ARTIKEL BOMBASTIK
-
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti A...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya da...
-
Dulu, bersama Najib di Mekah..... katanya,...... sebagai juruterjemah dan diajak berbincang tentang perpaduan ummah sedunia. Kini,...
-
PAS dalam Pakatan Rakyat umpama di hujung tanduk.Peliknya PAS masih cintakan PR walaupun rakannya memaki hamun PAS. PAS tidak akan kelua...
Thursday, October 24, 2013
AWAS di keliling anda ada Penjenayah Spontan !.
Tiga kejutan menakutkan berlaku di negara ini dalam tempoh tiga hari.
Pertamanya, pembunuhan pelajar perempuan berusia 15 tahun oleh kenalan lelakinya. Kenalan yang dikenali melalui FB.
Keduanya,pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan bank tersebut.Pembunuh itu memiliki IC palsu.
Dan ketiganya,amukan seorang pemuda mengakibatkan dua nyawa ditikam mati.Pembunuh disyaki sakit mental.
Begitu mudah nyawa diambil.
Semuanya dalam situasi polis sedang "mengamuk" dalam Operasi Cantas, polis kehilangan 44 senjata api,hanya 7 yang dijumpai kembali dan Menteri Polis baru sahaja memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.
Ketiga-tiga kes bunuh di atas bukan dilakukan oleh Kongsi Gelap atau Penjenayah Tegar maupun yang mempunyai senarai rekod jenayah.
Kita melihat ianya semacam "spontan" sahaja ianya berlaku.Tidak terancang rapi.
Ini bermakna,rakyat Malaysia menghadapi dua keadaan penjenayah samada sememangnya penjenayah maupun "penjenayah yang spontan".
Di keliling kita berkeliaran "spesis" ini .Malaysia sudah tidak selamat lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment