ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, October 16, 2016

Aduhai insan bernama Mahathir







Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengganu di cungkil balik kerana UMNO telah tewas.Penyokong UMNO mahu PAS bina semula jalanraya gunakan duit PAS.

Itu antara taraf pemikiran pimpinan UMNo yang berjangkit hingga ke penyokongnya.Begitu juga ada suara UMNO menggesa penyokong PAS yang bekerja dalam kerajaan letak jawatan.

Itu belum lagi penyokong PAS yang ditukar ke Sabah ,Sarawak,Gua Musang,Ulu Tembeling kerana menyokong PAS.

Dr Mahathir ketika itu menjadi PM.Barangkali beliau tidak ambil "cakna" tentang perkara itu.Sebab berada di puncak pemerintahan.Beliau mungkin senyum puas atas "kehebatan" aksi dan pemikiran orang UMNO.

Setelah UMNO tumbang di Terengganu 1999,royalti petrolium Terengganu ditamatkan dan ditukarkan kepada "wang ehsan".Pelbagai dolak dalih Mahathir untuk menghalalkan perbuatan yang tidak bermaruah itu.

Kini setelah Dr Mahathir bergelar pembangkang,barulah beliau rasai "nikmat" yang pernah dikecapi oleh penyokong PAS ketika beliau jadi PM selama 22 tahun dulu.

Bermula anaknya Mukhriz dibuang dari MB Kedah,seterusnya Mokhzani tidak lagi jadi bos Litar Sepang.Terus berjangkit kepada Proton dan terkini Menteri UMNO berkata,"Kita boleh robohkan legasi Dr Mahathir..."

Begitu bencinya UMNO kepada Dr Mahathir.Sama seperti bencinya UMNO era Mahathir kepada PAS Terengganu hingga sanggup rampas royalti rakyat Terengganu.

Sekarang, bila Dr Mahathir beri "formula" untuk ambil balik hak rakyat Terengganu dan Kelantan,semua orang senyum sinis sambil berfikir sendiri,"Biar betul Doc....anda masih waras...?" 

Sekarang kisah Dr Mahathir jadi semacam kisah pengembala biri-biri yang suka berbohong.Dulu PAS menjerit sampai "putus urat tekak" tentang kejahatan dan pembohongan UMNO,tiada ramai orang percaya.

Kini bila Dr Mahathir jerit tentang  PMNajib curi duit(walaupun mungkin betul) siapa mahu percaya ? Sebabnya Dr Mahathir ada rekod BMF,Perwaja,Memali,AP Rafidah,royalti Terengganu,zalimi Anwar dan 1001 kes selama berkuasa 22 tahun.

Hanya satu cara Dr Mahathir mahu rakyat percaya cakapnya iaitu masuk PAS bukan sekadar  berceramah atas pentas PAS.Masuk PAS dan kembali ke pangkal jalan.Jadi pendokong perjuangan Islam.

Umar yang terkenal dengan anti Islam boleh jadi pahlawan di zaman Rasulullah.Mahathir sudah Islam.Cumanya perlu betulkan otak pemikirannya.


Sunday, September 4, 2016

Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !




Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah
 

Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah merasakan ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2 perkara tentang Lang Merah :
1) Patung Lang Merah dibina dahulu tidak merujuk kepada Jabatan Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti tidur ke?
2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.

Jika kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan kejahatan Mahathir.

Sebelum ini isu tandatangan untuk masuk Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir didakwa sebagai penentu berjaya atau tidaknya untuk masuk Universiti ISA Kemunting.

Kini timbul pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa patung itu dibina,Mahathir sebagai PM  tengah rancak mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung berhala Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan dedak Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.

Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.

Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.

Mengapa hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi ?Adakah mufti kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu berunding.

Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?

Wahai mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.


 

Monday, August 8, 2016

KEJAHATAN YANG MELUAS



Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.

Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang dikira nilai berita oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut ""keyakinan yang diyakini" ?

Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".

Anda melihat betapa berbeza reaksi dakwaan SR terhadap PMNajib tentang isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan tanpa berganjak bahkan PMNajib masih tidak menyamannya.

Tetapi bila PAS melalui Timbalan Presiden bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan istilah " kecurigaan meluas".

Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.

Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.

Menghairankan dakwaan itu berlegar di sekitar pengundi Cina. Siapa punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan baruanya PAN.Motifnya supaya pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.

Tahniah kepada Mahfuz Omar yang tumpang semangkuk dengan SR,MalaysiaKini,DAP dan PAN.

Cuba anda nilai kenyataan Mahfuz dalam MalaysiaKini :

“Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

Percayalah Mahfuz akan mati karier politiknya dalam keadaan terkangkang-kangkang di celah Pokok Sena !




Wednesday, August 3, 2016

Adakah Jho Low selicik Ayah Pin?






Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih alat pengesannya pun tidak dapat mengesannya.Adakah ilmunya macam David Copperfield? Allahu a'lam.Sejak tahun 2004zaman Deris Jusoh jadi MB Terengganu,ayah Pin terus diburu.

Cumanya Ayah Pin diketahui sebagai pengikut Barisan Nasional dan UMNO.

Tiba-tiba awal tahun 2016 berita kematiannya diketahui umum.Mati di bumi Malaysia dan dikebumikan dalam pengetahuan Jabatan Agama dan polis.

Jho Low tiadalah terkenal dengan ajaran sesatnya kerana sememangnya bukan Islam.Cumanya dia kuat joli guna duit orang ramai.Fotonya bersama PMNajib pun tersebar umum.
Adakah nasibnya seperti Ayah Pin? Ghaib sana ghaib sini.Lepas itu muncul berita kematiannya seperti Ayah Pin?



Sunday, July 17, 2016

Aku tahu kau kecewa,Oba...



AMERIKA YANG BERWAJAH DUA
"Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama...

3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahasa tentang rampasan kuasa tentera terhadap Kerajaan Demokrasi Presiden Mesir Morsi.
Hakikatnya Amerika gembira kerana Israel selamat.


15 Julai 2016 Obama segera keluarkan kenyataan menyokong kerajaan demokrasi Presiden Turki Erdogan apabila tentera gagal rampas kuasa.
Hakikatnya Amerika kecewa kerana bayangan semangat Al Fateh masih membara di Turki dan Israel dalam bahaya.

ANGKA 1000..artikel ke 1000

Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeriahkan taman blog Malaysia.Kebanyakkan hasil tulisan blog ini dieksport ke laman web http://www.tranungkite.net/v12/ yang hitnya spt di bawah :
Purata Hits
· Sejam
11,138
· Sehari
229,262
· Sebulan
6,981,018
· Setahun
83,772,213


Tuesday, July 12, 2016

Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?



Melihat kepada laporan berita MalaysiaKini akhir-akhir ini sejak PAS berpisah dari DAP dan PKR adalah semakin melampau anti Islamnya.

Ini baru disedari oleh Mufti Perlis.MAZA melalui penulisannya yang disiar oleh MKini,membidas dan mengecam sikap melampau MKini terhadap Islam.MAZA mula "mengamuk" terhadap akhbar "kesayangannya" yang selalu siar kenyataan MAZA apabila MKini menyiarkan artikel tentang "pembabitan" Dr Zakir Naik dengan pengemboman di Dhaka.

Umum tahu betapa MAZA begitu ditantang bagai minyak penuh atau anak emas oleh MKini terutama membabitkan kenyataan MAZA tentang hudud,PAS dan Ulamak.Walaupun barangkali MAZA berniat baik dengan kenyataannya,tetapi MKini yang mempunyai agenda anti Islamnya "memusingkan dan spin" untuk lagakan antara MAZA dengan pihak yang ditegurnya.

Anda boleh lihat betapa jahatnya MKini terhadap Islam,PAS dan Ulamak.Lihat tajuknya,:



"Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik"


Tajuknya tentunya mempunyai niat jahat walaupun artikel di bawahnya memetik dari akhbar Bangladesh yang tentun mempunyai kefahaman yang sama dengan MKini.

Lihat kandungannya.Nama PMNajib,TPM Zahid dan Presiden PAS TGHH dikaitkan dengan layanan dan gelaran baik untuk Dr Zakir.Sedangkan kandungan sebelum itu dikaitkan Dr Zakir dengan penggganas.

Begitu licik MKini menanamkan kebencian terhadap Dr Zakir,pimpinan kerajaan dan TGHH.Seolah-olah Kerajaan Malaysia,Terengganu dan TGHH layan "penggganas" ke Malaysia dengan layanan permaidani merah.

Apabila MAZA dapat menghidu kejahatan MKini,dengan pantas MKini siar kenyataan MAZA yang mengecamnya .Akan tetapi diselitkan kenyataan editornya di bawah.Kononnya tiada niat jahat,bahkan staff MKini ada orang Islam,mualaf bahkan siar cerita mualaf masuk Islam.Sempat pula mohon maaf zahir batin sempena Idul Fitri.Semuanya untuk menutup amalan jelek mereka trhadap Islam.

Kejahatan MKini bukan setakat itu.Selang beberapa hari disiarkan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS tentang laporan Sarawak Reports.

Tajuknya :  
PAS: Usah biar Sarawak Report terus perdaya rakyat.

Seolah-olah PAS menyokong PMNajib dalam isu 1MDB.Sedangkan kenyataan Tuan Ibrahim mahu kerajaan dedahkan laporan audit 1MDB kepada umum untuk rakyat bandingkan mana yang benar antara laporan Ketua Audit dengan Sarawak Reports.Biar rakyat nilai.

Itulah kerja jahat MKini yang tetap angkuh dengan polisi jahatnya.Jika kejatuhan Kerajaan PAS di Terengganu tahun 2004 diraikan dengan penuh gembira oleh puak MKini yang terdiri dari liberal,LGBT,sekular,SIS,sosialis, adakah kejatuhan kerajaan Kelantan(mohon Tuhan jauhi) nanti bakal diraikan oleh MKini dengan pesta togok arak dan panggang babi salai?Jangan lupa ajak puak DAP dan PAN raikan sekali .Jangan lupa jemput Husam Musa! Salai kambing Jamnapari untuk Husam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...