ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, May 30, 2013

Adakah kerana ini.....?



MP Lembah Pantai dilarang masuk Sabah dan dihalau balik semula ke Semenanjung.

Adakah kerana MP Lembah Pantai ini anak Anwar atau tidak berdarah Sulu ?

Gambar ini memberi sejuta makna.







ada hari kita di atas  
ada hari kita di bawah

ada hari kita di luar
ada hari kita di dalam

ada hari kita tidak kisah apa orang kata
kerana kita berkuasa dan berpangkat

ada hari kita tidak peduli sengsara rakyat di Berembang
ada hari kita seronok bagi penyapu pada pegawai kita

hari ini
baru kita tahu langit tidak selamanya cerah bagi kita
dan langit tidak selamanya mendung bagi yang dizalimi

hari ini juga
baru kita tahu doa-doa yang dizalimi dimakbulkan Tuhan Yang Maha Adil

dan hari ini juga baru kita tahu jalan yang diambil Mat Taib
jalan yang betul, benar dan penuh keinsafan

Kita masih ada saki baki hari yang bakal indah
kerana Tuhan itu Maha Pengampun



 


 
 

Wednesday, May 29, 2013

Mulut Mahathir ada masalah?

.
Jarang benar pengampu UMNO dan pengikut setia Mahathir ,Zainuddin Maidin (ZAM)mengkritik PM sejak dihantar ke London kerana kritik Dr Mahathir atas isu penggunaan bahasa oleh Mahathir.

Hari ini, sekonyong-konyong ZAM mengkritik PM(kerusi)Najib kerana kebodohan cara berkempen.

Antara celaan ZAM terhadap kempen Najib seperti, slogan " I love PM' , meniru gaya Anwar dan Najib makan di warung orang ramai.

ZAM kata kempen Najib seperti berlakon,berpura-pura dan menjijikkan. Jika Daim labelkan Anwar sebagai clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak), ZAM pula labelkan Najib sebagai imitator(peniru).

Bahkan ZAM menggelarkan penasihat Najib(APCO dan War Room) sebagai seperti"pontianak langsuair" kerana  berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan.

Buat sekiannya Najib ditipu buat kali kedua oleh orang dikelilingnya.Pertama,oleh pengikutnya di Parlimen Pekan tahun 1999.

" Semua ok dan beres bos....". 

ZAM juga mengatakan gaya kempen Najib sekadar pemimpin pelajar bukan gaya pemimpin negara.

Adakah Nasjib bersikap demikian kerana "asuhan  dan didikan" Rosmah di rumah?

Seperti dijangkakan ZAM masih berfikiran rasis seperti tuannya Mahathir. Masih beranggapan Cina itu bayangan komunis dengan menggelarkan Cina yang pro PR sebagai " communist surrogate".

Persoalannya, adakah butir-butir kata dari mulut ZAM adalah dari tuannya Mahathir ?

Barangkali Mahathir malu untuk mengkritik Najib secara terang-terangan seperti Pak Lah dahulu kerana anaknya Mukhriz sudah dihadiahkan sebagai MB Kedah

Jadi Mahathir gunakan mulut ZAM untuk menembak Najib.





Monday, May 27, 2013

Jangan bersedih Muhyiddin !



Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”


Ini bukan bermakna Muhyiddin bukan lagi ayam sabungnya.

Muhyiddin masih dalam kawalan Mahathir.

Ini bermakna Mahathir cabar Muhyiddin agar lawan Najib untuk kerusi Presiden UMNO.

Mahathir masih sakit hati kerana Najib ambil menantu Pak Lah,KJ menghuni Kabinetnya.

Mahathir keluar kenyataan itu di Jepun, boleh ditaksirkan sebagai :

i) Agar Najib berasa selesa berada Zon Selesa.
ii) Agar Muhyiddin anggap sebagai cabaran kepadanya.

Bukankah Mahathir licik berpolitik?

Jika Mahathir tidak licik tentunya beliau tidak berkuasa selama 22 tahun dan tidak mampu "tendang" Timbalannya seramai tiga orang bermula Musa Hitam,Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

Bukankah Pak Lah turun dari PM pun hasil kelicikan Mahathir?

Adakah ini dendam ?



Kelihatan Kabinet PM(kerusi)Najib seolah-olah mempersendakan kaum Cina kerana melantik Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching  tidak pandai membaca dan bertutur dalam bahasa tersebut.

Sebelum ini,Najib mempersendakan MIC dengan melantik musuh ketat MIC, HINDRAF menjadi ahli kabinetnya.

JIka sebelum ini UMNO tidak berani mengambil IPF menjadi kerabat BN kerana takutkan
 " deheman Samy Vellu". Tanpa apa-apa angin, Najib dengan selamba mengambil ahli HINDRAF menghuni kabinetnya.

Mujur MIC sudah hilang "taring dan telur" ekoran Samy Vellu tidak lagi mengetuai MIC.

Barangkali ini adalah "balasan dan dendam" untuk kaum Cina kerana tidak mengundi BN walaupun UMNO dan BN telah bersedekah berjuta-juta RM untuk orang Cina menjelang PRU 13.

Alaihai....SPR semakin bodoh dan bodoh !






Dakwat tidak kekal  - SPR jawab lupa goncang.Kena goncang setiap 30 minit.

Lampu padam semasa mengira undi di Seri Serdang dan Kulim Bandar Baru.

Apa pula jawapan SPR ?
Mulanya SPR kata ini adalah lakonan.

Apabila ianya benar-benar berlaku, barangkali ini jawapan SPR :

Ini mungkin jawapan Orang No 2 SPR Wan Ahmad :
i ) "Ohhh...elektrik kawasan itu perlu di charge setiap 30 minit...."
ii ) " Ohhh... dah 30 bulan Dewan pengiraan tak bayar bil elektrik..."
iii) " Ohhh..... lepas ni SPR akan melatih pekerjanya mengira undi dalam gelap...."
iv) " Ohh...elektrik tanggungjawab TNB...kami SPR kira undi sahaja....."

jawapan sebenar, " Ohhh...itulah cara kami tolong UMNO tambah undi......rileks bro, bukankah SPR itu barua UMNO dulu,kini dan selamanya...."

Hey Wan Ahmad ! mung boleh tipu rakyat dalam satu masa, tetapi mung dok leh tipu rakyat dalam semua masa !

Thursday, May 23, 2013

UMNO bantah petisyen untuk P85 ?


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.


Agaknya kawasan mana UMNO mahu memfail  petisyen bantahan PRU 13 ?

Barangkali Kawasan P85. Ini kerana majoritinya tidak begitu besar berbanding P122.

Bagi UMNO, P85 menang cuma majoriti 32,613 berbanding P112  menang dengan majoriti 51,522.

P85 mempunyai peratus keluar mengundi 85% berbanding P122 cuma 83.5% sahaja. Pemilih P112 seramai 85,976 berbanding P85 seramai 80,260 pemilih.

Oleh itu UMNO mesti membantah keputusan P85 walaupun menang. Ini untuk mengatasi majoriti P122.

Cuma bezanya P112 tidak memerlukan Bangladesh,Mynmar,Nepal dan pengundi pos Tentera untuk menang majoriti besar berbanding P85 yang terpaksa "mengangkut kem-kem tentera" masuk ke kawasan P85.

P85 - Parlimen Pekan, Pahang
P112 - Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur


HATI-HATI: Jaring dah penuh ke?



Nampak semacam situasi sekarang seperti UMNO sedang pasang perangkap.

 Bila-bila masa UMNO akan tarik jaring perangkapnya hingga memangsakan sesiapa yang menentangnya.

Sama seperti Mei 1969 dan MAGERAN Kelantan. Zaman itu, UMNO biarkan demostrasi berluasa,himpunan dan sebagainya.

Apabila semuanya masuk perangkap, maka dengan senangnya "jaring" diangkut menuju lokap!

Awas! Anak buah Zahid sedang berlatih untuk buat provokasi bagi menghasilkan MAGERAN !






Dulu Lalang...kini Borong !


Operasi borong bakal mengganas. Dimulai dengan Adam Adli, Tian Chua dan Tamrin Ghafar.
Semuanya dibawah Akta Hasutan.

Jika dahulu akta ISA. Kini ISA sudah dikebumikan walaupun masih ada warga Kemunting di sana.

Selepas ini siapa pula bakal "diborongi" anak buah Zahid Hamidi.

Melihat kepada situasi sekarang, ianya bakal mengulangim Operasi Lalang dan era Reformasi.

Cuma bezanya, dulu pakai borong guna ISA. Kini selepas ISA sudah menjadi mendiang,akta Hasutan pula digunapakai.

Mukaddimah operasi borong di mulai dengan budak Adam Adli dan tentunya di khatamkan dengan Anwar Ibrahim.

Adam,Chua dan Tamrin di tahan atas tuduhan menghasut.

Persoalan,bila lagi mantan Hakim Mohd Noor Abdullah dan Pengarang UTUSAN mahu digari anak buah Zahid atas tuduhan menghasut ?

Adakah jika berlawanan pendapat dengan pemerintah dikatakan menghasut tetapi jika satu mazhab dengan UMNO dikatakan patriotik dan terpuji?

Wednesday, May 22, 2013

Duduk diam-diam...jaga lembu dalam kondo




Mantan Menteri  Lembu dan Kerbau Noh Omar suruh rakyat yang  bantah keputusan PRU 13 agar duduk dalam hutan.

Rakyat pula suruh Noh Omar yang tidak dilantik jadi Menteri agar perbanyakkan makan otak udang ( dia ada projek udang? ) dan duduk diam-diam sambil ternak lembu Kak Ijat dalam kondominum.

Ini sebagai tebus "dosanya" kerana beri maklumat yang salah kepada PM(kerusi)Najib tentang sambutan rakyat Selangor terhadap UMNO.Noh mengulangi perangai orang Pekan semasa PRU tahun 1999 yang menyebabkan Najib hanya menang  majoriti undi sekitar 250 undi sahaja.

BN Selangor kalah teruk di Selangor apabila kehilangan lapan kerusi DUN apabila hanya mampu mempertahankan 12 daripada 20 kerusi DUN yang dimenangi pada 2008.
Dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pengerusi Umno dan BN Selangor manakala Noh sebagai timbalannya.

Kesudahan mantan-mantan MB Selangor  :
Mat Tyson masuk PAS
Khir Toyo jual penyapu
Noh Omar jual udang dan ternak lembu dalam kondo.

Bolehkah ANJING sucikan dirinya agar suci dari Najis Mughalazah?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.

Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.




Bolehkah ANJING sucikan dirinya agar suci dari Najis Mughalazah?

Tuesday, May 21, 2013

MCA gali jirat?



MCA berada di persimpangan. Ini semua gara-gara dua resolusi yang di gunapakai selepas PRU 13.

Resolusi puaka yang "mengharamkan" mana-mana ahli MCA menyertai Exco maupun Menteri jika MC kalah teruk dalam PRU 13.

Apabila betul-betul MCA sudah di"ludah" oleh majoriti pengundi Cina dalam PRU 13 lepas, kini resolusi itu berkuatkuasa serta merta.

Tiada diketahui mengapa resolusi itu di cipta oleh pimpinan MCA. Adakah sebagai ugutan kepada pengundi Cina agar memangkah MCA dalam PRU 13 atau terima risiko resolusi berpuaka ini?

Yang pasti ugutan bodoh MCA ditolak oleh kaum Cina. Bahkan ramai calonnya tewas di tangan calon bukan Cina di kawasan majoriti Cina seperti Parlimen Pandan.

Majoriti pengundi Cina dalam PRU 13 menolak rasis dan menerima parti berbilang kaum seperti PKR bahkan tidak segan silu mengundi PAS atas dasar menolak rasis, rasuah dan ketidakadilan.

Jadinya sekarang, MCA berdepan krisi keyakinan,kepimpinan dan arah tuju.

Dalam masa terdekat, di jangkakan MCA bakal berdepan krisis kepimpinan. Sepatutnya apabila MCA kalah teruk dalam PRU 13,presidennya Chua Soi Lek terus meletak jawatan.Tidak perlu tunggu Mesyuarat Agung parti.

Walaupunbagaimanapun, dalam mas terdekat ini, MCA kena sekesai dahulu kemelut di Johor. Jika MCA berkeras untuk mengenakan tindakan ke atas ADUN Pulau Sebatang, ini bermakna:
i) MCA tidak menghormati Sultan Johor. (Derhaka?)
ii) ADUN nya mesti keluar parti.Samada masuk GERAKAN ataupun PPP. Yang pasti ADUN Pulau Sebatang tidak boleh masuk UMNO maupun KIMMA, jauh sekali Hindraf !

MCA mesti buat perubahan yang drastik jika ingin kembali semula ke landasan politik Malaysia. Antara langkah-langkahnya :

i) Hapuskan pengaruh Chua Soi Lek. Imej Soi Lek sebagai porno dan anti Islam menyebabkan orang Cina menolak MCA.
ii) Ubah imej MCA daripada KeCinaan kepada berbilang kaum. Rasis kepada berbilang kaum.. Jadikan MCA terbuka untuk semua kaum.
iii) Atau bubar MCA, dan ahlinya boleh sertai DAP,PKR,PAS,GERAKAN dan PPP.

Jika UMNO simbol perkauman Melayu, MCA pula simbol perkauman Cina.


GEMPAK : Jom cuba lihat RM kita....sesuatu tidak kena.










Harap ianya sekadar KEBETULAN sahaja. Tidak seperti teori illuminati Dollar Amerika.

Adakah MCA hina Sultan Johor?








Mana lebih berkuasa antara Sultan Johor dengan Presiden MCA Chua Soi Lek ? Sultan titah mahu Cina(MCA) masuk kabinet Khaled Nordin.

Manakala MCA melalui lidah Presidennya mahu ADUN Pulau Sebatang dikenakan tindakan disiplin ke atas Tee Siew Keong.



Adakah Sultan Johor akan murka atas perangai MCA ini?

Adakah ahli-ahli PERKASA dan UMNO sudah siap sedia untuk berdemo depan Wisma MCA?

Adakah UMNO Johor akan berkata , " Sesiapa tiidak mahu patuh titah Sultan elok tinggalkan bumi Johor...." sepertimana Zahid Menteri Garijerit kepada pembantah PRU 13?

Lihatlah "permainan" ini sampai tamat.

Monday, May 20, 2013

Zahid, hati anda perlu dirawat.






Lagak angkuh Zahid sebaik menjadi Menteri Polis begitu memualkan. Jika Hishamuddin sepupu Najib begitu meloyakan, kini Zahid lebih angkuh,sombong dan berlagak.

Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok".

Sasaran Zahid :

a) Media alternatif seperti Malaysiakini.
b) Anak muda. Adam Adli sudah kena "tumbukan" Zahid.
c) Seluruh rakyat Malaysia yang bantah keputusan PRU 13. Cari negara lain jika tidak setuju.
d) Anwar Ibrahim. " Ini juga bukan negara bapa kamu...."

Ingatkan hanya Mat Said sahaja yang samseng ala Sharif Dol dan samseng tahi minyak !

Cuba ingati kembali ucapanterakhir Zahid selaku Ketua pemuda UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO sebelum di sumbat dalam ISA kerana membela Anwar.

Zahid, hari ini anda di atas. Esok lusa bagaimana pula kedudukan anda?

Hari ini, bolehlah angkuh, sombong,ego dan 1001 kali takbur. Langit tidak semestinya selalu cerah.

Nampaknya kes saman ke atas Zahid kerana pukul orang awam( Amir Bazli Abdullah)semakin jauh dan jauh.  Mananya tidak, sekarang Zahid sudah jadi Menteri Polis, takkan polis nak soalsiasat Menteri Polis!


LAWAK 2013: AirAsia bakal bangkrap?



Kisah sedih yang berlaku ke atas penumpang AirAsia di Veitnam mengundang kesedihan dan simpati ramai.

Di akhbar perdana,ianya disensasikan sebegitu rupa.

Akhirnya, MAS menyelamatkan keadaan walaupun AirAsia telah buat persiapan menerbangkan penumpang berkenaan secara percuma.

Kes ini sekadar kesilapan teknikal dan silap faham.

Tetapi mengapa diperbesarkan oleh media seperti media barua UMNO ?

Jawabnya, ingatkan anda tentang kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani pasca PRU 13 ?

Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

 Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

Inilah puncanya peristiwa ibu dan bayinya disensasikan agar orang ramai memboikot AirAsia seperti saranan juak-juak UMNO. 

Okey, sudah faham ?

Kelakarnya bila UMNO marah Cina dan AirAsia.....kebodohan yang nyata.

AWAS : Wabak ini bakal merebak ke seluruh negara!



Hari ini, ada lagi bangunan runtuh di Terengganu. Masjid yang di bina zaman  Deris Jusoh runtuh di bahagian berandanya. Masjid tersebut terletak di kawasan Hulu Terengganu.

Dikhuatir "penyakit" yang dipopularkan oleh Deris Jusoh merebak "wabak"nya di seluruh negara dengan perlantikan Deris Jusoh menjadi Menteri Pelajaran 2.

Projek-projek pembinaan sekolah bakal "diterokai" oleh Deris Jusoh. Deris Jusoh mempunyai beberapa kepakaran yang hebat semasa jadi MB Terengganu .Antaranya :

1) Pakar merancang penipuan pengundian hingga Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO 2004. Kepakaran ini kekal hingga kini. Lihat, dalam PRU 13 baru-baru ini. Parlimen Besut dan jirannya Setia bersih 100% daripada PAS. Hatta Parlimen Kemamanpun tempat Mat Said ada jatuh ke tangan PAS iaitu DUN Chukai.

2) Pakar jual institusi rakyat kepada Kerajaan Pusat. Lihat nasib KUSZA.

Bagaimanapun kepakaran Deris Jusoh yang terhebat ialah "meruntuh"kan bangunan-bangunan !

Terengganu telah buktikannya !

KJ,anda ada masa 3 tahun lagi....



Semasa era Pak Lah menjadi PM, KJ adalah antara orang yang memainkan peranan penting di balik tabir PM.

Fungsinya seperti Rosmah isteri PM(kerusi) Najib hari ini. Juga dikenali sebagai Budak Tingkat Empat.

Mahathir antara manusia yang amat murka dengan :kenakalan" Budak Tingkat Empat ini. Dipercayai Najib tidak lantik KJ menjadi menteri  kabinet sebelum PRU 13 kerana menghormati Mahathir. Walaupun KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Kini, KJ sudah menjadi Menteri Belia dan Sukan. Satu tapak terbaik dan strategik untuk mengkaderkan belia menjadi "pengikut" setianya. Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan era Mahathir. Lihatlah begitu ramai kader-kader Anwar kini menjadi politkus yang berkualiti dan setia kepada Anwar.

KJ boleh ikut jejak Anwar. Lagipun KJ pernah diberitakan begitu teruja untuk menjadi PM sebelum umur mencecah 40 tahun. Itu semasa KJ tidak pegang apa-apa jawatan Menteri.

Kini sudah menjawat Menteri dan umurpun baru 37 tahun. Masih ada esok untuk KJ menjadi PM !

Muhyiddin , Zahid dan Hishamuddin hati-hati dengan Budak Tingkat Empat ini. Dia genius,licik,Hang Nadim UMNO dan lepasan Oxford.

Pak Lah cari Al Ghazali......KJ cari siapa pula?




Seperti biasa macam dulu-dulu, Menteri Kabinet bersemangat untuk berkhidmat untuk rakyat. Berdegar-degar dan "berselok-selok" semangat mereka.

Semuanya memandang dan menyambut baik kenyataan Khairy sewaktu hari pertama tugasannya; “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.

Menariknya, Khairy Jamaludin(KJ) begitu "naik sheh" bila dilantik menjadi Menteri Sukan dan Belia. Maklumlah setelah di"peram" begitu lama hingga jadi budu atau kicap!

Kata-katanya sebaik melangkah dengan berpakaian kebangsaan dan bergaya, “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.

Teringat zaman mentuanya mula masuk Sri Perdana, "mari bekerja bersama saya, bukan bekerja dengan saya" dan ditaukidkan dengan sajak keramat," aku cari mana dia Ghazali dan Syafie(Imam)....." 

KJ, elok sertakan bersama sajak seperti mentua anda.

Malangnya,setelah masa berlalu, Pak Lah mula lupa kata-kata keramatnya dan sajak Damai Abadi.

Pak Lah tidak  jumpa al Ghazali  dan Asyafie tetapi terjumpa "dengan tidak sengaja" Patrick Lim.

Pak Lah "tukar" slogan daripada mari bekerja bersama saya  menjadi mari bekerja dengan  Budak Tingkat Empat.

Akhirnya Pak Lah ditendang keluar gara-gara PRU 12.

Kini, giliran menantunya KJ pula bermain kata-kata.

Adakah sekadar "roh Pepsi Cola" sahaja. Buih banyak pada permulaannya!

Tengok lagak KJ, rasanya bidang fesyen bakal mendapat peruntukkan lebih dari Kementerian beliau. Maklumlah beliau berminat dengan dunia model. Jadi modelpun.

Apapun, elok KJ siapkan dulu Hospital Rembau.

Sunday, May 19, 2013

PPIM berani ajak Melayu boikot UMNO ?




 Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang dianggotai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suara Anak Muda 1Malaysia dan Majlis Belia Palestin Malaysia menyeru boikot peniaga Cina kerana menyumbang dana dan sokongan kepada PAS,DAP dan PKR.

Mereka sibuk-sibuk menyalak sini menyalak sana......
Jaja nama Islam sana sini tanpa sedari bahawa UMNO telah sumbang bagi RM70 juta kepada Syarikat Zionis yang bunuh kanak-kanak Palestin.

Tidak pulak ajak orang Islam boikot UMNO yang celaka ini. Semuanya kerana FULUS dan RASIS.

Yang penting, jika UMNO buat semuanya maksum dan suci.

Thursday, May 16, 2013

AWAS ! Tsunami Bangla pada PRU 14.


Tepat sekali PM(kerusi) Najib lantik Zahid Hamidi jadi Menteri Polis. Dulu Menteri Kapalselam.
Kenyataan sulungnya suruh mana-mana rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan sistem pilihanraya agar berhijrah ke negara lain.

Betul dan tepat.

Caranya begini lebih kurang.

Rakyat yang tidak setuju dengan sistem dan keputusan pilihanraya hijrah ke Bangladesh,Nepal,Mynmar , Indonesia manakala pengundi asing yang baru balik ke negara masing-masing boleh datang kembali untuk ambil tempat warganegara yang hijrah itu. Lagipun IC sudah ada.

Jadinya, bila PRU 14 nanti, tidak payahlah UMNO angkut dengan pesawat untuk mengundi. Jimat belanja.

Dan jika rakyat asing ini tidak undilah UMNO  dan BN dalam PRU 14, bolehlah Najib jerit, " Tsunami Bangla " pula.

Tajuk UTUSAN pula, " Apa lagi Bangla mahu ? "

Kah...Kah...lawak dari Batu Pahat !



Seperti biasa nama Anwar naik lagi.Ulangan bohong  demi ulangan.Lama-lama orang percaya. Inilah propaganda Nazi yang diwarisi UMNO.

Sekonyong-konyong mantan MP Batu Pahat keluarkan "tesis"nya yang bertaraf kangkung.

PKR didanai Amerika. PKR agen Amerika. Sebut PKR ,terus menuju ke dahi Anwar !

Semuanya Anwar. Beliau lupa nak sebut 1001 lagi  "jahat" Anwar. Antaranya agen Yahudi, agen Barat, agen Israel , agen pluralisme dan agen Cina .

Orang kuat NGO Rasis PERKASA dan calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan menulis dalam blognya sebut  Hipotesis itu dan ini untuk kuatkan teorinya yang basi lagi kangkung.

Barangkali syarat baru untuk lulus Phd di Malaysia, calon-calonnya mestilah wajib menulis
"kejahatan" Anwar dalam tesis mereka untuk diluluskan Phd mereka. Jadi rukun tesis. Jika tiada, alamatnya gagallah anda !

Marah betul mantan MP Batu Pahat ini kepada Anwar dan PKR. Mengapa ya ?

Adakah kerana P150 Batu Pahat jatuh ke tangan PKR dalam PRU 13 lalu dengan majoriti 1,732 undi ?


PERSOALAN : Belum lengkap lagi Kabinet Najib....mengapa?


Sesuai PRU 13 PM(kerusi)Najib sekonyong-konyong melantik pemimpin Rasis Hindraf P Waythamoorthy menjadi ahli Kabinetnya walaupun Timbalan Menteri.

Semua hairan mengapa Najib pilih Waytha ? Mengapa pilih orang yang lari ke Britain kerana takut ISA dan mencemarkan nama negara. Mengapa tidak pilih orang IPF atau KIMMA ?

Cuba lihat kronologinya :

Najib pilih Rasis Melayu PERKASA  Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin jadi calon PRU 13. Malangnya mereka berdua kalah teruk di Pasir Mas dan Shah Alam.

Tiba-tiba pada hari pembentukan kabinet oleh Najib, muncul nama Rasis India pula dari Hindraf.

Wathya tidak bertandingpun dalam PRU 13, tetapi dipilih jadi Timbalan Menteri. Lebih malang lagi ,Barisan Progresif India (IPF) menunggu mahu jadi kerabat BN dan setia dengan BN selama 25 tahun  dipinggirkan.

Ini peliknya Kabinet Najib. Rasis Melayu tewas, dipilihnya Rasis India masuk kabinet. Peliknya macam kes polis yang bunuh Altantunya. Tiada arahan dan tiada sebab gadis itu dibunuh. Saja-saja je !

Jadinya jika ditanya Najib,akan dijawabnya  " saja-saja je....pilih Waytha".

Pastinya, kabinet Najib belum lengkap lagi. Kabinet Najib perlukan Rasis Melayu dan Rasis Cina. Barulah ummmmph !

PERADUAN CIPTA LOGO : Jom pakat masuk weeeh!



Seeloknya selepas sudah terbentuk kabinet menteri, Menteri yang jaga perpaduan dan komunikasi mestilah menganjurkan satu peraduan untuk semua rakyat Malaysi

Iaitu peraduan mencipta logo baru bagi Kerajaan(kerusi)Najib menggantikan logo 1Malaysia.

TAJUK CIPTAAN : Tsunami Cina.
PENYERTAAN : Semua rakyat Malaysia kecuali ahli PERKASA.

Setiap penyertaan mestilah dihantar ke Jabatan Perpaduan Negara.

Wednesday, May 15, 2013

TEKA : Kabinet apa tidak rompak duit rakyat?



Rakyat pandang sebelah mata tentang Kabinet Baru Najib. Walaupun media barua TV3 nampaknya "selok-selok" siar langsung dengan buat-buat "suspen" menteri-menteri kabinet Najib.

Sebenarnya, yang "selok" dan teruja tentang kabinet baru ini hanyalah untuk juak-juak UMNO.

Mengapa ?

Mereka melihat potfolio mana yang menjadi "lubuk emas" untuk mereka.

 Projek untuk kroni, pembelian alatan , tender tertutup.

Antara Kementerian yang menjadi lubuk emas buat sesiapa menjadi Menterinya ialah :

1) Kementerian Pertahanan - Lihat semasa LIMA. Berapa bilion bakal disapu dan dilanun nanti. Hasil lanun bakal meningkat mengatasi hasil kapalselam dan jet MIG.

2) Kementerian Pelajaran  - Hasil lanun bakal meningkat mengatasi hasil PPSMI.

Kementerian lain sama juga.Cumanya berskala kecil untuk melanun wang rakyat. Walaupun berskala kecil(lekat celah gigi) tapi libatkan angka juta-juta.

Rakyat  zaman internet dan globalisasi  melihat Kementerian kita tempat melanun wang rakyat bukan untuk khidmat untuk rakyat.


INFO DAN GEMPAK : Keajaiban ke 8 dunia !




FAKTA TENTANG PMNajib

- Mempunyai "kuasa" untuk bangkitkan "hantu" untuk mengundi pada PRU 13.
- Mempunyai pengundi dwi negara seperti Bangladesh,Indonesia,Mynmar dan Nepal.
- Mempunyai 70% dari 1.4 juta pengikut twitter palsu.
- Menjadi PM hasil menang PRU 13 pertolongan dari kerusi-kerusi bukan daripada manusia.

Hebat kan !

PRU 13 : Tak malu ke mereka berdua?







Tak malu dan tiada maruah ke mereka berdua menipu rakyat dalam PRU 13. Sebelum PRU 13, ke sana ke sani canang tentang dakwat kekal.

Beli dakwat pakai duit rakyat
 kemudian menipu.
 Dakwat tidak kekal,
duit rakyat dibuang begitu sahaja,
 hak rakyat dirampas,
kemudian bagi 1001 alasan bodoh
untuk menjawab penipuan dakwat
mereka berdua ingin memperbodohkan rakyat
tanpa menyedari diri sendiri bodoh jadi barua UMNO.

Tuesday, May 14, 2013

Inikah Wajah Barisan Kabinet Najib ?



Perdana Menteri(kerusi) Najib seolah-olah pening yang amat sangat. Ini kerana Cina dan India mulai menjauhi dari BN.

MCA dari awal lagi buat resolusi tidak akan masuk Kabinet MCA jika kalah teruk dalam PRU 13. MCA buat dua kali resolusi tentang bab ini.

MIC dan GERAKAN juga semacam ikut langkah MCA.

Selain MCA dan GERAKAN semacam merajuk dengan UMNO, mereka juga terhiris dengan kata-kata Najib mengenai Tsunami Cina dan "Apa lagi Cina mau" oleh UTUSAN. Lebih parah lagi dengan lidah bekas Hakim Mat Noor agar Cina bersedia dengan tindakan balas Melayu(UMNO)

Siapa yang tidak kecil hati dengan ungkapan tersebut?

Kini Najib seolah mengemis-ngemis agar Cina dan India anggotai kabinetnya.

Lebih baik Najib panggil semula pengundi-pengundi yang menolong UMNO dalam PRU 13 untuk anggotai kabinet beliau. Mereka tinggal di Dhaka, ChittangongJakarta,Ranggon dan Katmandu.

Jika dulu kabinet Malaysia ada Melayu,Cina,India,Dayak,Iban,Kadazan dan Murut .

Kini bakal mewarnai kabinet Najib barangkali terdiri Gurkha,Mynmar,Karen,Batak,Madura dan Bangla.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke ?




NGO yang menguruskan hal ehwal  orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.

Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.

NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.

Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional.

Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?

Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang.

Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13 !

Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja.

Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.

Oleh itu  seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya !

Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO.

PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO !

PRU 13 : Mengapa kita mesti bantah.... ? Azmin dan Ustaz Harun kena faham.


Sudah seminggu PRU 13. Keputusannya sudah diumumkan. BN menang dari segi kerusi(tipu?) dan Pakatan Rakyat menang dari segi undi popular rakyat.

Kini, Anwar Ibrahim dan PR giat mengadakan perhimpunan bantahan tentang keputusan PRU 13.

Nanum, ada yang membantah. Antaranya Azmin dan Ustaz Harun Taib. Alasannya, letih, redha dan fikir tentang agenda.

Barangkali bagi Azmin agenda MBnya manakala Ustaz Harun Taib,anaknya di DUN Manir  dah menang.Jadi kena duduk diam-diam.

Sebenarnya, bagi kita membantah keputusan PRU 13 bukan kerana Anwar tidak dapat jadi PM. Bukan itu maksud dan tujuan kita. Soal Anwar jadi PM adalah soal kedua.

Barangkali itulah kefahaman Ustaz Harun Taib dan Azmin. Mereka berdua memang tidak "ngam" dengan Anwar. Itu masalah mereka berdua!

Kita membantah keputusan PRU 13 adalah untuk anak cucu kita. Bukan kerana Anwar!

Sejak dulu lagi kita kena tipu dalam setiap PRU. Bahkan semasa Anwar dalam kerjaanpun, barangkali dia tahu tentang tipudaya BN untuk memenangi PRU.

Penipuan besar bermula PRU 11 2004. BN merampas Terengganu dengan penipuan secara terang-terangan. Pengundi Selangor diangkut pagi dan dihantar pulang waktu petang untuk mengundi di Selangor pula. Pusat Pengundian ditutup lewat untuk memberi masa pengundi Selangor balik semula.

Masa itu Anwar dalam penjara. Malam kekalahan itu ,TG Haji Hadi dengan muka terkejut dan marah menunjukkan bukti-bukti nyata tentang penipuan SPR. Kertas-kertas undi berteraburan dibuang dalam semak dan jalanraya.

Keputusan PRU 11 di Terengganu diketahui awal seawal jam 5 petang. Perancang utama ketika itu adalah Idris Jusoh dengan dibantu JPN dan SPR.

Ketika itu kemarahan rakyat sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Tiada pimpinan samada PAS,PKR dan DAP yang memainkan peranan serius untuk mengetuai bantahan itu.

Semasa PRU 12 tahun 2008, ulangan episod penipuan tetap berulang.Tetapi kemenangan menawan Pulau Pinang,Kedah dan Selangor menjadi penawar hati seketika.

Tanpa menyedari, tumbangnya Selangor kerana pengundi tegar UMNO pergi ke Terengganu dan pengundi atas pagar mengundi PR.

Pulau Pinang pula kerana penolakkan majoriti pengundi Cina keatas GERAKAN dan MCA.

Kini selepas PRU 13, fenomena membantah kembali. Tetapi dengan suasana dan sebab yang berlainan. Antaranya :

a) Pengundi muda begitu marah melihat cara penipuan SPR. Tipu "atas darat". Lihatlah kenyataan bodoh dan lawak Pengerusi SPR dan Timbalannya. Jika pengundi Saluran 1 bolehlah mereka bersabar. Tetapi ini darah orang muda. Kena tipu hidup-hidup.

b) Oleh kerana BN menang sebab kerusi yang banyak tetapi kalah dari segi undi popular, tentunya bantahan itu berbentuk bantahan rakyat. Bukan sekadar bantahan ahli parti sahaja. Buktinya himpunan di Kelana Jaya , Pulau Pinang dan Ipoh.

c) Bantahan bertambah panas kerana wujudnya sentimen rasis yang ditiupkan oleh UMNO. Tentunya rakyat tidak dapat menerima hakikat ini terutama kaum Cina.

Jadinya, bantahan selepas PRU 13 bukanlah berbentuk kepartian semata tetapi dalam bentuk bantahan rakyat yang tidak mahu ditipu dan benci dengan penipuan UMNO,SPR dan JPN.

Kesimpulannya, hari ini rakyat membantah bukan semata kerana Anwar tetapi demi masa depan anak- cucu mereka.

Yang ini, Azmin Ali dan Ustaz Harun Taib kena faham.


Monday, May 13, 2013

Hakim Beruk berwajah Rasis.





Sekonyong-konyong bekas hakim Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan rasisnya dalam satu seminar pasca PRU 13.

Marah benar beliau kepada kaum Cina. Lebih PERKASA dari PERKASA.

Patut beliau ganti Ibrahim Ali terajui PERKASA.

Mujurlah beliau bersara awal, jika tidak memalukan institusi kehakiman. Inikah Hakim Beruk yang selalu digembar gembur selama ini ?

Cuba selidik kes-kes yang Hakim Beruk ini pernah kendali. Mesti banyak menyebelahi kerajaan Rasis.

Transformasi ala Mat Said....cap ayam !


Sebagai perintis tranformasi ala Mat Said sempena menjadi MB Terengganu, seelok-eloknya dibina tembok "Berlin" melingkari setiap DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS dan PKR.

Setiap tembok Berlin itu perlu ada pintu gate keluar masuk. Jika rakyat dari kawasan pembangkang mahu ke DUN UMNO mesti bawa pasport atau IC.. Atau kekurang-kurangnya lesen memandu.

Pengecualian hanyalah kepada Bangla,Nepal,Mynmar, Indon yang tolong mengundi BN baru-baru ini. Kerajaan Mat Said mestilah beri istimewaan untuk mereka atas jasa bakti mereka yang begitu patriotik menyelamatkan " Melayu UMNO".

Wujudkan Bangla Town, Indon Town, Nepal Town buat mereka.

Oppps! Jangan lupa wujudkan sebuah mini zoo bagi setiap DUN UMNO..

Sunday, May 12, 2013

Kepulangan yang sia-sia dan menyakitkan hati ?



Ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara  pulang pada 5 Mei untuk mengundi. Ada dari Australia,Qatar,Saudi,New Zealand ,Taiwan dan negara lain.

Diberitakan hampir 10,000 pekerja Malaysia di Taiwan pulang untuk mengundi.

Fenomena ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah PRU negara kita.

Mereka pulang dengan mengorbankan masa dan wang demi untuk bersama rakyat lain untuk satu matlamat untuk tumbangkan UMNO dan BN.

Tiba-tiba kepulangan mereka seolah-olah sia-sia kerana ditipu oleh SPR.

Bermula dengan kereta bawa kertas undi kosong berkeliaran, karung undi jatuh dari heli, blackout semasa mengira undi hinggalah kertas undi dijumpai.

Itu belum campur dengan pengundi hantu dan import.

Seperti biasa juak-juak SPR seperti Aziz dan Wan Ahmad ketawa besar sambil berikan jawapan bodoh dan menyakitkan hati.


Saturday, May 11, 2013

Adakah Mat Said MB untuk UMNO dan Zoo Bukit Takal sahaja?


MB 17-15 Mat Said memang hebat. Semasa jadi exco Kerajaan Deris Jusoh,beliau dengan sombong dan biadap bertindak macam gengster ajak ADUN Wakaf Mempelam bergocoh.

Kemudian selepas PRU 12, Mat Said sekali lagi tunjuk keras kepala. Tapi kali ini terhadap taukehnya sendiri Deris Jusoh. Beliau ingkar arahan Deris Jusoh agar tolak tawaran jadi MB setelah Sultan tidak terima Deris Jusoh.

Masa itu, Mat Said mula tunjuk muka manis kepada PAS. Kemuncaknya Mat Said ke Manir beli kambing Ustaz Harun Taib.

Kali ini Mat Said kembali jadi MB. Tiada lagi aksi berbalah sesama UMNO.

Tapi perangai buruk,hodoh dan angkuh mula menjelma semula. Mat Said mula tunjuk taring kejahatan sebenar UMNO. Menindas dan balas dendam sesama Melayu.

Mat Said dengan sombong dan angkuh dalam kawasan Istana Maziah mengisytiharkan bahawa tiada rumah mampu milik untuk rakyat dalam kawasan pembangkang Terengganu menang.

Sepatutnya selepas jadi MB dengan pekenan Sultan dalam kawasan Istana Maziah, tunjukkan diri anda sebagai MB untuk semua rakyat macam Sultan untuk semua rakyat.

MB Terengganu kali ini dapat banyak gelaran :
MB Cap Ayam
MB 17-15
MB Zoo Bukit Takal

Ingat MB....ingat wajah-wajah haiwan di Zoo Kemaman !





Friday, May 10, 2013

Apek MCA dah desak...MUBARAK bila lagi ?


Apek-apek tua MCA  yang diketuai Tan Koon Swan mula bising dengan menggesa Presiden PornoMCA Chua Soi Lek  letak jawatan atas kekalahan teruk MCA dalam PRU 13. Mesti bertanggungjawab atas kekalahan itu.

Prestasi MCA kali ini adalah yang terburuk sepanjang sejarah 64 tahun parti itu. Ia menyaksikan mereka hanya menang 7 Parlimen dan 11 kerusi negeri.

Terlebih dahulu Soi Lek telah membayangkan dirinya tidak bertanding untuk jawatan Presiden MCA tahun ini. Beliau juga tidak bertanding dalam PRU 13 lalu.

Barangkali sudah mencium bau kekalahan yang bakal memalukannya. Timbalannya di Bentong sekadar dapat majoriti 456 undi sahaja.

Jika apek apek tua MCA sudah desak Soi Lek letak jawatan, bila lagi MUBARAK mahu desak Presiden UMNO Najib letak jawatan ?

Kesian Muhyiddin perlu tunggu lagi......


Thursday, May 9, 2013

PASCA PRU 13 : Apabila Zam mahu "sunat"kan DAP.......pelik bin ajaib !



Suatu melucukan apabila barua Mahathir, Zam syorkan DAP bergabung dengan BN. 

Semua maklum sikap mantan Pengarang barua UMNO,UTUSAN terhadap PAS dan DAP.

Tiada yang pernah diperkatakan oleh mulut barua Zam tentang PAS dan DAP melainkan semuanya buruk dan negatif.

Semua tahu Zam itu UTUSAN dan UTUSAN itu Zam. Dan Utusan adalah lidah rasis UMNO.

Sekonyong-konyong selepas Cina dihentam hebat dan dihina oleh UTUSAN,Najib,Mahathir dan Ali Rustam, Zam cuba memberi "idea busuknya" .

Saranan Zam umpama seperti tangan kanan hulurkan salam tetapi di tangan kirinya memegang pisau untuk "membunuh".

Hati busuk Zam boleh dilihat kepada ayatnya yang berbunyi...." .........setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia,"

Hati karat biru Zam tetap mengatakan ini adalah Tsunami Cina. Maknanya pengundi Cina adalah rasis dan perkauman. Sama kepala dengan Najib  dan Mahathir.

Jadinya mengapa Zam syor DAP bergabung?

Tidak lain dan tidak bukan agar pakatan erat PAS dan DAP terlerai. Zam tidak takut dengan PKR. Ini kerana PKR masih ada "jiwa-jiwa" bekasan UMNO dalamnya yang boleh dijual beli.  Idealisme PKR masih bergoyah!

Zam dan UMNO paling takut dengan pakatan PAS dan DAP Kedua parti senior politik Malaysia ini mengancam survival BN terutama UMNO dan MCA.

Oleh itu Zam melihat, mesti ada usaha yang berterusan dan bersistematik untuk leraikan ikatan PAS-DAP.

Hasilnya, serang dari segenap penjuru, tidak kira masa dan saat.

Wednesday, May 8, 2013

Pasca PRU 13 : Adakan pilihanraya semula di Seputeh atau Bukit Bintang !



Ianya satu hikmah .Angkara lidah Najib,Mahathir,UTUSAN dan Ali Rustam menghasilkan gelombang bagi rakyat Malaysia menentang rasis dan perkauman UMNO.

Semua orang benci perkauman termasuk mantan PM Pak Lah dan mantan timbalan menteri Saifuddin Abdullah.

Najib dan Mahathir mula mengubah nada apabila "api perkauman " mereka berdua tidak dilayan bahkan dicemuh dan dibidas.

Perhimpunan hampir 150,000 rakyat di Stadium Kelana Jaya membuktikan bahawa perkauman UMNO sudah basi sebasi-basinya.

Satu cadangan lagi untuk buktikan bahawa orang Cina sokong Pakatan Rakyat bukan atas dasar bangsa dan perkauman, kita adakan pilihanraya semula samada di Seputeh atau Bukit Bintang atau Kepong.

Kesemua kawasan di atas mempunyai majoriti Cina melebihi 80%. Semua kawasan di atas dimemenangi oleh DAP dengan majoriti 30 ribu hingga 50 ribu.

Dan calon Pakatan Rakyat, kita cadangkan dari kalangan orang Melayu seperti Mat Sabu, Dr.Zulkifli Ahmad atau Saifuddin Nasution.

Calon BN pula seeloknya Presiden MCA Chua Soi Lek.

Tengok siapa menang ?

Pasca PRU 13 : UMNO sudah gila meroyan.....kesian.



Jika Cina undi UMNO
UMNO sambil senyum :  Cina bagus, kenang budi, warganegara yang bagus.

Jika Cina undi DAP
UMNO menyalak sambil jerit- jerit macam orang gila : Cina komunis, apek nak mampus, pendatang, perkauman, chauvinis, pro Singapura.

Jika Cina undi PAS
UMNO pergi perlahan-lahan sambil berbisik : "Lu tak takut ke nanti tak boleh makan babi, kena hudud , tak boleh minum arak........"

Jika Cina undi DAP dan PAS
UMNO jadi gila tak tentu arah.Jerit sana jerit sini,Menyalak sini menyalak sana

Tuesday, May 7, 2013

Pasca PRU 13 : Hati budi PAS




Menjelang PRU 13, kecoh DAP tidak boleh pakai simbol Roketnya. PAS menghulurkan salam setia kawan untuk DAP guna simbol Bulannya.

Semua orang Cina melihat luhur budi ikhlas PAS demi jatuhkan kerajaan korupsi.

Kini orang Cina di"serang" lagi. UMNO murka dan berang kepada orang Cina kerana undi Cina berpindah ke DAP dan PAS.

Jika 13 Mei tiada darah Cina tumpah di Kelantan dan Terengganu kerana PAS menjaga hak dan keselamatan orang bukan Muslim, maka sewajarnya pimpinan PAS mengambil langkah pro aktif untuk mewujudkan suasana damai,tenang untuk negara ini.

Jangan biarkan ruang kosong pasca PRU 13 ini diisi dengan ucapan dan kenyataan berbaur perkauman.

Semasa BERSIH , ramai orang Cina rasa selamat dan aman bersama Unit Amal PAS dan penyokongnya.

Apatah lagi kini. Dalam suasana UMNO dan NGO Rasis menunding jari kepada orang Cina,pimpinan PAS mesti sediakan benteng untuk lindungi dan membela mereka. Ini dakwah !

Tunjukkan keindahan politik Islam yang didukung oleh PAS . Bersih dari api perkauman.
PAS FOR ALL




Pasca PRU 13 : Sampai bila lagu perkauman terus berkumandang?




Seperti dijangkakan, ulasan dari pimpinan UMNO tentang PRU 13 berbaur perkauman.

Najib : Tsunami Cina.
UTUSAN : Apa lagi Cina mahu ?
Ali Rustam : Cina tidak kenang budi.
Mahathir : Cina tolak salam persahabatan dengan Melayu.

Semuanya dendang lagu lama UMNO, perkauman. Adakah lagu lama ini berkumandang sehingga 13 Mei untuk takutkan orang Cina ?

Sampai bila UMNO mahu dendang lagu perkauman? Ini bukan zaman 60an dan 70an yang panas dengan isu perkauman.

Ini zaman internet dan globalisasi. Anak muda cerdik boleh berfikir. Malangnya UMNO terutama Mahathir masih berfikiran jumud dan sempit. Berfikir seperti zaman 60an.

Tolong malu sikit dengan anak-anak muda Melayu,Cina dan India.

UMNO masih berfikiran sempit. Bagi UMNO, jika Cina sokong pembangkang ianya chauvinis. Sama seperti jika ada anak muda berlawanan pandangan dengan kerajaan ianya pembangkang.

UMNO mahu orang Cina ikut telunjuk UMNO dulu,kini dan selamanya.

Sebenarnya, Mahathir mahu "cover" kesilapannya yang mewujudkan banyak kawasanParlimen untuk bukan Melayu dengan fikiran bahawa Cina selamanya ikut "punggung" UMNO.

Najib pula mahu "cover" agar Muhyiddin tidak desak beliau letak jawatan kerana merosot undian seperti nasib Pak Lah.Cepat-cepat Najib buat isu dengan "tsunami Cina".

Sebenarnya, yang paling UMNO takut ialah bukan Cina sokong DAP. Ini sudah biasa Cina sokong DAP sejak dulu lagi.Tiada yang peliknya.

Yang paling UMNO takut ialah orang Cina undi PAS. Kini orang Cina tidak takut dan malu untuk undi PAS. Lagi mimpi ngeri UMNO ialah PAS dan DAP saling tolong menolong untuk menangkan calon kedua parti. Lihat fenomena ini terutama di Selangor, KL dan Perak.

UMNO takut PAS ganti mereka. UMNO rela gunakan tenaga Bangla,Nepal,Indonesia untuk tolong mereka. Yang pasti UMNO tidak mahu PAS ganti mereka.

Pasca PRU 13 : MB Selangor untuk PKR...apa susah sangat?




Semasa PRU 12, Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Timbul siapa MB? DAP yang mempunyai ADUN paling ramai menyedari Perlembagaan Perak yang memestikan MB seorang Melayu Islam.

Dengan rendah diri, DAP menawarkan PAS dan PKR untuk menjadi MB. Selepas mesyuarat, ADUN PAS diputus menjadi MB. Nizar menjadi MB Perak walaupun PAS mempunyai paling sedikit ADUN.

Di sini kita melihat toleransi muafakatan antara DAP,PAS dan PKR setelah bersatu dan bersama tumbangkan UMNO dan BN.

Kini episod mencabar berlaku di Selangor. DAP dan PAS kongsi ramai ADUN dengan 15 ADUN manakala PKR 14 ADUN.

Mengapa "benda kecil" ini menjadi masalah? Sudahlah semasa PRU 13 masih berlaku pertindihan calon, ini sudah menangpun mula tunjuk "kehebatan" masing-masing.

Ikut sifir mudah, Pakatan Rakyat ada 3 parti iaitu PAS,DAP dan PKR. PAS sudah ada Kelantan.DAP sudah ada Pulau Pinang. Tinggal PKR belum ada negeri lagi. Bagilah Selangor kepada PKR.

Apa susah ?

Lagipun rekod PKR di bawah Khalid Ibrahim tadbir Selangor cukup baik dan bagus. Kekalkan.



Pasca PRU 13 : Najib tarik balik kenyataan ini...?



Sejurus selepas peristiwa 9/11 berlaku, secara spontan Bush mengeluarkan kenyataan, "Perang Salib bermula...."

Menyedari kenyataannya bakal menaikkan lagi semangat orang-orang Islam seluruh dunia untuk menentang dan melawan Amerika, Bush menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf.

Apakah PM(?) Najib sedar akan implikasi kenyataannya itu, "Tsunami Cina" dan diperkuatkan lagi dengan lidah UMNO, UTUSAN dengan tajuk, "Apa lagi Cina mahu?

Tahukah Najib bahawa kenyataannya dengan disambung oleh UTUSAN adalah lagu perkauman.

 Itu belum lagi irama lagu itu di"harmonikan" oleh Mahathir, Nordin Kardi, Ibrahim Ali dan NGO Rasis PERKASA.

Mana slogan 1Malaysia ? Adakah anda sudah buang dalam Sungai Pahang?

Pasca PRU 13 : Beranikah Muhyiddin ?


Dalam PRU 12, BN dan UMNO kalah teruk. Kehilangan  Pulau Pinang,Selangor,Kedah dan Perak.

Sekonyong-konyong Muhyiddin Yasin akibat dicucuk oleh Dr Mahathir mendesak PM Pak Lah letak jawatan.

Kali ini selepas PRU 13. UMNO dan BN  kalah teruk lebih teruk.

Adakah Muhyiddin berani mendesak Najib letak jawatan sepertimana beliau desak Pak Lah 4 tahun dahulu?

Barangkali Mahathir terus diamkan diri kerana anaknya sudah jadi MB Kedah. Mahathir akan terus bersama team Najib. Bahkan Mahathir akan jadi pembela dan perisai Najib jika ada dalaman UMNO cuba desak Najib letak jawatan.

Muhyiddin perlu tubuhkan team baru untuk guling Najib. Mahathir sudah tidak boleh diharap lagi.

Siapakah team baru Muhyiddin ?

Monday, May 6, 2013

Pasca PRU 13 : Tahniah buat calon 1 per sepuluh !


Mari kita pakat ucap tahniah kepada calon ini atas "kemenangan" dan keyakinannya menjadi MP pada 5 Mei .

Ucapan anda bolehlah melalui sms @ email.

Jika teruja sangat untuk berjumpa dengannya untuk ucap tahniah secara "live" jangan lupa bawa bunga.

klik ini utk lihat wajahnya yang "warak" .

Sunday, May 5, 2013

Pasca PRU 13 : Fakta Terkini PRU 13










Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Pasca PRU 13 : Teka teki 2 kerusi ?



Siapa Ketua Pembangkang ?
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

Siapa Menteri Besar Selangor ?
PAS -15
DAP - 15
PKR - 14

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : ATM,PDRM dan Rakyat...berpisah tiada.




Hari ini 5 Mei barulah anggota PDRM dan ATM tahu hakikat sebenar wajah UMNO. Barulah mereka tahu siapa yang sebenar pengkhianat negara.

Hari ini anggota PDRM dan ATM lihat dengan mata mereka sendiri bagaimana warga Bangladesh,Indonesia,Mynmar,Pakistan,Nepal dengan senyum,gembira,lenggang lenggok memegang IC untuk menentukan masa depan negara.

Bulan lepas, 10 orang anggota PDRM dan ATM dibunuh oleh warga Filipina(Sulu) di Lahad Datu.

Bezanya,warga Sulu ada IC datang membawa senjata.Manakala hari ini 5 Mei,warga asing membawa IC untuk tentukan masa depan negara.

Apa perasaan anda wahai warga ATM dan PDRM?

Tahukah anda semua,angkara dan celaka inilah yang UMNO bawa untuk negara ini.UMNOlah pengkhianat negara.

Sebulan lalu 10 anggota keselamatan mati di tangan warga asing(Sulu). Esok lusa, warga asing yang mengundi inilah bakal mengikut jejak pengganas Sulu. Siapa tahu !


Ayuh! Warga ATM dan PDRM bersama rakyat untuk halang kejahatan UMNO terhadap negara ini.

PRU 13 : Kita cuma ada SATU sahaja........


Mereka ada
JPN
untuk kasi IC

Mereka ada
SPR
untuk buat silap mata

Mereka ada
AirAsia MAS
untuk angkut warga hantu

Mereka ada
Bangla,Nepal,Indon
untuk tentukan masa depan negara

dan segala-galanya Mereka ada.....

Kita cuma ada SATU
cukuplah buat Kita semua
cukuplah ALLAH TAALA sebagai Pelindung kita semua
tempat kita mengadu memohon dan berserah.

DAKWAT TIPU :Adakah Pengerusi SPR "dahaga" dakwat ?


Seperti yang dijangkakan SPR melalui mulut bodoh ketuanya Aziz memperbodohkan pemikiran rakyat Malaysia.

Sama seperti mantan ketuanya dulu Rashid.

Dulu Rashid bilang dakwat tidak boleh guna kerana keselamatan setelah dibeli dengan duit rakyat RM2.9juta.

Hari ini Aziz bilang botol perlu digoncang dulu.

Eloknya,buka mulut Aziz,pakat "tuang" 48,000 botol dakwat ke mulutnya.Biar perut Aziz pecah kerana "kekenyangan" dakwat SPR !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...