ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, July 14, 2008

Madu dan Anjing


Kini musim "mengawan"sudah bermula! Si jantan sambil malu-malu cuba memikat si gadis pingitan. Semuanya kerana si jantan sudah tua, kehilangan "kekuatan", tidak dihormati oleh rakan-rakan dan di ambang maut. Si gadis pula harus hati-hati. Cukuplah pengalaman lama diambil pengajaran. Ingat! Habis madu sepah dibuang masih.

Perumpama diatas sesuai dengan iklim politik sekarang. Antara PAS dan UMNO. Setelah teruk ditimpa musibah. Bermula dengan kekalahan dalam PRU 12 hinggalah Tun Mahathir keluar UMNO, UMNO kini umpama orang tua yang sedang mengemis kasih. Setelah begitu lama menzalimi"gadis cantik" kini cuba-cuba memikat buat kali kedua setelah menghalau "gadis cantik" pada tahun 1978.

Bermula dengan pelbagai kongres bertemakan Perpaduan Melayu di merata negeri tetapi tiada respon serius hinggalah Pak Lah sendiri bersuara tentang Perpaduan Melayu. Isu kerjasama PAS-UMNO berkumandang semula selepas "sejuk" sejak tahun 2001. Pada masa itu Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku S/U PAS mewakili PAS manakala Khalil Yaakob mewakili UMNO. Selepas PRU 2004, dengan kemenangan besar(penipuan!) UMNO di bawah pimpinan Pak Lah tiada lagi kedengaran suara Perpaduan Melayu. PAS tidak lagi dipandang oleh UMNO. Bahkan tiada sedetik pun UMNO sudi tengok wajah PAS. Pak Lah tenggelam dengan kelenaan tidur, berkarut-marut dengan Hadharinya, bergelumang dengan kroninya seperti Patricknya,Khairynya dan Yeohnya.

Kini, sekonyong-konyong Pak Lah minat untuk bermuzakarah. Manakala kerana terlalu "over", Mat Taib Tyson berkata UMNO dan PAS telah mulakan Muzakarah apabila Presiden masing-masing bersuara tentang muzakarah. Jika sebelum PRU 12 bola dikaki UMNO, kini bola dikaki PAS pula. Pengalaman dulu mengajar PAS supaya berhati-hati dengan musuh. Jangan dipatuk kali kedua. "Sejahat-jahat" DAP, mereka tidak pernah bunuh orang PAS. Siapa yang terbunuh di Memali? Angkara siapa? Jahatnya UMNO!
Sehari selepas Petronas mengumumkan royalti RM800 juta kepada Kerajaan PAS Terengganu tahun 2000, UMNO mengumumkan penarikan royalti. Ketika itu Pak Lah Pengerusi UMNO Terengganu. Jahatnya UMNO! Inikah dinamakan tolong umat Melayu? Adakah majoriti penduduk Terengganu bukan Melayu?
Siapa yang musnahkan Masjid Bujal? Siapa yang halau rakyat di Kg Berembang? Memang UMNO memang jahat!
Ketika UMNO kehilangan sokongan dalam pilihanraya 1969, mereka rayu PAS masuk Perikatan kemudian tukar nama BN. Bila mereka dapat kekuatan semula, PAS dihalau keluar dengan hinanya. TG Nik Aziz mungkin masih ingat detik-detik penghinaan itu. Cukuplah weeh! PAS terlalu rendah diri dan "tawaduk". Biarkan dipermainkan dan ditipu.
Rakyat sedang memerhatikan UMNO sedang mengumpan PAS dengan beberapa perkara. Antaranya pengembalian semula royalti minyak, bantuan kewangan sekolah agama, menerima syor PAS dalam perkara pendaftaran sekolah Agama di Kelantan, keizinan terbit 2 kali seminggu Harakah dan kerap menjemput PAS dalam program di TV.
Percayalah langkah terakhir umpanan UMNO ialah pengembalian semula Bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains.
Kita tidak mahu rundingan dibuat secara sulit yang menimbulkan syak wansangka PAS dengan ahli dan penyokong Non-Muslim. Peristiwa pertemuan antara Dr.Mahathir dengan Musyidul Am perlu diambil pengajaran. Ketika itu Non-Muslim melalui CCC amat menghormati dan memberi sokongan kepada PAS pada tahun 80an dan 90an. Tetapi apabila bocor berita PAS ke Seri Perdana, sokongan itu menjunam.
Kini sokongan non-Muslim dan bukan Melayu kepada PAS amat tinggi dan mereka menaruh harapan tinggi agar PAS dapat menggembalikan keadilan untuk rakyat. Mereka amat benci dengan politik perkauman UMNO. Tengoklah keputusan PRU12 contohnya di Parlimen Kota Raja. Oleh itu jangan khianati harapan rakyat.
Apapun soal Muzakarah adalah kuasa Majlis Syura. Bukannya di tangan Mursyidul Am atau Presiden.

Muzakarah perlu secara terbuka. Diketahui oleh rakyat. Untuk menunjukkan UMNO amat berharap menagih kasih PAS dan bukannya olok-olok atau permainan politik, PAS perlu letakkan syarat.
Dua pilihan syarat yang dikira terpenting perlu dipenuhi UMNO untuk menunjukkan mereka serius ialah BENARKAN KELANTAN JALANKAN SYARIAT ISLAM atau BEBASKAN SEMUA TAHANAN POLITIK ISA.

Kepada pimpinan Gerakan Islam, kita sewajarnya memahami maksud pepatah "Bagai Melepas Anjing Yang Tersepit". Tengok samada "Anjing" itu ada rekod pernah gigit orang atau anjing yang sedang tersepit itu pernah gigit orang dan ada penyakit anjing gila? UMNO yang mana satu?

Thursday, July 10, 2008

Cukup...cukuplah Che Det.

Tuhan Maha Adil! Kini segala kerosakkan oleh Tun Mahathir telah terbongkar. Bermula dari sistem kehakiman, penswastaan, pendidikan, perlembagaan dan entah tak terkira. Kita lihat bagaimana sistem kehakiman menjadikan keadilan dibakulsampahkan. Kes AK Lingam menjadikan hakim-hakim kita umpama "Hakim Beruk". Murahnya sistem kehakiman kita untuk di"lacurkan".

Sistem penswastaan menjadikan kapitalis begitu rakus memunggah harta rakyat Tiada istilah kebajikan rakyat di kamus kapitalis. TNB, Telekom, Air, POS antara harta rakyat yang difaraidkan sesama kroni.

Sistem pendidikan antara yang teruk mengalami kemusnahan yang dahsyat. Penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains menyebabkan anak-anak Melayu bertambah bodoh dan DBP melayakkan dirinya untuk dihantar ke Muzium Berlin!

Pembunuhan di Memali berlaku di zaman Mahathir. Sampai kini kesnya belum selesai. Anak-anak Memali dah beranak-pinak dan ada yang menjadi arwah. Tun Mahathir sempat minta maaf?

Kerosakkan yang berlaku hari ini adalah akibat kejahatan pemimpin terdahulu. Pak Lah hanya mewarisinya. Pak Lah perlulah insaf agar Tuhan tidak "memanjangkan usianya" seperti mana hayat Tun Mahathir masih ada untuk melihat akibat kerosakkan ciptaannya selama 22 tahun.

Mungkin Allah Taala memanjangkan usia Tun supaya beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Semua perkara sudah Tun rasai. Kuasa, harta, anak pinak, cucu, istana, menantu apa lagi mahu? Kalau Tun kritik Pak Lah atas dasar sayangkan negara,Melayu, parti, agama dan rakyat, itu namanya penipu! Semuanya kerana tidak dapat projek! Atau gila kuasa! (rujuk puisi era reformasi "Macam Orang Gila" oleh Disman)

Mungkin manusia paling gembira sekarang untuk saksikan gelagat "orang gila " ialah Senator Husin Yusof orang kuat Assyahid Ibrahim Libya.

Siapa bakal IGP dan AG 5 tahun lagi?

Jawatan IGP dan AG untuk masa depan akan kita saksikan tidak lama lagi. Di mana? Siapa? Anda akan lihat calonnya dalam mahkamah nanti. Mereka adalah yang akan mendakwa Anwar dalam kes fitnah liwat nanti. Mungkin Bakri Zinin. Cuba kita imbas kembali kes Anwar 10 tahun dulu. Orang yang mendakwanya dan menjadi pendakwaraya itulah yang sedang duduk dikerusi IGP dan AG sekarang. Calon IGP dan AG mestilah taat setia mengikut skrip cerita dan pandai mengubah-ngubah tarikh! Agar yang dituduh MESTI dipenjarakan. Opps! Terlupa...juga bakal IGP mestilah pandai targetkan penumbuk ke muka yang dituduh agar ada lebam kat mata!
Itulah panorama-panaroma yang berlaku di bumi Malaysia sekarang.
Nasib baik Ketua Hakim kita sekarang bukan yang selalu makan gula-gula Hacks! Kalau tidak ramailah yang batuk-batuk!

Tuesday, July 8, 2008

Roh Hudaibiyyah dalam PR


Perjanjian Hudaibiyyah yang berlangsung pada Tahun 6 Hijrah adalah satu peristiwa besar untuk diamati dan diambil pengajarannya oleh kita semua. Lebih-lebih lagi oleh Gerakan Islam. Dalam perjanjian itu terdapat beberapa isi perjanjian yang ditakrifkan berat sebelah. Antaranya :

i) Setiap orang lelaki Mekah yang pergi ke Madinah tanpa keizinan walinya WAJIB dikembalikan ke Mekah.

ii) Setiap orang lelaki Madinah yang pergi ke Mekah tanpa keizinanan walinya TIDAK BOLEH dikembalikan ke Madinah.

Peristiwa Abu Jandal anak kepada wakil Musyrikin Mekah Suhail bin 'Amru yang disabitkan dengan isi no(i) diatas amat mencengkam perasaan umat Islam ketika itu. Umar Al-Khattab melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap Rasulullah.

Umat Islam ketika itu tidak melihat keuntungan jangka panjang yang terkandung dalam perjanjian tersebut iaitufasal no(3) dan (4) perjanjiaan tersebut yang tercatat sebagai:

iii) Genjatan senjata iaitu tiada peperangan selama 10 tahun.

iv) Setiap pihak samada Madinah atau Mekah boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa gangguan.

Suhail bin 'Amru ketika menarik anaknya Abu Jandal sambil mengugut untuk batalkan perjanjian itu sekiranya anaknya tidak dikembalikan kepada pihak Mekah.Tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjiaan tersebut dalam keadaan menyayat hati bila melihat Abu Jandal diheret balik oleh ayahnya ke Mekah walaupun Abu Jandal telah memeluk Islam. Perjanjian perlu dipatuhi.

Allah Maha Besar! Setiap kesukaran ada kesenangan. Kesan daripada perjanjian tersebut:

a) Rasulullah dapat kembangkan dakwahnya ke serata tempat tanpa gangguan pihak Mekah.

b) Pihak bukan Islam dapat melihat keindahan dan keadilan ajaran Islam.

c) Rasulullah dapat mengutus surat kepada Pemerintah bukan Islam untuk mengajak kepada Islam.

d) Rasulullah dapat menumpukan musuh tunggal ketika itu Yahudi di Khaibar tanpa diganggu oleh musuh yang berdamai iaitu pihak Mekah.



Wahai Gerakan Islam! Adakah anda dapat fahami apa yang tersirat dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah?
Kes tentang Mas Idayu dan Ella, Band Underground dalam Protes dan pelbagai benda lagi bakal menjelma untuk menguji Gerakan Islam. Jika tersilap langkah, rugilah kita untuk jangka panjang.
Sememangnya bagi kita amat terasa sakit hati seperti konsert Mas Idayu dan Ella sama seperti Abu Jandal diheret didepan mata. Begitu juga penglibatan band muzik Underground tempoh hari di stadium. Ulasan Exco Elizebert Wong dalam blognya juga memang menyakitkan hati.
Ini semua menguji Gerakan Islam dalam mematuhi perjanjian Pakatan Rakyat. Untuk politik jangka pendek, esok boleh kita keluar dari PR. Tapi bijak kah tindakan itu?
Sama seperti Rasulullah boleh batalkan Perjanjiaan Hudaibiyyah semata-mata untuk selamatkan Abu Jandal. Tetapi mengapa Baginda tidak berbuat demikian? Fikirkan weeh!
Nah! Dalam masa 6 tahun selepas Perjanjiaan Hudaibiyyah, penganut Islam menjangkau ratusan ribu. Ini dapat dilihat semasa Haji Wida'.
PAS sebagai Gerakan Islam sememangnya arif dengan Sirah Rasulullah. Kematangan PAS boleh dilihat sejak ditendang dari BN. Bermula isu Semangat 46. Mana ada orang PAS masuk S46 tetapi sebaliknya. Begitu juga dengan KeADIlan. Dan kini PAS sedang diintai oleh orang-orang non-muslim.Tertubuhnya Kelab Penyokong PAS membuktikan sasaran dakwah kita semakin meluas. Jangan kita sia-siakan peluang yang dianugerah oleh Allah Taala.
Bantah tetap bantah! Tapi seiring bantahan itu rakyat mula memahami dan mengenali kita. Ramaikan rakan kurangkan musuh. Yang pasti dalam sebuah Gerakan Islam itu perlu ada insan bersifat Abu Bakar dan Umar untuk melayari perjalanan !

Sunday, July 6, 2008

Tentera-Rakyat berpisah tiada

Imej Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bakal tercemar. Kesudian ATM untuk duduk dibawah ketiak IGP Musa adalah sesuatu yang memalukan. Apa rasionalnya ATM hendak dibabitkan dengan PDRM yang terkenal sebagai "anjing kerajaan"? Watak jahat Musa sebagai pembawa tilam dalam perbicaraan Anwar masih diingati oleh rakyat.
Cuba kita amati timbulnya ideal untuk membawa bersama ATM. Ianya timbul setelah Anwar ingin membawa kes Musa dan AG Gani ke mahkamah dan akuan bersumpah Raja Petra tentang pembabitan Najib dalam kes Altantuhya. Apabila Najib, Musa dan Gani merasakan kedudukan mereka tergugat, sesuatu yang pantas perlu diadakan :
i) Kes liwat Anwar direka timbul.
ii) Pembabitan ATM dalam politik Malaysia.

Timbul dikepala rakyat, mengapa ATM hendak digunakan untuk menghalangi rakyat dari berdemo dan berkawal di ibunegara?
Menurut Panglima ATM, mereka akan menunggu arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan tugas. Adakah di zaman Pak Lah ini, KDN ketua kepada ATM bukannya Seri Paduka Yang Dipertuan Agong selaku Panglima Tertinggi ATM? Alangkah malangnya Malaysia!
Untuk warga ATM, masihkan anda hormati Najib yang melanun duit Sukhoi dan submarine? Adakah anda sanggup dituduh dan diludahi rakyat sebagai "anjing kerajaan?". Sanggupkah anda duduk dibawah ketiak Musa yang menipu dalam kes Anwar? Anda masih ada maruah?
Mulai saat ini rakyat Malaysia mula dilanda kebimbangan kemungkinan C4 akan hilang lagi! ATM lebih baik buat rondaan jaga stor C4 daripada kawal KL. Kerana hilangnya C4 bermakna bumi ini akan kehilangan satu lagi nyawa!
Soalan cepu emas...Menteri mana yang jaga C4 weeh?

Wednesday, July 2, 2008

Hey kawan! Amerika dah lama jajah kita.


Apabila Amerika suarakan tentang ketelusan perbicaraan Anwar maka berbunyilah suara kononnya mereka menentang campurtangan Amerika. Tengoklah selepas ini gendang anti-Amerika akan dipukul oleh Khairy, Hishamudin, Firdaus(Imam Sepak Tong Undi) dan budak-budak hingusan UMNO. Mereka akan berdemostrasi depan Kedutaan Amerika. Maka buat sekian banyaknya isu Anwar agen Amerika akan diwar-warkan di media.Hebat betul lakonan budak-budak hingusan UMNO.


Hoi! Sejak bila Malaysia bebas pengaruh Amerika? Hoooi! Sejak bila Malaysia tidak duduk bawah ketiak Amerika?

Untuk fakta, Dr Mahadhir pernah bayar jutaan ringgit untuk bertemu Presiden Bush. Bayar pada pelobi Yahudi. Kerajaan Malaysia pernah menerima desakan Amerika agar mengizinkan PLO hantar wakilnya untuk Persidangan Menteri Luar OIC sedang pada masa itu HAMAS telah menguasai Kerajaan Palestin. Kerajaan Malaysia menerima desakan dan nasihat Amerika menahan aktivis Islam untuk disumbat dalam Kem Kemunting(ISA) dan yang terbaru Kerajaan Malaysia begitu patuh menerima arahan pihak Amerika agar menutup gerai Kerajaan Iran dalam pameran persenjataan 2 bulan lalu. Dan sekarang rundingan FTA masih berlangsung yang bakal memangsakan dan memiskinkan rakyat.

Sudah menjadi kebiasaan pemimpin dunia ketiga seperti Malaysia akan mengaitkan orang-orang yang menentang mereka sebagai agen-agen kuasa asing. Perkara ini akan dilagukan berulang kali hingga rakyat akan percaya. Taktik yang pernah digunakan oleh Nazi Jerman.

Kadang kala pemimpin korupsi seperti UMNO lupa tentang peribahasa Amerika : Kita boleh menipu semua orang dalam satu masa tetapi kita tidak akan dapat menipu semua orang dalam semua masa.

Tuesday, July 1, 2008

Kassim yang tidak Selamat

Kemunculan buku baru Kassim Ahmad(ahli UMNO)berjodol : Mencari Jalan Pulang;Dari Sosialis kepada Islam terbitan Feb 2008 bakal menimbulkan kontroversi baru. Bukunya yang bertajuk : Hadis suatu penilaian semula telah diharamkan oleh Majlis Fatwa.
Kassim adalah bekas Pengerusi Partai Sosialis Rakyat Malaya(PSRM). Beliau kemudian masuk UMNO semasa era Mahadhir. Pernah cuba mempopularkan KOD 19 yang dibawa oleh Rashad Khalifah. Ajaran KOD 19 adalah asalnya daripada ajaran Bahai. Antara kandungan KOD 19 cuba memberi tarikh kiamat dengan kaedah nombor. Rashad Khalifah dibunuh di Amerika Syarikat.

Dulu banyak artikel-artikel Kasim tersiar oleh akhbar arus perdana. Fahamannya yang menolak hadis mendapat tempat dalam UMNO. Antara pertubuhan yang mendokongnya seperti Jemaah Al-Quran Malaysia dan Sisters In Islam(SIS). Yang peliknya ramai ada latarbelakang ugama dalam UMNO seolah-olah merestui fahamannya bersarang dalam UMNO seperti Nakhaie, Mashitah, Mat Zin dan Hamid Othman.
Kesudian Tun Mahadhir menulis kata pengantar dalam buku Kassim seolah mengiyakan fahaman sesat itu. Ini tidak menghairankan kerana Tun sendiri mempunyai puluhan koleksi kata-kata yang boleh membatalkan iman.
Sepatutnya apabila usia diambang sore, Kassim sudah jumpa jalan pulangnya menuju alam kubur. Tak perlu mencari-cari. Kalau Kassim masih mencari-cari jalan pulang dengan kaedah matematik dan logik akal, Kassim akan jumpa jalan menuju neraka! Taubatlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...