi ke atas mangsa.
c) Sekatan ke atas Gaza mesti dibubarkan.

Kini, Israel tidak boleh memandang mudah ke atas Mesir dan Turki. Jika dulunya Israel melihat Mesir dan Turki umpama kambing biri-biri, kini Regim Zionis melihat Mesir dan Turki sebagai Singa yang sedang mengaum!

Penyatuan Arab-Turki atas nama dan semangat Islam bakal mengubah lanskap politik dunia. Di kala Israel bergiat pesat menanam pokok Gharkad di serata tempat, Morsi dan Erdogan sedang giat membuat penyatuan semula ummah.

Menariknya, Ikhwanul Muslimin ditubuhkan untuk mengembalikan maruah ummah selepas kejatuhan Empayar Usmaniyyah Turki. Dan kini, Turki sedang bangkit semula dengan Islam dan Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslin. Dan kedua pimpinan Mesir dan Turki mengalami pengalaman yang sama iatu pernah dipenjarakan.

Menarik bukan? Apapun Gaza adalah ujian permulaan untuk Morsi dan Erdogan untuk mengatur seribu langkah ke arah solidariti ummah..Semoga Allah memberkati usaha anda berdua.

Kini, Ummah menunggu apa tindakan Morsi dan Erdogan jika Regim Zionis melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza lagi.


Wednesday, November 21, 2012

Hudaibiyah,PAS dan Pakatan Rakyat.




Perjanjian Hudaibiyyah yang berlangsung pada Tahun 6 Hijrah adalah satu peristiwa besar untuk diamati dan diambil pengajarannya oleh kita semua. Lebih-lebih lagi oleh Gerakan Islam. Dalam perjanjian itu terdapat beberapa isi perjanjian yang ditakrifkan berat sebelah. Antaranya :

i) Setiap orang lelaki Mekah yang pergi ke Madinah tanpa keizinan walinya WAJIB dikembalikan ke Mekah.

ii) Setiap orang lelaki Madinah yang pergi ke Mekah tanpa keizinanan walinya TIDAK BOLEH dikembalikan ke Madinah.

Peristiwa Abu Jandal anak kepada wakil Musyrikin Mekah Suhail bin 'Amru yang disabitkan dengan isi no(i) diatas amat mencengkam perasaan umat Islam ketika itu. Umar Al-Khattab melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap Rasulullah.

Umat Islam ketika itu tidak melihat keuntungan jangka panjang yang terkandung dalam perjanjian tersebut iaitufasal no(3) dan (4) perjanjiaan tersebut yang tercatat sebagai:

iii) Genjatan senjata iaitu tiada peperangan selama 10 tahun.

iv) Setiap pihak samada Madinah atau Mekah boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa gangguan.

Suhail bin 'Amru ketika menarik anaknya Abu Jandal sambil mengugut untuk batalkan perjanjian itu sekiranya anaknya tidak dikembalikan kepada pihak Mekah.Tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjiaan tersebut dalam keadaan menyayat hati bila melihat Abu Jandal diheret balik oleh ayahnya ke Mekah walaupun Abu Jandal telah memeluk Islam. Perjanjian perlu dipatuhi.

Allah Maha Besar! Setiap kesukaran ada kesenangan. Kesan daripada perjanjian tersebut:

a) Rasulullah dapat kembangkan dakwahnya ke serata tempat tanpa gangguan pihak Mekah.

b) Pihak bukan Islam dapat melihat keindahan dan keadilan ajaran Islam.

c) Rasulullah dapat mengutus surat kepada Pemerintah bukan Islam untuk mengajak kepada Islam.

d) Rasulullah dapat menumpukan musuh tunggal ketika itu Yahudi di Khaibar tanpa diganggu oleh musuh yang berdamai iaitu pihak Mekah.



Wahai Gerakan Islam! Adakah anda dapat fahami apa yang tersirat dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah?

Isu tentang Hudud dan Negara Islam serta pelbagai benda lagi bakal menjelma untuk menguji Gerakan Islam. Jika tersilap langkah, rugilah kita untuk jangka panjang.

Sememangnya bagi kita amat terasa sakit hati seperti  sama seperti Abu Jandal diheret didepan mata.

Ini semua menguji Gerakan Islam seperti PAS dalam mematuhi perjanjian Pakatan Rakyat. Untuk politik jangka pendek, esok boleh kita keluar dari PR. Tapi bijak kah tindakan itu?

Sama seperti Rasulullah boleh batalkan Perjanjiaan Hudaibiyyah semata-mata untuk selamatkan Abu Jandal.

Tetapi mengapa Baginda tidak berbuat demikian? Fikirkan !

Nah! Dalam masa 6 tahun selepas Perjanjiaan Hudaibiyyah, penganut Islam menjangkau ratusan ribu. Ini dapat dilihat semasa Haji Wida'.

PAS sebagai Gerakan Islam sememangnya arif dengan Sirah Rasulullah. Kematangan PAS boleh dilihat sejak ditendang dari BN. Bermula isu Semangat 46. Mana ada orang PAS masuk S46 tetapi sebaliknya.

 Begitu juga keadaan sekarang. Dan kini PAS sedang diintai oleh orang-orang non-muslim.Tertubuhnya Kelab Penyokong PAS membuktikan sasaran dakwah kita semakin meluas.

Jangan kita sia-siakan peluang yang dianugerah oleh Allah Taala.

Bantah tetap bantah! Tapi seiring bantahan itu rakyat mula memahami dan mengenali kita. Ramaikan rakan kurangkan musuh. Yang pasti dalam sebuah Gerakan Islam itu perlu ada insan bersifat Abu Bakar dan Umar untuk melayari perjalanan

Tuesday, November 20, 2012

Arab baru tahu mereka adalah Singa !



Suatu yang agak memeranjatkan apabila dalam masa kurang empat bulan, Gaza dikunjungi oleh pembesar Arab. Bermula dari Kerabat diraja Qatar, kemudian Perdana Menteri Mesir dan di saat Gaza diasak oleh Zionis, Perdana Menteri Tunisia menjejak kaki ke Gaza.


Semasa Gaza di serang habis-habisan pada Disember 2006 yang lalu, tiada siapapun dari Dunia Arab berani ke Gaza. Sekadar kutuk dari jauh sahaja.

Benarlah apa yang diperkatakan oleh Presiden Mesir Muhammad Morsi, Mesir hari ini berbeza dengan Mesir semalam(era Mubarak) dan Arab hari ini berbeza dengan Arab semalam (sebelum Arab Spring).

Dan inilah yang kurang difahami oleh Regim Zionis.

Mengapa dalam kekalutan krisis di Syria, tiba-tiba Israel menyerang Gaza? Tujuannya untuk mengalih perhatian Dunia Arab terhadap krisis Syria kepada isu Gaza. Israel memandang apa yang berlaku di Syria sesuatu yang amat memberi masalah keselamatan jika sekiranya Regim Bashar jatuh.

Hakikatnya, walaupun zahirnya seolah-olah Syria "bergaduh" dengan Israel tetapi hakikatnya kekalnya Regim Bashar bermakna keselamatan Israel terjamin.Lihatlah bagaimana "erat dan mesra"nya Syria menyerahkan Bukit Golan kepada Israel.

Regim Zionis amat bimbang apa yang berlaku pada Mesir. Peralihan kuasa dari Hosni Mubarak kepada Dr Morsi seorang anggota Ikhwanul Muslimin bakal mengancam keselamatan Israel.

Ini kerana antara negara-negara Arab, Mesirlah paling banyak berperang dengan Israel. Dan Israel mengalami pukulan teruk dalam Perang Ramadhan (Oktober)1973 dimana ,2,656 askar terbunuh,7,250 askar tercedera, 1,000 menjadi gila,400 kereta kebal termusnah dan 102 kapal terbang ditembak jatuh.

Hingga sekarang, rekod itu belum lagi dipecahkan oleh mana-mana negara Arab.

Dan dalam keadaan Mesir dipimpin oleh Dr Morsi, Turki di bawah Reccep Erdogan, Tunisia dibawah pemerintahan Parti An Nadhah serta kebangkitan rakyat Arab di benua Arab tentunya Israel berada dalam keadaan tersepit dan dihimpit oleh Mesir di selatan dan Turki di utara.

Jika Regim Bashar jatuh menambahkan lagi kebimbangan Israel. Jika Israel membina Tembok untuk mengepung Palestin, kini tiba giliran Israel pula dikepung oleh Mesir, Turki dan Syria bakal menyusul. InsyaAllah.

Sesungguhnya ucapan Dr Morsi, Reccep Erdogan untuk membela Gaza dan Palestin bakal diterjemahkan secara praktikal bukan lagi sekadar slogan dan ucapan berapi-api.

Israel kena sedar, Mesir bukan lagi dibawah Mubarak, Turki bukan lagi di bawah junta tentera dan Gaddafi yang "pandai bermain kata-kata" sudah tiada.

Umat Arab kini sudah sedar merekalah seekor Singa dan Zionislah seekor kambing biri-biri!

Wednesday, November 14, 2012

Dia menjual...adakah kita sudi membelinya?



Gaza bakal diserang  habis-habisan seperti tahun 2007 . Nampaknya Benjamin Netahyahu bakal mengerahkan bala tentera haram Zionis untuk menyerang Gaza yang diperintah oleh HAMAS.


Menariknya, peperangan itu dilancarkan dikala Mesir dibawah Presiden dari Ikhwanul Muslimin.

 Dan lebih menarik lagi, serangan dibuat dikala Dr Yusof Qardawi sedang membuat persiapan terakhir untuk teks khutbah Jumaatnya yang pertama di Masjid Al Azhar dimana dua orang pimpinan negara Islam bakal mendengarnya dan seterusnya solat Jumaat dibelakangnya. Iaitu Presiden Mesir Mohammad Morsi dan Perdana Menteri Reccep Erdagon.

Erdagon semestinya dikenang oleh Zionis atas keberaniannya menyanggah serta mengecam ucapan Simon Peres dalam satu persidangan antarabangsa di Switzerland tiga tahun lepas.

Netanyahu begitu berani mengambil langkah "bermain-main api". Barangkali beliau ingin menguji " tahap perpaduan" antara Mesir dan Turki. Juga untuk menguji pengaruh Morsi keatas Tentera Mesir.

Begitu juga adakah Netanyahu barangkali ingin mengukur pengaruh Dr Yusof Qardawi selaku Pengerusi Ulamak Sedunia?

Ada beberapa faktor mengapa Netanyahu berani bertindak ke atas Gaza. Antaranya :
i) Dunia Arab sedang memberi perhatian penuh ke atas konflik Syria.
ii) Turki menghadapi kebanjiran pelarian Syria dan ancaman Tentera Bashar.
iii) Amerika baru sahaja menghadapi bencana Taufan Sandy..
iv) Presiden Obama perlu tanggani masalah skandal Ketua CIA..

Kita sedang menunggu isi khutbah Dr Yusof Qardawi. Adakah beliau dengan lantang menyeru Mesir ,Turki dan Dunia Arab bersatu menisytiharkan jihad terhadap Regim Haram Zionis dan seruan itu disahut oleh Morsi dan Erdagon?

Sunday, October 21, 2012

Teruskan kePORNOan anda...Soi Lek !


Sebelum Peristiwa 9/11, ramai rakyat Amerika mempunyai dua sikap terhadap Islam iaitu tidak peduli tentang Islam dan satu lagi bersikap prejudis terhadap Islam. Semuanya negatif.


Selepas tragedi 9/11 dan Presiden Bush ketika itu melancarkan kempen Islamfobia, sikap rakyat Amerika khasnya dan Barat umumnya terhadap Islam berubah. Mereka mengkaji tantang Islam. Al Quran laris terjual di kedai buku. Dan ramai yang masuk Islam dan ramai yang mengubah persepsi negatif terhadap Islam .

Situasi inilah yang tidak diambil iktibar oleh Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya. Siang malam Soi Lek dan pengikutnya serta GERAKAN menyerang,menghina dan memperlekeh hukum Hudud . Tentunya dia menyangka masyarakat Cina (non Muslim)khasnya akan meninggalkan PR dan kembali menyokong MCA dan BN. Itu satu pengiraan yang silap besar.

Serangan Soi Lek dan kuncunyanya terhadap hukum hudud sebenarnya bakal mengulangi apa yang berlaku di Amerika dan Barat selepas Tragedi 9/11. Percayalah.

Barangkali Soi Lek masih bermimpi hidup di zaman 60an di mana berlakunya 13 Mei. Masyarakat sekarang sudah berbeza dari cara berfikir. Adakah Soi Lek dan GERAKAN masih menganggap masyarakat Cina terutama anak muda berfikiran kuno,perkauman dan rasis seperti beliau?

Cara pemikiran Soi Lek sama seperti Mahathir. Masih bernostalgia zaman dahulu. Mahathir masih terbawa-bawa lagak PM sementara Soi Lek dengan pemikirannya yang memperbodohkan masyarakat Cina dengan ugutan demi ugutan untuk menakutkan kaum Cina.

Mungkin Soi Lek mempunyai agenda bersama UMNO.Tugas Soi Lek menghina hukum hudud dan tugas UMNO menghangatkan semula Tragedi 13 Mei. Matlamatnya sama.
Menakutkan orang Cina dan menaikkan kemarahan orang Melayu ! Jika ini berlaku, maka UMNO muncul seperti Superman untuk menyelamatkan keadaan. Alah...macam lakonan dulu....Peristiwa 13 Mei ! Apakah kau lupa ?

Thursday, October 18, 2012

Adakah Chua Soi Lek mahu jadi Nakoula Basseley Malaysia?



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya dan mempersendakan Islam terutama hukum hudud.


Terbarunya, konon menerima SMS tentang negara bakal kehilangan 1.2 kerja akibat hukum hudud kerana penutupan rumah urut, pusat judi, kilang arak dan tempat maksiat.

 Kita melihat kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gengster, kongsi gelap,pembunuhan dan dadah.

Juga kesemuanya adalah punca berlaku keretakkan rumah tangga, anak isteri kehilangan  kasih sayang, bapa pemabuk, ibubapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami,anak mangsa penampar suami. Mengapa Soi Lek begitu bersemangat mempertahankan aktiviti begitu?

Kita lihat tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini. Apakah ugama Soi Lek?

"Sejahat-jahat" DAP pun, masih ada norma-norma berugama dan hidup bermoral oleh pimpinan DAP. Bahkan pimpinan DAP seperti Teresa Kok pun terkenal dengan kuat berugama Katholik. Cuba tanya Teresa adakah beliau suka orang Katholik punya keluarga kaki judi, pengunjung pusat perlacuran?

Jika Soi Lek bertindak demikian demi untuk tunjuk bahawa dirinya dan MCA membela non muslim, itu langkah yang silap. Soi Lek tidak mewakili non muslim. Beliau hanyalah mewakili golongan kapitalis dan gengster mafia yang siang malam meraut keuntungan hasil penipuan terhadap rakyat marhein.

Percayalah, penyokong Soi Lek hanyalah mafia, gengster, kapitalis, tahi judi, tahi arak dan golongan yang menyebabkan anak isteri dan keluarga merana kerana judi,arak dan pelacuran.

Peliknya, sampai kini UMNO dan PERKASA serta NGO Melayu pro UMNO diam dan sunyi dengan aksi Chua Soi Lek.

Diam dan senyap bermakna setujulah tu.......! Dan seeloknya PERKASA anjur solat hajat agar Chua Soi Lek menang dalam PRU 13. Khir Jamil atau Fathul Bari boleh mengimami solat tersebut. Bukankah UMNO dan MCA sehati dan sejiwa?


Monday, October 15, 2012

Soros amat berkuasa ?



Sekonyong-konyong Dr Mahathir keluarkan "fatwanya" , "Barang siapa undi PR bermakna undi untuk Soros". Dan undi untuk Soros bermakna jual negara kepada Soros.


Tiada diketahui mengapa Mahathir berfatwa demikian. Ada dua persepsi tentang "fatwa" itu.
Pertamanya, Mahathir mahu kenakan PMNajib. Mahathir tahu Najib ada berjumpa Soros.Bagi Mahathir, dengan fatwanya itu bakal makan diri PMNajib. Mengapa? Bukankah Mahathir juga ada bermesra dengan Soros selepas puas memaki hamun Soros?

Mahathir cerdik. Beliau beranggapan rakyat tidak sangat peduli dengan pertemuan beliau dengan Soros kerana beliau kini tidak lagi duduk kerusi PM. Berbeza dengan PMNajib. Pertemuan PMNajib dengan Soros memberi kesan yang besar kepada UMNO apabila Mahathir keluarkan "fatwanya".

Semua orang tahu bahawa antara perangai hodoh dan buruk Mahathir ialah memaki,menyerang sesiapa sahaja yang tidak berkenan di hatinya. Ghafar Baba, Musa Hitam,Anwar Ibrahim dan Abdullah Badwi antara mangsa yang pernah "diratah" oleh Mahathir.

Kini giliran Najib pula menunggu giliran ! Mujur Rosmah Mansor senantiasa bersamanya dan memberi motivasi untuk PMNajib menghadapi serangan ganas Mahathir !

Keduanya, terfikirkah kita apabila PMNajib mengatakan bukan dia nak berjumpa Soros tetapi Soros mahu berjumpa dengannya.

Di sini, kita terfikirkan hebatnya Soros sampai boleh "beri arahan" kepada Najib agar berjumpa dengannya. Begitu juga pertemuan Soros dengan Mahathir dulu. Adakah Soros arahkan agar Mahathir "mengadap" beliau atau Mahathir jumpa Soros untuk mengemis duit Soros ?

Apakah tandanya kepada kita jika dua orang pemimpin negara berjumpa Soros? Adakah Soros "amat berkuasa" ke atas pemimpin UMNO ?

Apakah peranan sebenar Soros dan kaitannya dengan pimpinan negara kita?

Adakah Mahathir dan Najib sudah masuk dalam poket Soros?

Setakat ini Soros masih berdiam diri. Pada diri Soros ada banyak rahsia pimpinan UMNO.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...