ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, March 3, 2010

KARTIKA : Suatu renungan tajam.



Nampaknya isu Kartika akan berakhgir tidak lama lagi. Kemungkinan besar tiada hukuman sebat buat Kartika.





Mengapa ? Kaji dan fikir sendiri.





Sejak isu minum arak ini tersiar oleh media, pelbagai pihak memberi pandangan dan pendapat. Isu Kartika menjadi "popular" kerana ia dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah dan rela di sebat. Ianya tidak akan sensai jika Kartika tidak rela di sebat.





Lebih pelik lagi isu Kartika menjadi topik ulasan pimpinan negara termasuk pihak Istana. PM Najib yang sememangnya membisu dan "no komen" tentang kes Altahtunya, Balasubramaniam tiba-tiba sekonyong-konyong memberi ulasan dengan meminta Kartika merayu supaya jangan disebat.








Dalam ternanti-nanti tentang isu sebat Kartika, sekonyong-konyong sepupu Najib yang jaga penjara memberi kenyataa tentang hukuman sebat keatas beberapa orang lelaki dan wanita Islam atas kesalahan minum arak .





Pelik. Dulu sepupu Najiblah yang mendakwa pihak penjara tiada kemahiran untuk sebat "cara Islam" ?





Beberapa perkara untuk kita renungi tentang isu Kartika :





a) Hukum yang dijatuhkan keatas Kartika BUKAN hukum Islam walaupun namanya Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang.(bukan Jenayah Islam ?) kerana bilangan sebatnya sebanyak 6 sebatan bukan 40 atau 80 sebatan mengikut hukum Islam.





b) Membuktikan ianya bukan hukum Islam ialah ada pihak boleh mengampunkan pesalah. Dalam Islam hanya dalam kes bunuh sahaja, manusia boleh ampunkan kesalahan si pembunuh iaitu ahli keluarga mangsa.


Kes arak, judi, zina, manusia tiada autoriti "ambil alih kuasa Tuhan".





c) Mengapa pihak pemerintah begitu "beriya-iya" suruh Kartika buat rayuan sedangkan Kartika mengaku salah dan mohon disebat?


Barangkali PM Najib nampak jika Kartika disebat, puluhan pimpinan negara bakal disebat kerana minum arak termasuk Duta kita di AS ! Orang Pahang pulak !


UMNO bagi lesen jual dan bina kilang arak tetapi buat "undang-undang" larang rakyyat minum arak. Tapi bila rakyat minum dan rela disebat, kerajaan rayu pula!

Bila rayuan PM Najib tidak diendahkan Kartika, pihak Istana campur tangan.

Apa makna ini semua?



Mungkin UMNO jawab kilang dan lesen itu untuk bukan Islam. Bagaimana dengan orang Islam yang jadi pimpinan dalam syarikat judi dan arak? Tak berani nak dakwa?

Mengapa? Kerana dua kali lima sahaja. Kaki arak, judi dan perempuan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...