ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, November 10, 2009

Tembok Berlin "dibina" Putrajaya.


Semalam masyarakat dunia terutama warga Jerman baru sahaja merayakan ulang tahun ke 20 runtuhnya Tembok Berlin. Satu tembok yang dibina sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua dan kalahnya rejim Nazi pimpinan Hitler di Eropah.

Tembok Berlin adalah simbol Perang Dingin. Ia juga simbol pemisahan ideologi Blok Barat dengan BlokTimur. Ideologi Kapitalis dan Komunis. Lambang permusuhan antara Amerika dan Soveit Union.

Tembok ini dibina setinggi kira-kira 12 kaki sepanjang 150 kilometer itu memecahkan satu negara iaitu Jerman kepada Jerman Barat(pro Barat) dengan Jerman Timur (pro Komunis). Ramai rakyat Jerman Timur terbunuh ketika cuba melarikan diri ke Jerman Barat untuk mencari kebebasan hidup ala Barat.

Runtuhnya Tembok Berlin yang di bina Komunis Jerman Timur seiring dengan runtuhnya Ideologi Komunis di Soviet Union dan Eropah Timur.

Apa hubungan antara Tembok Berlin dengan negara kita ?

Jika Tembok Berlin dibina untuk memisahkan Jerman yang berideologi Kapitalis dengan Komunis, kini seolah-olah "Tembok Berlin" sedang dibina di negara kita. Ianya di bina oleh pihak Putrajaya bertujuan memisahkan negeri berideologi BN dengan ideologi PR.

Akibatnya terpisah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan yang diperintah pihak Putrajaya(BN). Berlakunya diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dari segi bantuan, peruntukan, mesyuarat, perlantikan jawatan bahkan peranan MB dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat dinafikan.

Terkini penafian hak royalti minyak terhadap Kelantan. Dulu Terengganu mengalaminya semasa diperintah PAS (1999-2004).

Harapnya Malaysia biarlah terkenal dengan penduduknya yang majmuk seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Bukan terkenal dengan kemajmukan cara sistem pemerintahan bercampur aduk dengan "Tembok Berlin, Zionis dan Apartheid"!

Monday, November 9, 2009

Dato Hasan Ali dipecat?


Selepas Seminar Politik selesai dengan resolusi dihasilkan, kini pemerhati politik terarah ke topik yang lain pula iaitu hasil siasatan Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi JK Disiplin PAS.


Masing-masing ingin melihat hasil siasatan. Paling utama barangkali mereka ingin tahu nasib PJ Selangor yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Bagi yang "anti" Hasan Ali, tentunya ingin melihat karier Hasan Ali berakhir. Kena gantung atau dipecat sebagai PJ.

Bagi yang"pro" pula, berdoa agar PJ Selangor ini bebas dari tindakan disiplin.

Anda pula bagaimana?

Melihat cara Pengerusi JK Disiplin menjawab soalan media, nampaknya kes ini "tersangkut" juga. Dengan makna Hasan Ali kena jawab "benarkah tuduhan ini dan kena bela diri."

Kalau mengikut "tatacara mahkamah", apabila suspek diarah bela diri, ini menunjukkan kena nafi dengan hujah yang menyakinkan hakim.

Mengenang kembali Sirah Rasulullah. Ketika Ghazwah Tabuk, beberapa Sahabat tidak menyertai peperangan tersebut kerana kelalaian dan mereka mengaku salah atas kesilapan mereka. Bukan mencipta alasan seperti golongan munafik. Mereka bertiga adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Rasulullah menerima pengakuan mereka dan meminta orang Islam memulaukan mereka bertiga hingga Allah Taala memberi keputusan dengan penurunan wahyu.

Kaab bin Malik menerima ujian yang hebat. Dalam tempoh pemulauan itu, Raja Ghassan yang berugama Nasrani melalui wakilnya berjumpa Kaab. Menawarkan kemewahan dan jawatan kepada Kaab. Iman Kaab begitu tinggi hasil tarbiyyah Rasulullah. Kaab membakar surat tawaran itu dan menganggapnya satu malapetaka ke atas dirinya.

Nah! Cantiknya kisah ini untuk direalisasikan dengan keadaan hari ini.

Seandainya Dato Hasan Ali melakukan kesalahan, beliau patut mengaku salah dan terima apa saja hukuman parti dengan hati terbuka.

Seandainya Badan Disiplin PAS mendapati beliau tidak bersalah, golongan yang "anti" beliau perlulah terima keputusan tersebut.

Penyokong sejati PAS adalah mereka yang mempunyai perasaan :

i) Mereka merasai sedih seandainya Hasan Ali bersalah. Tiada sekelumitpun perasaan gembira jauh sekali perkataan "padan muka". Mereka berdoa Hasan Ali tetap dengan pendirian bersama PAS walaupun dijatuhi hukuman berat. Mereka berharap beliau terima hukuman tersebut dengan perasaan terbuka dan redha.


ii) Mereka bersyukur seandainya Hasan Ali bebas dari tindakan tatatertib.


Hanya golongan munafik yang berasa gembira sekiranya Dato Hasan Ali didapati bersalah ataupun bebas dari hukuman. Mengapa ? Bukankah kerja mereka mengadu dombakan antara sesama pejuang Islam. ?

Sebenarnya kes seperti inilah kita boleh mengenal musuh dalam lipatan, munafikin. Bacalah dalam blog-blog mereka. Kata-kata mengeji pimpinan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi tertulis dalam blog mereka. Maki hamun, adu domba dan kata-kata jelek terkandung dalam blog mereka.

Peliknya, kadang kala blogger yang pro PAS tanpa segan silu mengutip "sampah busuk" ini untuk disiar dalam blog mereka.

Kita tidak menganggap TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi maksum. Kita juga tidak mahu blogger memuji melangit PAS. Tetapi kita mahu teguran dengan bahasa yang sopan dan beradab. Bukan maki hamun dengan bahasa kurang ajar.

Kepada Dato Hasan Ali, jaga diri anda dari "jelmaan semula" wakil Raja Ghassan!







Friday, November 6, 2009

Hoi Hishamudin Rais...buatlah filem ini...!


Kisah isteri PMNajib bercuti atas kapal mewah milik kerabat diRaja Saudi semasa bercuti kat Perancis kemudian berjumpa satu kotak milik tuanpunya kapal mewah itu. Akhirnya dalam masa 2 minggu, isteri PMNajib dapat ganjaran RM7 juta atas "kejujuran" beliau.


Kemudian duit ganjaran RM 7 juta itu diagih-agihkan kepada pelbagai Badan Kebajikan di tanahair, badan kebajikan BN, Bakti dan UKM. Hebat!


Menariknyanya sebaik terima RM7 juta, isteri PMNajib panggil SPRM untuk pastikan wang itu bukan dalam kategori wang rasuah. Hebat!
Betul ke cerita ini? Lebih-lebih lagi ianya tersiar selepas Belanjawan 2010.
Cumanya, bila lagi nak "sedekah' komisen Submarine, keuntungan projek PLKN dan ratusan projek kepada rakyat marhein.? Isteri PMNajib tak berniat ke untuk bagi sumbangan kepada anak wanita Mongolia yang hancur akibat letupan C4 ?
RM 7 juta rendah berbanding komisen penjualan Submarine RM 500 juta !
Oh ya! Mana-mana Pengarah filem tak berminat ke untuk buat filem kisah penemuan kotak misteri atas kapal mewah milik kerabat Raja Saudi ?
Rasanya yang sesuai jadi Pengarah filem ini ialah Hishamudin Rais. Tentunya filem ini bakal jadi "box office". Apakah tajuk yang sesuai untuk filem ini? Mungkin Hishamudin Rais bagi tajuk ' From Ulan Bator with Love"? atau " Dari Komisen Kapalselam ke ganjaran RM7juta" ?

Wednesday, November 4, 2009

MCA : Lagi lambat lagi bagus!



Nampaknya drama MCA lari dari skrip. Skrip yang dikarang oleh Presiden Ong Tee Keat sudah lari 360%. Ini gara-gara tindakan pemimpin kepercayaan Ong sendiri naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiang Lai yang dilihat ingin merampas kuasa darinya dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Asal EGM yang di buat pada 10 Oktober lalu adalah untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Dr Chua Soi Lek. Malangnya perwakilan memberikan undi yang sama rata kepada Ong dan Dr Chua. Sokongan perwakilan adalah seimbang buat Presiden dan Timbalannya.

Cita-cita Ong untuk menyingkirkan Dr Chua gagal. Ini menyebabkan timbulnya idea mengadakan Pelan Perpaduan Beasr(GUP). Puak Ong dan Dr.Chua bersetuju berdamai.

Malangnya satu puak yang "terwujud" akibat EGM 10 Oktober iaitu puak Naib Presidennya Liow tidak menerima pelan tersebut. Mereka inginkan EGM baru. Mereka tetapkan pada 28 November ini. PuakLiow ini mendapat sokongan padu dari Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA. Mereka mahukan EGM baru untuk pilih pimpinan yang baru.

Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah membuatkan Parti berasaskan perkauman terbesar di Malaysia mengalami satu lagi "huru hara". Puak Liow tetap menganggap Liow Tiang Lai adalah Timbalan Presiden yang sah. Kemelut MCA semakin terlalu jauh untuk diselesaikan
Kini MCA berpecah kepada 3 kumpulan iaitu Puak Ong, Chua dan Liow. Ketiga puak ini dilihat begitu kemaruk kuasa. Masing-masing terpalit masalah masing-masing. Ong Tee Kieat dengan skandal PKFZ, Chua dengan skandal seks dan Liow dengan pengkhianatan terhadap bos sendiri.
Isu MCA boleh selesai dengan membuang ketiga-tiga individu ini. Mereka bertiga umpama "kepala ikan" yang buruk dalam MCA. Krisis MCA berpunca dari "kepala ikan yang buruk".
MCA memerlukan pimpinan yang baru jika parti itu mahu bernafas lagi di arena politik orang Cina.
Timbul persoalan, siapakah lagi boleh pimpin MCA ? Elok iklankan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden MCA dalam akhbar milik mereka The Star. Dan nyatakan syarat untuk ketiga jawatan itu :
a) Bukan penyokong Puak Ong, Chua dan Liow.
b) Tiada sebarang skandal.
Sebenarnya masalah MCA diberi tumpuan penuh oleh UMNO. UMNO tidak ingin masalah MCA selesai begitu cepat. Lagi lama lagi bagus. Lagi gaduh lagi baik buat UMNO. Ini kerana dalam "poket" pimpinan MCA lah ada banyak rahsia kejahatan dan skandal pimpinan UMNO. Bila MCA bergaduh sesama sendiri, maka tiada masa dan waktu buat MCA bongkar "poket" mereka.
Jika UMNO bergaduh, MCA gembira. Jika MCA bergaduh UMNO lagi suka.

Tuesday, November 3, 2009

Pemikiran Dr.Asri.


Dr.Asri Zainal Abidin (MAZA) bukanlah asing bagi umat Islam terutama yang cintakan ilmu pengetahuan. Kemunculan MAZA dipentas dakwah bermula diawal 90an. Beliau berkelulusan dalam bidang Bahasa Arab,Jordan dan menyambung Master dan PhD dalam bidang hadis.


Diawal penglibatannya diatas pentas ceramah, beliau berdebat dengan Astora Jabat. Bintangnya semakin bersinar bila ditawarkan menjadi Mufti Negeri Perlis. Jawatan itu serasi dengan pemikirannya dan pegangan mazhab negeri Perlis yang tidak mewartakan memegang mana-mana mazhab empat tetapi sekadar menyebut Ahli Sunnah Wa Jamaah.


Sepanjang tempoh memegang jawatan mufti, banyak kontroversi ditimbulkan MAZA. Adakalanya isu yang dicetuskan oleh MAZA mengejutkan umat Islam dari "tidur" ! Misalnya tentang zakat. Beliau mengatakan jika wang zakat di Malaysia diuruskan dengan betul tidak akan berlaku kemiskinan tegar di Malaysia. Ini menimbulkan kemarahan pihak yang menguruskan zakat.


Pihak politik juga tidak terlepas dari "bedilan" MAZA. Antaranya PAS. Beliau menegur penceramah PAS yang banyak mengutuk dan menghentam kerajaan. MAZA juga mendakwa "maki hamun " penceramah PAS tidak membawa mesej Islam.


Pihak Muftilahlah yang banyak merasakan"bahana panas" semasa MAZ menjadi Mufti Perlis. Sikap MAZA terhadap mufti-mufti(kebanyakkan berusia sebaya ayah MAZA) dari segi kehadiran mesyuarat, isu mazhab dan kenyataan media menyebabkan MAZA tidak begitu "mesra" dengan mereka terutama Mufti Perak dan Johor.


Kenyataan beliau melalui media tentang cara tindakan pencegah maksiat mencetuskn kemarahan banyak pihak terutama Jabatan Ugama, Mufti dan PAS. Bahkan pihak Pemuda PAS mengajaknya untuk berforum membincangkan isu tersebut.
Antara yang sebab MAZA tidak di"senangi " oleh para mufti dan JAKIM mungkin sikapnya tentang mazhab. Beliau dicop sebagai "Wahabi". Tetapi melihat cara tindakan dan pemikirannya, MAZA bukankanlah seorang yang berfahaman "Wahabi yang Melampau". Beliau masih merujuk kepada pandangan Dr. Yusuf Qardawi. Juga menerima amalan politik demokrasi di Malaysia. Tentang muzik, beliau bersikap terbuka.
Ini berbeza dengan pegangan keras setengah pengikut "Wahabi". Menolak politik, muzik bahkan "begitu lancar" membid'ahkan sesuatu.
Cuma, pendekatan MAZA dalam penulisan agak "kasar". Beliau dilihat tidak begitu menjaga adab bahasa penulisan dan adab dengan ulama zaman silam. Lebih-lebih lagi apabila mengulas masalah feqah tulisan ulama-ulama dahulu. Perkataan "pandir" antara yang sering digunakan oleh beliau. Perkara ini perlu beliau perbetulkan.
Apapun, kewujudan MAZA dalam dunia dakwah amatlah dialu-alukan. Beliau umpama antara bintang-bintang yang berkelipan di langit Malaysia. Teruskan usahamu wahai orang muda!


Monday, November 2, 2009

Sukan dan Politik bagai lagu dan irama.




Sukan dan politik umpama lagu dan irama. Tiada berpisah. Jika berpisah, deritalah jawabnya. Sama seperti ugama dan politik, jika berpisah jadilah pengikut Kamal Atarturk. Di mana-mana di muka bumi ini, sukan selalunya dijadikan medan politik secara langsung atau tidak langsung

Kerajaan Nazi Jerman pimpinan Hitler pernah gunakan Sukan Olimpik untuk agungkan bangsa Aryan dan perlekehkan atlit kulit hitam Amerika. Soviet Union(Russia) pernah pulaukan Sukan Olimpik yang diadakan di Amerika Syarikat sebagai balas dendam kerana Amerika pernah boikot Olimpik yang diadakan di Moscow 1980. Amerika berbuat demikian kerana pencerobohan Russia keatas Afghanistan.


Honduras berperang dengan El Salvador kerana kalah bola. Piala Dunia 1998 menyaksikan Iran bertemu musuh ketat politiknya Amerika Syarikat berakhir dengan Iran menang 2-1. Rakyat Iran melihatnya bukan sekadar menang bola tetapi melihatnya dengan kacamata politik. Begitu juga Iran pernah menarik diri dalam perlawanan taekwando Sukan Olimpik kerana pesertanya kena lawan peserta Israel.


Begitu juga dengan Israel. Dengan politiklah Israel tidak sertai kelayakan Piala Dunia zon Asia dan Sukan Asia. Ini kerana bantahan negara-negara Arab dan Islam. Semua bukti diatas menunjukkan politik dan sukan tiada berpisah.


Berbalik dalam negara. Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub pernah merengkok dalam penjara gara-gara membantah kelibat Israel dalam sukan kriket yang berlangsung di Kuala Lumpur zaman Dr Mahathir.


Begitu juga pada tahun 1990 sebaik Kelantan jatuh ke tangan PAS. Pasukan Kelantan bermain pakai seluar panjang dalam perlawanan sulung Piala Malaysia! Mengapa? Waallahu 'alam. Mungkin hormat kat "Tok Guru"! Ini semua gara-gara politik.


Terkini, final Piala Malaysia Sabtu ini. Mustahil rakyat Malaysia tidak babitkan perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan dengan politik. Politik tetap tidak dapat lari dari sukan. Ramai pemerhati politik adalah peminat bola. Penyokong PAS tetap menganggap final itu umpama antara PAS(Kelantan) dan UMNO(NS). Ataupun antara PR dengan BN.


Cuba tanya rakyat Negeri Sembilan yang menyokong PAS. Negeri manakah mereka sokong? Tentu negeri "Tok Guru" ! Bahkan seluruh penyokong PAS dan PR akan menyokong Kelantan atas dasar politik. Mereka melihat tidak sekadar bola tetapi bercampur politik weeh!


Lihatlah nanti bendera-bendera yang berkibar di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Sudah pasti bendera PAS,PKR dan DAP akan berkibaran.


Perlawanan Sabtu ini mengulang kembali perlawanan final tahun 2001 antara Terengganu dengan Perak dimana ketika itu Terengganu diperintah PAS dan Perak dibawah BN. Terengganu menang dengan 2-1.


Cumanya kita lihat Sabtu ini di mana tempat Presiden KAFA Anuar Musa duduk di granstand stadium nanti. Adakah beliau duduk bersebelahan Pemangku Sultan Kelantan? Kebetulan Sultan sedang gering di Singapura. Tetapi layakkah Anuar duduk bersebelahan anak baginda. Bukankah manusia yang bernamaAnuar Musa inilah yang mengangkat "Sultan Baru" bagi negeri Kelantan dan segala jajahan takluknya dulu ?


Molekkah penderhaka duduk bersebelahan anakanda Sultan yang pernah beliau derhakai ? Atau sudikah anak Sultan mencemar duli duduk bersebelahan si penderhaka?


Mungkin molek juga Anuar jadi "budak milo" seketika.


Sejarah tidak pernah dilupai manusia. Lebih-lebih lagi sejarah kejahatan, kezaliman dan penderhakaan.

Sunday, November 1, 2009

Dr.Asri penyatu ummah ?


Penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin(MAZA) menimbulkan tandatanya. Penangkapan "macam penangkapan pengganas" dengan kekuatan 35 penguatkuasa JAIS dan 40 orang anggota polis di kawasan perumahan mewah Taman Sri Ukay menyamai penangkapan Anwar Ibrahim 11 tahun yang laku. Bezanya cuma tiada anggota polis yang bertopeng!


Peristiwa penangkapan itu berlaku sebaik sahaja MAZA selesai memberikah kuliah kepada hampir 300 orang. Turut mengikuti kuliah beliau Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamarudin dan ADUN Hulu Kelang, Haji Saari Sungib.


Penangkapan ini dipercayai dirancang teliti dan mempunyai motif tertentu. Ianya mungkin berkaitan dengan memorandum bantahan perlantikan MAZA menjadi Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).


Yang peliknya sebaik sahaja beliau dibawa ke balai polis Hulu Kelang, tiada pegawai JAIS mengambil keterangan dari beliau. Hingga kini (jam 11 pagi 2.11.2009), tiada pertuduhan di dakwa keatas beliau.


Timbul persoalan, siapakah yang memberikan arahan kepada JAIS untuk penangkap beliau ? Melihat kepada cara penangkapan keatas beliau dengan kekuatan 35 pegawai JAIS dan 40 orang anggota polis, ianya satu tindakan untuk memalukan beliau!


Kita nak tanya JAIS, adakah seramai itukah juga untuk menangkap "Nabi Melayu" Kahar tempohari ?


Pihak polis juga mungkin mendapat maklumat yang salah dari JAIS. Mungkin pihak JAIS memberi maklumat kononnya ada "kuliah ajaran sesat" atau "mungkin ketua pengganas sedang memberi kuliah untuk serangan bom" ! Nasib baik tiada UTK dan FRU terlibat.


Kini, kita pakat cari siapakah dalang di sebalik peristiwa yang memalukan ini. Oh ya, adakah Exco Selangor yang jaga urusan ugama Islam tahu dan diberi taklimat sebelum penyerbuan terbesar JAIS tahun ini ? Atau satu perancangan untuk memalukan beliau.


Mungkinkah peristiwa ini mempunyai motif untuk memalukan sekali gus 2 individu iaitu Dr Asri dan Dr. Hasan Ali ?


Cantiknya peristiwa ini, MAZA mendapat sokongan dari semua pihak. Dari Jabatan Perdana Menteri, PAS, PKR, UMNO bahkan Sister in Islam.


Adakah MAZA mempunyai ciri penyatu ummah ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...