Apa perasaan anda jika tajuk di bawah saya tukar kepada , " Apa perasaan anda jika Tuan Guru Haji Hadi(TGHH) jadi imam....Nakhaei atau PMNajib jadi makmum? ".
Tentu Harakah, Siasah dan ratusan ribupenyokong PAS ( termasuk saya) dan PR akan kegembiraan dan sujud syukur. Saya percaya Harakah akan siarkan sebesar-besarnya gambar(bahkan warna) peristiwa tersebut.
Mengapa ?
Ini kerana dari segi politik dan psikologi perang saraf kita berjaya. Soal hati PMNajib atau Nakhaei atau mungkin barangkali Muhyiddin turut serta solat samada khusyuk atau ikhlas atau lakonan, itu soal mereka dengan Allah.
Pokoknya itu kejayaan politik dakwah kita! Cuba anda cari mana-mana sumber, Presiden UMNO atau pimpinan tertinggi UMNO yang pernah jadi makmum semasa Mursyidul Am maupun Presiden PAS jadi imam. Tidak pernah!
Berbalik artikel dibawah, tujuan saya lontarkan (maaf! jika terasa pedih) sekadar ingatan sahaja. Agar kita berhati-hati dalam setiap detik dan langkah kita semasa berdakwah dengan UMNO.
Melihat perkembangan semasa dan terkini, dengan lagak dan aksi UMNO, adakah kita perlukan lebih dakwah ataupun lebih berada di"zon perang" ?
Lihatlah bagaimana MB Perak (PAS) digulingkan. Lihatlah bagaimana UMNO melayan PAS di Kelantan dalam soal royalti. Dan terkini bagaimana MB Kelantan yang juga Mursyidul Am dimalukan dalam peristiwa Le Tour Langkawi.
Soal hadir dalam majlis kerajaan Pusat tidak menjadi masalah, hadirlah. Tapi kita mesti ingat bagi PAS itu adalah majlis Kerajaan Pusat tetapi bagi UMNO , itu majlis mereka. Kerana mereka tidak pernah faham perbezaan Kerajaan dengan Parti politik.
Tentang "Amanat Haji Hadi", adakah kita lupa permainan UMNO ? Setiap menjelang pilihanraya Amanat Banggol Peradong akan disabitkan dengan TGHH. Sekarang senyap sekejap sekadar tunggu masa untuk di"hangat"kan kembali . Lihatlah nanti menjelang PRU 13.
Benar, kita perlu banyakkan rakan dan kawan demi politik Islam yang kita perjuangkan dan kurangkan musuh. Tetapi dalam keadaan sekarang, adakah UMNO boleh dipercayai ?
Sekadar bertanya, " Adakah pimpinan tertinggi PAS melihat UMNO sekarang dari sudut dakwah umpama Abdullah bin Ubai atau Abdullah bin Salam ?"
Atau umpama seekor anjing yang sedang tersepit dipagar atau seekor semut yang terperangkap dalam air? Biasanya anjing akan gigit kembali orang yang lepaskannya . Dan semut biasanya akan menolong orang yang menolongnya!
Apapun sekadar "test market", kita jemput UMNO hadir dalam Muktamar Agung kita nanti. UMNO mesti tunjuk keikhlasan untuk hadir kerana pimpinan tertinggi PAS sedia "mencemar duli" hadir majlis mereka. Ooops ingat! .... majlis kerajaan umpama majlis mereka weeh!
Artikel ini sekadar pandangan sisi golongan marhein yang sayangkan PAS. Terpulang setuju ataupun sebaliknya. Itu hak masing-masing. Apa yang penting kita berfikiran terbuka dan raikan pandangan orang lain.
No comments:
Post a Comment