ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, June 30, 2010

Semai...baja kemudian racun.



Pelbagai NGO dan aktiviti masyarakat mendesak agar kerajaan bertindak proaktif untuk mengatasi gejala sosial (zina) yang telah mencapai peringkat "merah" di negara kita.


Maka terkeluarlah dari kenyataan NGO dan aktiviti masyarakat dengan pelbagai cadangan untuk kerajaan laksanakan. Antaranya:


-Benarkan polis periksa telefon bimbit remaja elak simpan bahan lucah.
-Kuat kuasa peraturan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam.
-Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral .

-Percepat pelaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah.


Isu zina bukannya bermula dari perasaan tiba-tiba. Ianya "dipupuk" dari pelbagai sudut. Inilah yang perlu NGO tahu. Kita melihat antara terbesar punca zina dan seterusnya menyebabkan buang bayi adalah dari sikap kerajaan sendiri yang bersikap samada "double standard" maupun "tidak cakna" tentang isu ini.


Bahkan semacam seperti kerajaan sendiri "memupuk dan menggalakkannya" !


Tiga punca zina terbesar yang perlu NGO tahu dan sememangnya kerajaan ada kuasa untuk menghapuskan dalam sekelip mata iaitu :


a) Arak.

b) Konsert.

c) Media.



Ketiga punca di ataslah menyebabkan gejala zina dan buang bayi berlaku. Ketiga punca ini saling berkait.


Akibat lesen arak dan tiada kesungguhan kerajaan ( lihat isu Kartika) untuk melaksanakan sebat keatas peminum berugama Islam, gejala minum arak semakin meluas dikalangan remaja Islam.


Begitu juga Konsert Hiburan. Dengan tiada peraturan mengasingkan lelaki dan perempuan. Juga pengisian Konsert yang lebih kepada aksi artis , lagu cinta dan pakaiannya. Lihatlah selepas konsert kemana remaja lelaki dan perempuan tuju.


Peranan media juga ada sahamnya dalam isu zina dan buang anak. Penampilan artis dan gambar artis dalam media juga memainkan peranan kearah itu.


Kerajaan berkuasa untuk menghalangnya dengan kuasa yang ada. Malangnya tiada kesungguhan.


Barangkali kerajaan tidak bersungguh melaksanakannya kerana mereka(pimpinan) juga dua kali lima dengan masalah ini. Samada mereka juga kaki arak, kaki perempuan, punya saham dalam industri arak, judi dan disko.


Jadi bagaimana masalah arak dan zina dapat diatasi jika pemilik kuasa juga punya "hobi yang sama"?


Lihatlah kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk atasi perhimpunan "haram" pembangkang. Sanggup hantar ribuan FRU, polis, SB. Bahkan helikopterpun turut dihantar. Bersungguhnya kerajaan.


Tapi tidak dalam isu arak, zina dan buang anak.


Yang buang zina dan buang anak adalah orang Islam. Mengapa Sang Pemerintah tidak laksanakan perundangan Islam?
Umpama cara Sang Pemerintah tangani isu zina dan buang bayi umpama seorang petani yang menyemai, membaja hasil tanamannya kemudian dalam masa yang sama juga meracun tanaman tersebut.
Suatu kerja yang gila.
Benarlah punca buruk perangai rakyat bermula dari perangai buruk pimpinan pemerintah.
Jika kepala ikan buruk, ianya bakal juga dialami seluruh badan ikan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...