ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, December 17, 2015

SEDONDON SEPENTAS



Bila presiden PAS dan UMNO duduk sepentas,riuh seluruh Malaya.Ada berkata positif...ada yang teruja..ada yang negatif...ada yang gementar dan ada yang sekadar tersenyum.
Anda yang mana satu?
Saya di pihak sekadar tersenyum.
Yang teruja,barangkali PERKASA,ISMA,NGO pro UMNO,Mufti Perak dan sewaktu dengannya.
Yang negatif, tentunya PAN.Sebabnya,PAS bertambah kawan walaupun belum "bergabung".Tentunya ada undi Melayu UMNO sudah masuk poket PAS.PAN hanya harapkan undi Cina DAP dan G25 !
Yang gementar sudah pasti DAP.Parti Roket ini amat cerdik melihat perkembangan politik masa hadapan.DAP tentunya belajar dari sejarah PAS.Setiap kali UMNO bergaduh,undi Melayu mengalir menuju ke peti undi PAS.Inilah yang menggerunkan DAP.Ini bermakna undi PAS bermakna sokong HUDUD !
Perkembangan semasa menunjukkan orang Melayu bosan dengan karenah politik UMNO,percakaran sesama pembangkang.Asalnya orang Melayu bosan dengan "peperangan" PAS dengan "orang kalah pemilihan G18".Setelah tertubuh PAN dan kemesraan PAN dengan DAP menyebabkan orang Melayu atas pagar serta Melayu UMNO kagum dengan kesabaran,berjiwa besar,istiqamah dan tahan uji PAS menghadapi ujian tersebut.
Ini kelebihan PAS.
Hebatnya PAS masih boleh bersabar dengan Memali,Lubuk Merbau,ISA,pertukaran gurunya,pembuangan kerja dan diskriminasi minyak di Kelantan dan Terengganu dan terkini Unit Amal kena halau dari penempatan banjir di Selangor.
PAS boleh bersabar.Mengapa? Kerana PAS parti politik dan dakwah.Meramaikan kawan mengurangkan musuh.Senjatanya adalah kesabaran.
Ketika arwah Ustaz Fadhil Nor sepentas dengan Dr Mahathir atas isu Palestin,tiada seriuh kampung seperti hari ini TG Haji Hadi sedondon dengan PMNajib. Mengapa?
Ketika itu,UMNO kuat.Dr Mahathir berkuasa dengan ISAnya dan orang PAN masih dalam PAS.Tiadalah suara bising PAN.
Mengapa pula DAP tidak gementar lutut? Kerana UMNO kuat dan dengan sendirinya orang Melayu UMNO sekular menentang hudud.Tiada undi buat PAS.
DAP hanya takut sekiranya orang Melayu UMNO kembali kepada Islam.Itu sahaja.
Hari ini kita melihat di atas pentas dua wajah insan yang berlainan walaupun sedondon.Satu menagih simpati dikala orang-orangnya berpecah dua akibat bencana RM2.6bilion sambil menebuk kapal bernama UMNO.
Manakala seorang lagi melihat ummah perlu diselamatkan dengan Islam untuk selamat dunia juga akhirat.
Berbezakan? Sebab itu saya tersenyum.

Friday, December 4, 2015

IKRAM : Ke arah mana hala tuju ?



Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti Amanah Negara(PAN).

Walaupun IKRAM mensyaratkan ahlinya meletak jawatan dalam organisasinya kepada ahlinya yang di lantik sebagai pimpinan PAN tetapi ianya tetap meletakkan IKRAM di pentas kancah politik negara.

Bezanya dahulu pimpinan IKRAM(dulunya JIM) menumpang rumah PAS dan PKR sejak zaman reformasi kini sudah ada rumah sendiri yang bernama PAN.Walau bagaimanapun PAN tidak sepenuhnya milik IKRAM.Muhammad Sabu,Salehudin Al Ayubi,Anuar Tahir antara yang tidak berwajah IKRAM.Mat Sabu dengan pro Iran dan Anuar dengan wajah ABIMnya.

Paling tertinggi kedudukan ahli IKRAM di dalam PAN adalah Naib Presidennya iaitu Ustaz Hasanuddin Yunus.

Pimpinan IKRAM mesti membuat keputusan yang kolektif,tepat dan tegas dalam perkara ini.

Terkini dengan pembabitan Mat Sabu dengan pimpinan Regim Bashar "memusnahkan" program kemanusiaan IKRAM.

Barangkali pimpinan IKRAM boleh membuat "dalih" bahawa NGO itu non partisan.ABIM pernah mendakwa demikian.Tetapi bila DS Anwar masuk UMNO,tiada lagi non partisan buat ABIM hingga ABIM berpecah kepada ABIM PAS,ABIM UMNO dan ABIM Perlis.Kini ABIM Perlis sahaja yang menampakkan ABIM yang "original" non partisan dan bertukar nama kepada HALUAN.

Mengapa IKRAM bersungguh-sungguh untuk masuk politik?Sejak zaman IRC kemudian JIM,mereka "berfatwa" pilihanraya adalah tidak syarie.Bahkan ada ahli JIM mengundi calon UMNO menentang calon PAS. 

Majoriti ahli JIM tidak mendaftar sebagai pengundi hinggalah zaman reformasi.Semasa era reformasi,berduyun-duyun dan berbondong-bondong ahli JIM mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi PRU 1999.Ketika itu tiada lagi istilah pilihanraya "tidak syarie".

Sejak itu ramailah pimpinan JIM masuk politik.Ada yang masuk PKR dan PAS.Antaranya Haji Shaari Sungib(Abu Urwah).Beliau menjadi calon Parlimen Paya Besar,Pahang 1999 tetapi gagal tetapi berjaya di DUN Hulu Kelang Selangor PRU 12 dan PRU 13.

Ramai juga calon JIM yang menjadi calon PKR dan PAS dalam PRU.Termasuk juga Ustaz Hasanuddin Yunus yang bertanding tiket PAS di Johor tetapi tewas.

PAS bersikap terbuka.Walaupun persepsi mengatakan IKRAM ingin meng"ikram"kan PAS seperti ABIM ingin meng"Abim"kan PKR,malah kalangan pimpinan PAS masih memberi ruang dan peluang kepada pimpinan IKRAM untuk menjadi calon PRU sejak PRU 1999.

Bermula pengasas JIM(YB Haji Saari Sungib) mengingkari arahan pimpinan,bermula dan terserlahkan wajah sebenar IKRAM terhadap PAS walaupun ada di kalangan mereka yang tetap bersama PAS seperti YB Meru Dr Abd Rani Othman.Yang lainnya mendekati PAN.

IKRAM mesti memahami menerjunkan ke alam politik tidak sama seperti menguruskan institusi kebajikan dan pendidikan.Lebih-lebih lagi politik Malaysia.Iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Mesir,Turki,Tunisia dan Indonesia. 

Politik Malaysia hanya membabitkan penentangan dua pihak sahaja.Satu pihak mahukan syariat Islam dan satu lagi menentangnya.Di Malaysia,politik Islam telah lama berakar umbi.Bermula Hizbul Muslimin era 30an hinggalah di haramkan oleh penjajah British.Kemudian PAS mengambil alih dan meneruskan perjuangan menegakkan hukum Tuhan di bumi Malaysia.

Sepatutnya melihat situasi politik Malaysia,IKRAM perlu menjauhi alam politik.Cukuplah mengendalikan 9 institusi kebajikan dan pendidikan untuk mendidik dan tarbiah ummah.Bidang politik serahkan kepada PAS kerana ianya satu organisasi tunggal politik sejak berzaman berteraskan Islam.Sepatutnya IKRAM membantu PAS dalam soal politik bukan memecahkan undi Muslim.IKRAM mempunyai ramai ahli yang elit yang boleh bersama menegakkan Islam melalui politik pilihanraya.

IKRAM sepatutnya melihat pengalaman Jamiat Islami di Pakistan.Mengapa rakyat Pakistan menolak Jamiat dalam pilihanraya walhal Jamiat mempunyai ramai ahli yang elit,intelektual,hospital,badan kebajikan..Antaranya sebabnya Jamiat terlalu elit tidak kuat sokongan dari rakyat marhein.

IKRAM kena sedar betapa calonnya yang berjaya menjadi YB adalah kerana sokongan dan kerja kuat dari rakyat marhein dari kalangan penyokong PAS. 

Politik Malaysia semakin lama menampakkan wajah sebenar DAP.Sewajarnya IKRAM menjauhi DAP.PAS menolak DAP bukan kerana anti Cina kerana PAS sudah ada Dewan Perhimpunan Non Muslim.Ikatan persahabatan dengan DAP dirungkai kerana DAP tidak menghormati hak-hak orang Islam untuk mengamalkan hukum Allah di Kelantan.

 Percayalah,jika IKRAM balik asal kepada landasan sebenar sebagai NGO Islam non partisan,kerja kebajikan mereka dapat dilipat gandakan dengan pandangan positif dan sokongan dari PAS.

Belajarlah dari pengalaman ISMA yang mencuba masuk politik baru-baru ini.Mereka dilihat sebagai kerabat UMNO dan tentunya golongan akar umbi tidak menyukainya.Apatah lagi apabila PAS putus hubungan dengan DAP dan lagak pimpinan DAP yang angkuh,sombong menolak syariat Islam dan dalam waktu yang sama pimpinan IKRAM masuk PAN dan mesra dengan DAP.Lagilah bertambah benci golongan akar umbi marhein terhadap PAN.Dan sudah tentu tempiasnya berjangkit kepada IKRAM.
  
 Ingat,janganlah sampai majoriti Muslim di Malaysia menganggap IKRAM pula salah satu sayap baru ciptaan DAP selepas PAN ! 

IKRAM,anda mampu mengubahnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...