ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 14, 2010

Pemergian seorang pejuang tua yang hebat.


Ustaz Hasan Shukri , satu nama yang begitu sinonim dengan PAS. Kembalinya beliau untuk "berjumpa" dengan Penciptanya adalah satu pemergian yang penuh kerahmatan dan ketenangan.


Beliau adalah pejuang tua yang hidupnya penuh dengan semangat keimanan bersama PAS. Dikala ramai rakan-rkannya pergi "melutut" kepada UMNO, beliau dengan kudrat tuanya bersemangat anak muda meniupkan obor perjuangan dan sebagai ikon anak muda pejuang PAS.


Sebut Markaz Tarbiyyah Taman Melawar, secara automatiknya teringatkan Arwah Ustaz Hasan Shukri.


Pemergian beliau "bertemu" TuhanNya, mengingatkan pemergian Arwah Ustaz Fadhil Nor ke rahmatullah lapan tahun dahulu. Juga selepas Muktamar PAS selesai. Juga di Kota Bahru.


Semoga roh beliau diletakkan bersama para Nabi, Sidiqin dan para wali-wali Allah. Ameen.


Takziah buat keluarga beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...