ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 7, 2010

Siapakah Tokoh Keluarga Mithali Malaysia?


Hebat! Setelah diasak dan dikutuk, akhirnya sekonyong-konyong Taukeh Judi Vincent Tan buat tawaran "rasuah" buat rakyat Malaysia. Rasuahnya berjumlah RM525 juta. Separuh RM bilion!



Entah dari mana Vincent Tan dapat idea ini. "Rasuah" berbentuk "derma kebajikan" untuk tolong orang miskin. Mungkin Vincent Tn dapat ideal ini dari Bapa Kroni, Dr Mahathir. Mahathir terkenal dengan "kepakaran" membaca psikologi orang Melayu. Mahathir tahu kelemahan orang Melayu.



Seluruh Malaysia tahu siapa dibelakang Vincent Tan. Si taukeh judi ini hanyalah sekadar nama sahaja. Mahathir kuasa sebenar dibelakang Vincent Tan.




Mari kita berfikir sejenak. Jika Vincent Tan sanggup "derma" RM525 juta, berapakah keuntungan bakal dikaut hasil judi bola ini? Berapakah komisen yang bakal dikaut oleh orang yang meluluskan lesen ini? Tentunya lebih dari keuntungan komisen kapal selam "sekadar" RM500 juta!



Hinanya rakyat Malaysia apabila Vincent Tan menilai nilai maruah kita senilai RM525 juta.
Tentunya PMNajib serta sepupunya Hishamuddin sedang mencongak-congak komisen dari Vincent Tan.
Dunia judi tidak dapat dipisahkan dari Najib dan Hishamudin. Ini kerana keduanya adalah cucu kepada Pengasas Yayasan Noah. Yayasan ini punyai saham jutaan dalam Resort World dan Genting Berhad selaku penggiat industri judi di Malaysia dan luar negara.
Cantikkan, keluarga Mahathir punya saham dalam industri arak manakala keluarga Najib dalam industri judi. Keluarga Mithali!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...