ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, June 2, 2010

Israel : Dulu, Kini dan Selamanya....



Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serang sekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.



Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.



Setelah 62 tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.



Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.



Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.



Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu adalah pemilik rumah itu dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.



Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?



Petunjuk:
Anda - rakyat Palestin.
Rumah anda - Bumi Palestin.
Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.
61 tahun - Peristiwa Nakhbah.
Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.
Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.
Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.
Penduduk Kampung - Negara di dunia.
Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Tuesday, June 1, 2010

Big Ma....tolong telefon Arial Sharon...ops silap!


Dulu semasa rakyat Malaysia ditangkap rejim Mubarak semasa demo di sempadan Gaza, sekonyong-koyong "Big Ma" Rosmah menawarkan diri untuk membantu. Dikhabarkan beliau minta pertolongn dengan sekadar telefon "Big Ma" Susan isteri Mubarak. Hasilnya rakyat Malaysia itu bebas.



Kali ini "Big Ma" tak mahu ambil peluang glamour lagi ?



Kini khidmat " Big Ma" Rosmah diperlukan lagi. May Day...May Day ! Harap beliau dapat hubungi isteri PM Natanyahu untuk bebaskan 11 rakyat kita di sana.



Silap-silap dail "Big Ma" ter telefon Aeron Sharon pula. Beliau sedang menjalani "siksa neraka dunia" akibat kejahatan terhadap rakyat Palestin.



May Day...May Day "Big Ma" tolong kami...!

Monday, May 31, 2010

May Day...May Day...APCO tolong kami.....


Dengan wajah selamba PM Najib akhirnya bersuara untuk keluarkan kenyataan tentang serangan Israel keatas kapal yang membawa muatan bantuan ke Gaza. Wajah dan suara Najib tidak membayangkan kemarahan dan ketegasan.


Ini terjadi setelah pertemuan dengan "ayah angkat dan hamba" Israel, Presiden Obama sebulan yang lalu.


Pertemuan dengan Obama bukan sekadar berjabat tangan dan bergambar depan White House. Mesti bersama penasihat-penasihat Zionis yang melingkari Obama dan White House. Obama sekadar "puppet" sahaja. Zionislah yang menggerak-gerakkan aksinya.


Kalau Obama jadi "puppet" Zionis, Najib pula?


Antara kenyataan PMNajib , "Kita tiada maklumat lanjut tentang serangan ke atas kapal bantuan itu dan nasib rakyat kita..........".


Pelik bukan? Bukankah kita ada APCO ? Mintalah bantuan dari APCO !
Nampaknya sejak Najib jumpa Obama dan APCO menjadi "rakan corp Putrajaya", Malaysia begitu berhati-hati ulas isu Palestin.


Friday, May 28, 2010

Bila Najib nak rasmi kedai judi bola?


Cuba anda perhatikan sejak PMNajib luluskan judi bola kepada Vincent Tan, ada beberapa "Adegan besar" yang menarik untuk kita perhatikan.


"Adegan besar" yang mana pelakonnya adalah Najib sendiri. Iaitu Majlis Penyerahan Biasiswa kepada pelajar lulusan Sekolah Agama yang mengikuti kursus perubatan di Mesir dan yang terkini perasmian Majlis Imam Muda di Pekan.



Selepas ini banyak lagi "adegan besar" yang bakal diaksikan oleh PM Najib bagi menutup perbuatan "jijik"nya meluluskan lesen judi bola.



Adakah semua aksi dan lakonan Najib atas nasihat APCO sebgai perunding menaikkan imej Najib dan UMNO yang tercemar teruk akibat meluluskan lesen judi?
Lihatlah nanti banyak masjid bakal dilawati Najib untuk menunjukkan imejnya sebagai "pembela Islam" !
Najib! Masa masih ada untuk anda tarik balik lesen judi. Taubatlah!




Tuesday, May 25, 2010

JUDI: Merapatkan lagi PAS-DAP.




Dulu setiap kali PAS dapat menjadi kerajaan negeri selepas pilihanraya umum, maka berkunjunglah pimpinan tertinggi DAP mengunjungi MB baru Kerajaan PAS.

Oktober 1990, Lim Kit Siang bersama rombongannya mengunjungi MB Kelantan TG Nik Aziz di Kota DarulNaim. Perkara yang sama juga dilakukan pada November 1999 di Wisma DarulIman untuk kunjungan hormat berjumpa MB Terengganu TG Haji Hadi.

Umum melihat motif kunjungan pimpinan DAP adalah membawa mesej kebimbangan 3 perkara dari penduduk bukan Islam. Tiga perkara itu ialah Babi, Arak dan Judi.

Bagi DAP yang mewakili perasaan kebimbanganbukan Islam, jika PAS berkuasa 3 benda tentunya akan diharamkan. Barangkali itulah "ajaran sesat lagi menyesatkan" yang dipelajari dari UMNO.

Kini, masa dan keadaan telah berubah. Dan pemikiran DAP juga telah berubah.

PAS telah menguasai Kelantan masuk tahun ke 20. Orang bukan Islam boleh makan daging babi "bertan-tan" dan togok arak hingga "pecah perut". Tiada larangan. Bebas.

Cumanya judi sahaja diharamkan. Ini kerana ia memberi mudarat semua orang. Satu bentuk penipuan. Ramai keluarga merana dan sengsara akibat judi. Penyakit sosial bertambah akibat judi. Akibatnya semua rakyat Malaysia menanggung bahana akibat lesen yang diberikan oleh UMNO.

Inilah yang memberi "keinsafan" kepada DAP. Walaupun DAP sebuah parti sekular, tetapi pemikiran dan perjuangannya juga melihat nilai moral dan kemanusiaan sebagai perkara yang perlu diutamakan.

Apabila DAP menyatakan bantahan terhadap lesen judi bola, ini suatu yang "amat memeranjatkan" UMNO. UMNO terkejut "beruk"!

Bagi UMNO, tentunya DAP bersama mereka dalam isu judi kerana bagi UMNO judi adalah budaya orang Cina. Lebih "menyayatkan hati" UMNO, MCA juga senada dengan PAS dan DAP.
Dengan isu judi ini, terserlah lagi kemunafikan UMNO dalam Islam.

Cuba bayangkan di tangan kanan PM Najib memegang tasbih manakala tangan kirinya pula meluluskan lesen judi!

Barangkali setiap kali rakyat Malaysia melihat wajah Najib, mereka terbayangkan dan mengingatkan kepada dua perkara iaitu Mongolia dan kini judi pula.


Bagi PAS, kebersamaan DAP dalam isu judi adalah suatu yang menarik dan sebagai titik mula dakwah. Pimpinan dan jentera PAS perlu lipat ganda penerangan tentang keburukan segala judi kepada DAP. Bukan sekadar judi bola.


PAS perlu menerangkan bahawa segala judi hendaklah diharamkan di bumi Malaysia. Judi adalah satu simbol penipuan dan penyakit masyarakat.


Apapun, yang pasti kata-kata TG Nik Aziz mempunyai maksud tersirat tentang DAP, "Di dada Karpal ada bulan........! Sama-sama kita renungi.

Monday, May 24, 2010

Adakah Najib ada "setitik iman" ketika lulus lesen judi?





Sejak isu judi bola heboh seluruh negara, kita dapat melihat "wajah sebenar" politikus-politikus yang mewarnai negara.



Wajah sebenar UMNO terserlah dengan "kemunafikan melampau" oleh PMNajib yang meluluskan lesen judi tersebut.



Wajah dan jawapan selamba Najib tentang perbuatannya meluluskan judi itu begitu "buruk lagi hodoh" sebagai pemimpin parti "Islam Terbesar Dunia" dan sebagai pemimpin Negara Islam.



Adakah Najib begitu "bertaqwa" menjawab ," Kita tidak akan bincang mengenainya(judi bola)", apabila disoal wartawan.



Adakah Najib dalam "keadaan beriman" ketika meluluskan lesen judi bola kepada Vincent Tan?



Kita melihat ramainya pimpinan UMNO menyokong secara "berlapik dan berbelit" tentang kelulusan judi ini. Antaranya MP Kota Belud, Khir Toyo, Zamry Kadir dan beberapa MP lainnya. Juga tidak ketinggalan Presiden PERKASA.



Alasan mereka begitu mudah. Antaranya untuk elakkan "Judi haram" dan negeri PR juga ada judi.



Kita juga melihat begitu bersungguh-sungguh PDRM menerusi mulut Bakri Zinin untuk memastikan rakyat Malaysia hanya berjudi dengan Ascot Berhad sahaja. Berapa RM Vincent bagi Bakri atas ikrarnya itu. Bolehlah ganti Tun Hanif Omar sebagai Penegrusi Berjaya selepas pencen nanti!



Setakat ini tiada suara kedengaran dari Majlis Fatwa Kebangsaan tentang perbuatan jijik Najib ini. Mufti-mufti juga agak takut bersuara. Hanya Mufti Perak bersuara. Itupun agak sentimental dan "romantik".



Barangkali elok Zaid Ibrahim buat road show untuk umumkan senarai peminum arak dan juga kaki judi dari kalangan pimpinan atasan UMNO.


Tentu Muhyiddin Yasin bersetuju dengan cadangan ini !



Juga semasa Majlis Musabaqah Al Quran nanti, para qari pakat baca ayat-ayat tentang arak dan judi untuk halwa perdengaran Najib.



Najib akan insaf jika dia ada "dua telinga" dan lidah tidak bercabang !

Friday, May 21, 2010

Najib lulus judi bola kerana Mahathir?


Saat ini tiada siapa lagi pergi jumpa Mahathir untuk dapatkan komennya tentang judi bola yang diluluskan oleh anak didiknya PMNajib.


Agaknya apa jawapan Mahathir?


Umum mengetahui Vincent Tan menjadi kaya raya bermula zaman Mahathir menjadi PM. Vincent Tan antara nama yang tersenarai sebagai kroni Mahathir. Satu lagi nama kroni Mahathir ialah Annand Krisnan. Keduanya miliki syarikat yang menjalankan perjudian di Malaysia.
Semasa zaman Mahathir, kegiatan judi amat rancak dijalankan. Bahkan lesen judi bola pernah dikeluarkan pada zaman Mahathir sebelum Pak Lah menarik lesen tersebut.
Era PMNajib, kegiatan judi kembali rancak dan merah. PM Najib berjaya "mengimarah"kan kembali kegiatan judi dengan meluluskan lesen judi bola kepada Vincent Tan pada bulan kelahiran UMNO.
Inilah "hadiah" UMNO sempena kelahirannya kepada Vincent Tan.
Mungkinkah faktor Mahathir disebalik kelulusan lesen judi bola itu oleh Najib?
Jika itulah, tidak menghairankan. Ini kerana anak beranak Mahathir juga miliki saham terbesar dalam Syarikat Arak Filipina.
Barangkali dikala umat Islam dan rakyat marah dengan kelulusan judi bola ini, Mahathirlah menjadi manusia paling gembira dengan tindakan Najib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...