ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Nak kata kelakar ,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini. Masing-masing "keluar...
-
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti A...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk ...
Monday, October 7, 2013
Pemilihan UMNO : UMNO bakal dipimpin rasis dan samseng?
Pemilihan UMNO adalah tempat calon-calon UMNO menonjolkan wajah-wajah rasis dan samseng untuk dipilih oleh ahli-ahli mereka.
Paling menonjol ialah Zahid Hamidi selaku Menteri Polis. Mentang-mentanglah memegang potfolio jaga Bukit Aman, beliau berlagak samseng dan gengster.
Sehari dua ini, beliau "berperang" dengan media MalaysiaKini dan mengancam untuk tutup media yang "berlaga arus" dengan beliau.
Beliau juga menganggap PCA sebagai undang-undangnya( ciptaan/miliknya/karyanya?
Begitu juga Zahid berlembut dengan kumpulan samseng Melayu seperti Tiga line (serpihan PEKIDA) dengan memanggilnya sebagai kawan-kawan.
Kumpulan Tiga Line dianggap Zahid sebagai "samseng tahi minyak" sahaja.
Keduanya, mantan KM Melaka Ali Rustam. Beliau dengan terang menyatakan tujuan beliau bertanding untuk kerusi Naib Presiden kerana kecewa dengan sikap orang Cina tidak menghargai jasa beliau semasa PRU 13 lalu.
Jadinya, apa motif Ali bertanding kali ini? Adakah Ali bercita-cita membalas dendam kepada orang Cina kerana kekalahannya itu berpunca dari kaum tersebut?
Dan apabila menang Naib Presiden nanti,bakal menjadikan UMNO dipimpin golongan ultra rasis untuk lebih "bertenaga" membuli kaum Cina.
Barangkali bagi Ali,jawatan Senator dan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tidak mampu untuk "membuli" pengundi Cina melainkan jawatan tertinggi dalam UMNO.
Tentunya Ibrahim Ali senyum dan bangga kerana idea-ideanya sudah memenuhi otak-otak calon tertinggi UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment