ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 10, 2010

Dulu Portugis..Belanda..Inggeris..Jepun ...dan kini Zionis!


Barangkali pimpinan UMNO baru sedar dan tahu tentang kejahatan Yahudi. Itupun setelah kapal bantuan kemanusian diserang di perairan antarabangsa Laut Meditteranean baru-baru.



Kebetulan yang terlibat dengan misi itu adalah MP UMNO dan NGO yang diketuai Dr. Mahathir dan anaknya. Maka PM Najib dan UMNO pun "buat-buat cakna"! Tidak terkecuali Rosmah pun tumpang "menangis" di depan Duta Turki. Tapi airmatanya tidak dapat atasi tangisan Rafidah Aziz semasa pujuk Dr Mahathir!



Itulah "aksi-aksi" lakonan pimpinan tertinggi UMNO.



Sebenarnya pengaruh dan kuasa Zionis sudah lama mewarnai iklim negara kita. Zionis sudah lama "bersarang" di tempat yang berpengaruh politik dan keselamatan.


Cumanya baru kini rakyat baru sedar. Sejak zaman Mahathir lagi puak-puak Zionis "berjoget sakan". Bermula aksi rejim Mahathir penjarakan orang-orang yang menentang kedatangan pasukan kriket Zionis ke Malaysia. Antaranya Mahfuz Omar.


Kemudian pertemuan Menteri Luar Zionis dengan Menteri Luar Malaysia. Pertemuan Menlu antara Zionis dengan negara kita semacam tradisi pula. Boleh dikatakan setiap tahun. Terkini Menteri Pertahanan pun terlibat sama.
Dr Mahathir juga dikaitkan dengan pembayaran jutaan RM duit rakyat kepada agensi Zionis untuk atur pertemuan dengan Bush beberapa tahun dahulu.
Terkini PDRM pun di"jajah" oleh Zionis melalui APCO. Jadi apa lagi yang belum dimasuki Zionis di Malaysia? Barangkali tandas awam belum lagi!
Elok Dr Mahathir ketuai sendiri misi bantuan kapal ke Gaza. Biar beliau rasai sendiri bagaimana cahaya laser Zionis ditargetkan di kepala beliau sebagaimana wartawan Asro rasai. Baru Mahathir tahu betapa "mulianya" hati Zionis!
Selamat mencuba Che Det!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...