ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Wednesday, December 21, 2011
Apa khabar KJ ? Bantulah Awang Adek.
Hari ini selepas Senator Shahrizat Jalil "ditelanjangi" dengan isu lembu dan kondo NFC, tiba giliran pula Senator Awang Adek "dibogel"kan dengan isu punyai 3 akaun peribadi untuk tadah sumbangan bagi kegiatan parti di Bachok.
Semakin hampir PRU 13 semakin banyak skandal UMNO dibongkarkan.
Siapa yang bongkarkan? Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Yang sebenarnya buat kerja ini ialah juak-juak UMNO juga. Mereka sesama UMNO bergelut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Antara caranya mencari modal untuk "memampuskan" karier politik orang yang disasarkan.
Kes NFC, PKR sekadar penyambung kerja yang dibuat juak-juak UMNO yang mahu jatuhkan Shahrizat. Cuba tanya Raja Nong Chik dan UMNO Cheras.
Begitu juga kes Awang Adek ini. Tentunya sesama juak UMNO Bachok juga punya kerja.
Cumanya, antara kes Shahrizat dan Awang Adek, kes lembu dan kondo Shahrizat memberi "peluru" buat PMNajib untuk hadapi kemaraan TPMMuhyiddin..
Ini kerana kes NFC ini berlaku semasa zaman Pak Lah di mana TPMMuhyiddin menjadi Menteri Jaga Lembu dan Kerbau. Jadi tentunya isu NFC meletakkan Muhyiddin di "kandang orang salah".
Muhyiddin juga boleh membalasnya dengan hidupkan semula isu Submarine. Tentunya PMNajib juga kepanasan. Ini kerana isu itu terjadi semasa PMNajib jadi Menteri Jaga C4.
Berbalik kepada isu terkini Senator Awang Adek, tentunya barangkali Awang Adek juga minta pertolongan Khairy Jamaludin(KJ) untuk membelanya. Sama seperti pembelaan KJ terhadap Kak Ijat.
Tentunya tiada memberi masalah kepada KJ. Ini kerana Bachok terkenal dengan pokok kelapa dan tentunya beruk-beruk banyak di Bachok untuk petik kelapa. Beruk sudah menjadi sinonim dalam hidup KJ.
Jika Shahrizat gunakan RM250 juta untuk ternak lembu, bagaimana pula Awang Adek? Adakah duit-duit "sumbangan ikhlas" taukeh-taukeh di gunakan membeli beruk-beruk untuk petik kelapa di Bachok?
KJ gunakan lembu untuk bela Shahrizat di KL dan kini KJ gunakan beruk untuk bela Awang Adek di Bachok.
Bela KJ ...jangan tak bela !
Thursday, December 15, 2011
PANAS : Amerika bakal di serang lagi.......!
Hari ini, setelah hampir 9 tahun menjajah Iraq akhirnya Amerika Syarikat mengundurkan diri dari bumi Iraq.
Fakta :
Tahun mula menjajah : 2002.
Tempoh masa jajahan : 9 tahun
Tentera mati : 4,487 orang
Tentera cedera : 32,000 orang.
Belanjawan semasa menjajah : US 800 bilion ( RM 2.8 trilion)
Walaupun Amerika menyatakan dengan bangga penjajahannya berbaloi dengan kematian tenteranya dan duit yang dikeluarkan semasa menjajah Iraq tetapi itu sekadar untuk menutup malu sebagai Kuasa Besar Dunia.
Upacara pengundurannya juga singkat. Memakan masa sekadar 45 minit dalam keadaan berjaga-jaga dan tergesa-gesa . Tiada perarakan pembarisan tentera. Diadakan di Lapangan Terbang Baghdad agar Setiausaha Pertahanannya sedang diangkut lari jika berlaku serangan dari Mujahidin Iraq.
Berbeza ketika Soviet Union tinggalkan bumi Afghanistan 1989. Berlaku perarakan konvoi dan taburan bunga.
Amerika lebih penakut berbanding Soviet !
Amerika bukan sahaja bakal menghadapi krisis kewangannya malah akan menghadapi suatu penyakit sosial akibat penghantaran ratusan ribu tenteranya di bumi Iraq dan Afghanistan. Penyakit itu adalah "sindrom gila mental" di kalangan tenteranya yang kembali ke Amerika.
Bayangkan jika dalam Perang Oktober 1971 antara Arab-Israel selama 14 hari, hampir 1,000 tentera Israel menghadapi penyakit gila mental, bagaimana pula dengan perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas bumi Iraq selama 9 tahun ?
Amerika bakal mengalami tragedi demi tragedi pembunuhan rambang oleh bekas tenteranya. Begitu juga hospital di Amerika bakal menambah bilangan wad-wad gila di seluruh negara.
FBI dan SWAT tidak sahaja menghadapi " pengganas" bahkan akan menghadapi ancaman orang-orang gila ciptaan White House sendiri ! Rasakan !
Tuesday, December 13, 2011
Iran dan Gerakan Islam: Suatu Penilaian semula.
Iran sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera ke 5 terkuat di dunia semasa pemerintahan Shah Iran. Apabila berlaku Revolusi Islam Feb 1979, jatuhnya Shah Iran dan naik Ayatollah Khomeini ke tampuk pemerintahan Iran, kebanyakkan Gerakan Islam di seluruh dunia memberi sokongan kepada Iran.
Gerakan Islam termasuk PAS dan Ikhwanul Muslimin menjadikan Iran satu ikon baru untuk diikuti atau paling kurang sebagai "cahaya baru" bagi Islam bagi sambutan abad ke 15 Hijrah.
Kini setelah 32 tahun lahirnya Repablik Islam Iran, timbul beberapa persoalan tentang peranan Iran terhadap Gerakan Islam seluruh dunia.
Antaranya sikap Iran terhadap Mujahidin di Afghanistan. Iran di lihat lebih mementingkan semangat mazhab dalam menangani isu Afghanistan. Ketika Taliban memerintah Afghanistan, Tehran menzahirkan sikapnya menyokong Rashid Dustom yang bermazhab Syiah Ismaliyah yang sesat yang berpengkalan di Mazar e Sharif. Yang mana akhirnya selepas September 11, ianya di namakan Pakatan Utara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk menjajah Iran.
Walhal Iran yang "bermusuh" dengan Amerika sejak Revolusi Iran lagi, tiba-tiba menyokong Pakatan Utara yang sealiran Syiahnya walaupun Amerika bersamanya.
Begitu juga dengan isu Syria terkini. Syria walaupun mempunyai majoriti Sunnah tetapi pimpinannya menganuti Syiah Alawiyah yang sesat sejak Hafiz Assad lagi. Walaupun Syria mengamalkan sistem diktator yang menindas rakyat tetapi Iran di lihat menyokong regim ini atas dasar assobiyyah mazhab walaupun berlainan Syiahnya.
Mengapa Iran menyokong Basar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri? Jika Tehran beralasankan Amerika di sebalik demostrasi itu, mengapa Iran bersama Pakatan Utara yang bersama Amerika menjajah Afghanistan?
Semakin lama sikap mementingkan mazhab Syiahnya semakin terserlah oleh Iran. Iran tidak lagi dilihat oleh Gerakan Islam sebagai ikon yang terbaik buat Gerakan Islam. Kini Turki mengambil alih tugas ini buat Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan juga Asia Tenggara.
Iran hanyalah mementingkan menjaga "tempat suci" di Karbala, Iraq, saudara Syiahnya di Syria dan Afghanistan.
Zaman Gerakan Islam mengambil Iran sebagai ikon seharusnya sudah berlalu. Gerakan Islam perlu mengkaji semula sikap Iran di dunia Islam.
Iran hanya mementingkan fahaman karutnya yang dicampur dengan politik demi politik mazhabnya. Dengan campuran "menunggu Imam Mahdi yang hilang dalam lubang" dengan politik Syiahnya suatu yang mustahil bagi Gerakan Islam menaruh harapan terhadap Iran.
Mana mungkin Iran yang berakidah keturunan Imam Husin sebagai Imam Mahdi menerima Sunnah yang tidak menganggap isu Imam Mahdi sebagai perkara akidah yang ketat.
Suatu yang tidak mustahil, Iran boleh bersama Israel jika Israel "meraikan" fahaman Syiah Iran terutama perkara Imam Mahdi dan menikam belakang Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas.
Alhamdulillah, Dr Yusof Qardawi telah melihat dan menyedari politik sepak teranjang Iran. Beliau menyedari kini Iran tidak boleh dipercayai. Bila-bila masa Iran beralih arah demi mazhabnya menyokong Amerika dan Israel.
Permusuhan Iran dengan Amerika dan Israel sekadar "lakonan". Iran menafikan Holocaust dan Israel mengacah menyerang Iran. Hakikatnya mereka amat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Islam di benua Arab.
Kita mendoakan di kala benua Arab rancak mengalami "Arab Spring", anak-anak muda Iran sedang mengorak langkah menjayakan " Persia Spring " untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar setelah ratusan tahun bumi Parsi di sesatkan oleh fahaman Abdullah bin Saba'.
Thursday, December 8, 2011
MUTIARA PERJALANAN MUKMIN
Memayungi Rakyat
Isu Amanat Banggol Perandong diungkit dan disensasikan kembali. Pelbagai barua-barua UMNO bermula JKKK hinggalah ulamak jahat belaan UMNO menggesa tindakan terhadap MB Terengganu pada masa itu termasuk tindakan ISA.
Nama TG Haji Hadi begitu hodoh pada kacamata UMNO sebagai pemecah bela masyarakat, pengkafir dan sebagainya.
Tiba-tiba dalam barua-barua UMNO menyalak dan menyerang MB Terengganu itu, Al Sultan Mizan menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato Seri kepada TG Haji Hadi sempena Keputeraan baginda.
Timbul tanda tanya: Takkan Al Sultan sudi beri anugerah kepada "pemecah belah masyarakat"?
Semasa pasca peristiwa Memali Nov 1985, pelbagai barua-barua UMNO terdiri ulamak jahatnya, media dan pimpinannya melabelkan hodoh kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terbunuh. Ada kata Ustaz Ibrahim pakai ilmu kebal, penyebar ajaran sesat, komunis. Dan sekonyong-konyong Mufti Kedah hukum Ustaz Ibrahim Libya penderhaka.
Tiba-tiba Al Sultan Kedah mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim dan anak muridnya di Kg Parit Panjang.
Timbul pertanyaan : Takkan Al Sultan sanggup mencemar duli ziarah pusara "penderhaka" ?
Untuk rekod, ahli PAS tidak pernah menggelarkan Raja-Raja Melayu sebagai "natang". Ahli PAS tidak pernah larikan anak Raja Melayu untuk dikahwini dan ahli PAS tidak pernah menabalkan Raja Melayu menjadi Raja dalam keadaan Raja sedia ada masih sihat dan hidup.
UMNO menjadikan Raja-Raja Melayu umpama bola. Adakalanya didakap erat umpama penjaga bola mendakap bola. Adakalanya ditendang kuat jika dibenci !
Tidak dinamakan UMNO jika tidak rasuah dan tidak menghina Raja-Raja Melayu.
Semua rekod buruk tentang perkara menghina Raja-Raja Melayu tercatat dalam Muzium UMNO Terengganu, Selangor dan Kelantan.
Tanyalah si Deris, Mat Tyson dan Anuar Musa.
Wednesday, December 7, 2011
Dari Matahari Terbit hingga Matahari Jatuh
Dulunya sebelum teknologi IT berkembang, kumpulan ini biasanya menjadikan warung kedai kopi sebagai tempat "pelepasan" pemikiran mereka. Itulah sebabnya di namakan cakap-cakap kedai kopi. Malah warung ini umpama "mini Parlimen" bagi blogger ini.
Dulu "kuliah" mereka didengari oleh kaum sejenis dan sebaya. Kini tua muda, lelaki wanita dan kanak-kanak boleh membaca tulisan mereka. Malah pemimpin politik bermula dari Morocco hingga ke Jepun membaca tulisan mereka. Begitu luas dan besar "empayar" bacaan mereka.
Hambo banggo jadi Ore Kelate
Lagak Awang Adek "menepis" poster Royalti Minyak amat meloyakan rakyat Kelantan. Macamlah Awang Adek itu lahir kat New York atau Dhaka! Barangkali Awang Adek sudah lama bersarapan buger atau pizza. Budu sudah tiada dalam benak kepala calon MB UMNO Kelantan itu.
Begitu juga dengan Mustafa Mohammed. Beriya benar Tok Pa bersama orang Putrajaya halang royalti minyak. Utamakan Putrajaya daripada Jeli dan Kota Bahru.
Barangkali pembesar-pembesar ini perlu di "peram" sekali lagi dalam tempayan budu bagi melalui proses semula menjadi "Ore Kelate Ori " .
Tuesday, December 6, 2011
MESTI TAHU : Adakah anda tahu BTN ?
Menjelang PRU 13 ini, anasir-anasir BTN akan menyusup ke dalam program-program guru, penghulu, kakitangan awam dan institusi masjid dan surau untuk membawa propaganda dakyah perkauman UMNO.
Buncitkan perut kita dan persetankan Melayu!
PMNajib mula terdesak untuk mencari pengaruh undi Melayu akibat krisis dalam FELDA kini. Akibatnya talian hayat undi FELDA mula terancam apabila warga peneroka Felda mula menyedari permainan jahat UMNO, Isa dan Najib untuk jadikan FELDA seperti Petronas, Tabung Kroni UMNO !
Kita melihat Ketuanan Melayu timbul setiap kali "api" dinyalakan. Biasanya "api" itu dinyalakan oleh UMNO dan seterusnya di"simbah petrol " terutama oleh Gerakan dan MCA Biasanya DAP lebih banyak berdiam diri. Nampak cantik sekali "permainan" mereka yang begitu "menghiburkan" persis macam Brazil main bola !!
Semua ini adalah lakonan belaka! Jangan terpedaya dan tertipu. Sebenarnya Ketuanan Melayu versi UMNO adalah didokongi oleh kroni-kroni mereka sendiri bermula dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Ketuanan Melayu versi UMNO bermakna mulut mereka mengucup keris manakala kedua tangan mereka membolot dan membahagikan hasil mausul negara sesama kroni samada Melayu, Cina maupun India.
Adakah UMNO layak bercakap tentang Ketuanan Melayu?
Umat Melayu perlu cerdik untuk menilai Ketuanan Melayu versi UMNO. Ketuanan Melayu versi UMNO hanyalah untuk mem"buncit"kan mereka sahaja. Apa-apa yang menghalang usaha "murni" mereka, akan ditentang habis-habisan.
Mari kita lihat kesan buruk Ketuanan Melayu versi UMNO :
1) Ketuanan Melayu versi UMNO menjadikan DEB lubuk cari kekayaan sesama UMNO. Matlamat DEB adalah satu usaha murni untuk merapatkan jurang ekonomi dan membasmi kemiskinan orang Melayu. Mengapa selama 30 tahun usaha ini masih gagal? Kerana UMNO gunakan DEB ini untuk 'membuncitkan' perut Melayu mazhab UMNO sahaja. Sebab itulah Cina dan India pertikaikan DEB. Sepatutnya tempoh 30 tahun diberikan, tiada lagi umat Melayu makan siput babi, merempat tiada tempat berteduh, tidak boleh bayar yuran sekolah dan tentunya Pusat Zakat tercari-cari orang yang hendak dapatkan zakat darinya.
2) Ketuanan Melayu versi UMNO mengajar umat Melayu supaya boleh bersikap kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu tetapi jangan sesekali bersikap kurang ajar kepada UMNO. UMNO di zaman Mahathir berjaya mem"bogel"kan Raja-Raja Melayu samada di TV maupun suratkhabar. Masihkan kita lupa 2 kali Sultan Kelantan dimalukan UMNO. Tanyalah Anuar Musa. Isu pertabalan Sultan baru dan kereta Lamborgini.
Almarhum ayahanda SPB Agong sekarang juga tidak ketinggalan untuk dimalukan oleh UMNO. Isu pembinaan makam diraja Ladang disiarkan di muka depan suratkhabar Utusan Malaysia kononnya satu pembaziran. Tujuannya agar umat Melayu sendiri benci kepada Raja mereka sendiri. RTM pada masa itu berkali-kali siarkan filem "Hang Jebat" di TV.
Begitulah perangai jahat UMNO. Apabila tersepit, Institusi Raja akan digunakan kononnya mereka pembela Raja Melayu. Bagai lepaskan anjing tersepit akhirnya anjing itu akan gigit kita. Itulah sifat tulin UMNO!
Kemuncak segala kejahatan UMNO terserlah di zaman Pak Lah semasa pasca pemilihan MB Terengganu. Ketuanan Melayu UMNO mencipta gelaran baru untuk Sultan Terengganu sendiri dengan gelaran "natang". Apakah motif TV3 siarkan banner tersebut?
Sampai hari ini kes ini tidak dibicarakan di mahkamah. Kalau kumpulan Maunah disabitkan kesalahannya sebagai "menentang Seri Paduka Yang Dipertuan Agong" yang dihukum gantung, apakah menggelar Sultan Terengganu sebagai "natang(binatang)" satu kes yang kecil sama seperti kes curi sebiji telur ayam?
Setelah puas "bogel"kan Raja-Raja Melayu, UMNO bercakap tentang Ketuanan Melayu mempertahankan Raja-Raja Melayu. Boleh percayakah? !
3) Ketuanan Melayu versi UMNO kononnya menjaga Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. Sejarah menjadi saksi kedurjanaan UMNO menjahanam dan memusnahkan bahasa sendiri. Atas alasan kemajuan, tulisan jawi dibakulsampahkan oleh UMNO. Atas nama Ketuanan Melayu versi UMNOlah maka bahasa ibunda umat Melayu dinyahkan dari pengajaran Matematik dan Sains. Anak-anak Melayu yang tinggal di luar bandar semakin ketinggalan akibat perangai jahat UMNO ini. Apa yang penting bagi Ketuanan Melayu versi UMNO ialah membolot projek tender lap top, cetak buku teks dan persetankan tentang nasib anak bangsa.
4) Ketuanan Melayu versi UMNO bertanggungjawab memusnahkan JATI DIRI umat Melayu Malaysia. UMNO meluluskan pembukaan kedai judi. Membiakkan disko, pub dan kelab dangdut. GRO Melayu membiak hasil ternakan Ketuanan Melayu versi UMNO.
Akibat Ketuanan Melayu versi UMNO ini, rumahtangga umat Melayu porak peranda. Umat Melayu jadi kaki judi, arak dan betina.
Bagaimana UMNO nak pimpin dan jadi tuan kepada negara ini terutama menjadi contoh kepada umat Melayu sedangkan pimpinan tertinggi mereka ramai menjadi kaki tunggang arak, ada jadi taukeh disko bahkan terlibat dengan skandal seks ? Tanyalah Sang Kelembai. Dia ada senarai puluhan nama pimpinan UMNO kaki arak.
Ketuanan Melayu versi UMNO mengkhayalkan (mengCANDUkan)umat Melayu dengan hiburan agar mereka hilang rasa tanggungjawab terhadap ugama, bangsa dan tanahair. Pelbagai permit lesen diberikan untuk membiakkan konsert hiburan.
Tentunya Ketuanan Melayu versi UMNO berbangga kerana muda mudi Melayu menjuarai segala aspek gejala sosial bermula dengan menjadi majoriti warga Pusat Serenti, mat rempit, bohsia dan buang anak.
Ketuanan Melayu versi UMNO sebenarnya adalah slogan hipokrit untuk survival politik periuk nasi UMNO semata-mata.
UMNO bercakap tentang pembelaan terhadap orang Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam. Benarkah begitu? Jawablah persoalan dibawah:
1) Siapakah bunuh umat Melayu di Memali ?
2) Siapakah rompak royalti minyak semasa Kerajaan PAS memerintah Terengganu yang majoriti penduduknya umat Melayu?
3) Siapakah tarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang majoriti guru dan pelajarnya umat Melayu ?
4) Siapakah menghapuskan bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains?
5) Siapakah larikan puteri Raja Melayu untuk dikahwini?
6) Siapakah rogol gadis Melayu dan penjarakan orang yang membela gadis itu?
Cukup...cukuplah! Terlalu banyak "dosa" UMNO buat umat Melayu di Malaysia!
Sebenarnya, bukan Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO tetapi Ketuanan UMNO demi kesejahteraan kroni-kroni mereka. Semuanya untuk perut-perut mereka.Umat Melayu sekadar dapat sisa air basuhan kaki mereka sahaja. Itupun jika bernasib baik. Jika tidak, sekadar dapat ludahan kahak kuning mereka.
Sunday, December 4, 2011
AMERIKA : Ada sesuatu yang perlu kita pelajari.
WASHINGTON 4 Dis. – Calon Presiden dari Parti Republikan, Herman Cain semalam mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding selepas berdepan dengan tuduhan melakukan gangguan seksual dan menjalin hubungan sulit.
“Saya akan menghentikan kempen Presiden saya bermula hari ini,” katanya dalam satu ucapan di televisyen.
Cain menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan menegaskan sebab utama beliau menarik diri adalah kerana tuduhan itu telah menyebabkan kesan buruk kepada keluarganya.
Menurutnya, tuduhan palsu itu telah memesongkan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kepada rakyat Amerika dan mewujudkan keraguan kepada kempennya.
Popularitinya dalam tinjauan pendapat bagaimanapun menurun sejak tuduhan itu tercetus bulan lalu.ULASAN DARI BERITA DI ATAS :
Masyarakat Amerika terkenal dengan aktiviti seks bebas. Tetapi dalam soal memilih kepimpinan, mereka amat teliti dan berkira tentang akhlak pemimpin.
Walaupun rakyatnya mengamalkan cara hidup bebas seperti zina, lesbian dan gay tetapi mereka tetap mahukan pemimpin yang bersih dan suci dari sebarang akhlak yang buruk dan rendah moralnya.
Ini menyebabkan populariti Cain jatuh merundum di kalangan rakyat Amerika.
Hermain Cain juga mempunyai satu sifat terpuji. Demi Amerika, beliau sanggup menarik diri dari bertanding dari jawatan Presiden walaupun beliau menafikan dan belum di buktikan tuduhan ke atasnya.
Baginya, tuduhan keatasnya memesongkan keupayaan beliau untuk menyediakan penyelesaian masalah rakyat AS.
Bagaimana dengan rakyat kita yang terkenal dengan agama, budaya dan adat resam?
Ada pemimpin terlibat dengan pembunuhan, tetap bangga dengan jawatan tertinggi negara.
Ada pemimpin terlibat dengan mabuk dan raba, tetap di angkat jadi Duta.
Ada pemimpin terlibat dengan skandal lembu, tetap bangga buat pekak badak sambil menyingsing lengan.
Ada pemimpin terlibat dengan rogol, tetap galak bercakap tentang budi bahasa dan adat resam.
Ada pemimpin terlibat dengan cincin, tetap bangga menyeru anak-anak muda jangan percaya dengan internet.
Bayangkan jika TG Nik Aziz dan PM Najib di calonkan menjadi calon Presiden Amerika, siapakah yang menjadi pilihan rakyat Amerika?
MARI BACA : Sejarah berulang kembali.
Zaman Rasululah
Pada Rabiulawal Tahun 4 Hijrah, Yahudi Bani An Nadhir telah dihalau keluar dari bumi Madinah atas kejahatan ingin membunuh Rasulullah. Mereka semua menuju ke Khaibar. Dendam membara.
Bibit permusuhan Yahudi Bani An Nadhir memuncak keatas Rasulullah dan Islam. Lalu seramai 20 pimpinan diketuai Salam bin Abi Al Haqiq bertolak dari Khaibar menuju ke Mekah.
Tujuannya mahu berpakat dengan Musyrikin Mekah untuk membentuk Pakatan Ahzab bagi menghapuskan Negara Islam Madinah.
Di Mekah, pimpinan Yahudi Bani AnNadhir di sambut meriah oleh Musyrikin Mekah. Oleh kerana Yahudi juga agama Samawi seperti Islam, makan Musyrikin Mekah bertanya kepada Yahudi tentang kebenaran agama yang dibawa oleh Rasulullah.
Musyrikin Mekah : " Wahai Yahudi, kamu adalah Ahli Kitab. Kamu tahu permusuhan kami dengan Muhammad. Kami ingin tahu daripada kamu sebagai Ahli Kitab. Manakah yang berada di atas kebenaran samada agama kami atau agama Muhammad ?"
Yahudi : " Agama kamu".
Jawapan pimpinan Yahudi Bani An Nadhir itu menggembirakan dan menaikkan semangat Musyrikin Mekah untuk memerangi Rasulullah dan Negara Islam Madinah.
Sempena jawapan jahat Yahudi itu, Allah Taala menurunkan FirmanNya dalam Surah An Nisa' ayat 51-54.
Hari Ini
MCA panggil ulamak UMNO di Wisma MCA untuk bertanya, menghina, memperlekeh Islam dan PAS yang berjuang Islam.
Yahudi An Nadhir : Kamal Saidin (UMNO)
Musyrikin Mekah : MCA
Mekah : Wisma MCA
Rasulullah dan Islam : PAS
Inilah kerja jahat UMNO. Menjauhkan manusia daripada kebenaran Islam. Sepatutnya mendekatkan non Muslim dengan keadilan dan kebenaran Islam.
Ini tidak, meraikan penghinaan Chua Soi Lek ke atas Islam.
Saya belum mendengar reaksi Fathul Bari lulusan Madinah tentang penghinaan Chua Soi Lek dan Kamal Saidin terhadap Islam. Jika beliau mengiyakan atau sekadar diam, itu tandanya beliau syaitan bisu.
Anak bekas mufti bukan jaminan ada iman. Lulusan Madinah bukan jaminan berada di landasan kebenaran. Ini kerana Abu Lahab juga bapa saudara Nabi dan Abdullah bin Ubai solat di belakang Nabi di Madinah. Insaflah Fathul, jangan jadi kaldai. Bukan kaldai bawa dadah tetapi kaldai pikul kitab seperti dalam Surah Jumaah.
Saturday, December 3, 2011
Hey Shahrizat! Zaman sekarang kumpul beg tangan bukan ternak lembu....
Kasihan Shahrizat. Apabila kesnya(NFC) meletup, setiap apa yang dilihat, didengar dan dihidu segalanya semacam lembu. Ada bunyi lembu. ada baur lembu. Ada tahi lembu bahkan ada kepala lembu.
Bermula Nazri Aziz membelanya kemudian suaminya sendiri , mantan Menteri Lembu Muhyiddin yang terbabit bagi projek pada NFC dan terakhirnya Timbalan IGP Khalid sendiri turut turun padang untuk membelanya.
Semua turun padang membelanya. Menteri. Timbalan PM, suami dan akhirnya polis.
Wow! Bertuahnya Shahrizat kerana semua orang mahu membelanya.
Jika Timbalan IGP Khalid turut membelanya, ianya tidak menghairankan. Ini kerana kes kepala lembu di Selangor, Khalid turut menjuarainya. Barangkali jika Khalid jadi IGP nanti, eloklah PDRM tubuh Unit Lembu pula. Unit anjing dan kuda sudah ada.
Yang peliknya mengapa sekonyong-konyong Khalid "mengfatwakan" kes lembu Shahrizat tiada unsur rasuah sedang ianya dalam siasatan ? Adakah ini taktik bodek Khalid sempena Perhimpunan Agung UMNO?
Yang pasti kes lembu Shahrizat tidak dapat meredakan kemarahan penternak-penternak lembu seluruh Malaysia.
Juga, segala kenyataan pembelaan buat Shahrizat tidak berkesan. Sebab itulah Shahrizat "mengamuk sakan" dalam Perhimpunan Agung UMNO sambil menyingsing lengan.
Dan Shahrizat jangan syok sendiri. Jangan menyangka perwakilan ketawa gembira kerana sokong membelanya dalam isu NFC. Tetapi sebenarnya perwakilan yang turut bangun bukannya sokong Shahrizat tetapi mereka ketawa kerana lihat "tahi lembu" melekat di lengan Shahrizat !
Barangkali yang paling gembira dengan kes lembu Shahrizat tentunya Rosmah dan Raja Nong Chik. Tentu anda dapat agak mengapa ya?
Hey Shahrizat! Zaman sekarang orang kumpul gelang, beg tangan dan cincin bukannya ternak lembu!
Thursday, December 1, 2011
Syahdunya KALIMAT CINTA dalam Perhimpunan Agung UMNO
Setiap Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa Presiden akan memuji Timbalannya sebagai "setia". Manakala Timbalan Presiden akan membalasnya dengan memuji memuja Presiden.
Apakah makna itu?
Mari kita melihat sejarah "setia" dalam UMNO terutama sejak zaman Mahathir. Dikala seluruh negara riuh rendah dengan gelaran 2M iaitu Mahathir dan Musa yang menunjukkan betapa erat dan mesranya Mahathir -Musa. Mahathir memuji Musa sebagai Timbalan yang setia dan Musa membalas pujian itu dengan senyum-senyum kambing. Dalam hati keduanya dengan cebik berbisik, "Gua talak percaya sama lu". Musa letak jawatan.
Masuk giliran Ghafar Baba jadi Timbalan. Seluruh negara riuh rendah memuji erat dan mesranya Mahathir-Ghafar. Dalam Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa ucapan "setia" diulang-ulang". Ghafar senyum, Mahathir juga senyum. Tapi dalam hati, "Gua talak percaya sama lu". Mahathir seruh Anwar lawan Ghafar. Ghafar kalah.
Giliran Anwar pula jadi Timbalan. Anwar anggap Mahathir bapa angkatnya dan Mahathir angkat Anwar jadi anak emasnya.
"Kalimat cinta" diucapkan lagi bahkan beribu kali, kata Mahathir, "Anwar setia pada saya" dan balas Anwar,"Mahathir percaya pada saya". Tapi dalam hati masing-masing, "Gua talak percaya sama lu"
Bagai berpesta ahli UMNO mendengar "kalimat-kalimat cinta" itu. Mereka lupa kisah sedih Musa dan Ghafar.
Esok lusa, Mahathir tendang Anwar. Abdullah Badwi dilantik Mahathir jadi Timbalannya. Pak Lah selamat hingga boleh jadi PM.
Malangnya akibat batalkan projek Jambatan Bengkok dan pengaruh Budak Tingkat 4, Pak Lah dicemuh dan dicebik oleh Mahathir. Bezanya, Mahathir tidak mampu tendang Pak Lah kerana dia sudah bersara.
Apabila maki hamunnya tidak dipedulikan oleh Pak Lah, Mahathir merajuk. Keluar UMNO. Semasa keluar UMNO Mahathir atur percaturan bersama Muhyiddin untuk usir Pak Lah dari Sri Perdana. Usahanya berjaya.
Naik Najib jadi PM dan Muhyiddin jadi Timbalan. Mahathir nampak jika Najib pegang jawatan PM terlalu lama, maka Mukhriz akan lambat menjadi PM. Jadinya, dia gunakan Muhyiddin sekali lagi untuk menghalau Najib dari Sri Perdana seperti Pak Lah dulu.
Najib dapat membaca cara permainan Mahathir. Siapa kata Najib "kurang cerdik" ? Bukankah Najib ada Razak Baginda yang hebat dalam strategi peperangan ?
Jika patukan ular boleh diubati dengan bisa ular sendiri, begitulah cara Najib menangani permainanan Mahathir. Bisa Mahathir hanya boleh ditawarkan dengan meniru caran Mahathir itu sendiri.
Najib mulakannya dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO. Iaitu memuji Muhyiddin sebagai Timbalan Paling Setia. Mengulangi taktik Mahathir ke atas Musa, Ghafar dan Anwar.
Muhyiddin juga tahu nasibnya bakal menjelma seperti Musa, Ghafar dan Anwar. Tapi dia agak gelojoh. Cepat-cepat dia menjawab pujian Najib, "Saya Timbalan Paling Setia". Ini kalimat cinta yang pernah memusnahkan Musa, Ghafar dan Anwar!
Sepatutnya Muhyiddin diam dan senyap sahaja supaya tidak terkena sumpahan kalimat cinta itu! Beliau boleh sekadar jawab dalam hati, " Gua talak caya sama lu".