ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, March 26, 2010

Musim salakan serigala jadian.


Setelah puas MP Bayan Baru "menyalak" habis -habisan menyerang Anwar Ibrahim dalam Parlimen, baton seterusnya disambut oleh MP Kulim-Bandar Baru pula menyambung tugasan "salakan".


Kebetulan "salakan" MP Bayan Baru dan Kulim ini berlaku ketika bulan mengambang. Biasanya salakan malam bulan mengambang dikaitkan dengan serigala jadian !

Cumanya jangan kaitkan salakan itu dengan katak nanti MP Pasir Mas "geger" pula!
Mungkin "cemburu" melihat salakan MP Bayan Baru mendapat liputan media barua besar-besaran terutama tentang September 16, maka MP Kulim menyambung salakan MP Bayan Baru. Kali ini lebih panas iaitu isu "tawaran menggugat iman" untuk fitnah PMNajib dan Rosmah.
Berkejar-kejar pula wartawan barua ke arah MP Kulim untuk mendengar "salakannya" sambil meninggalkan "perang baru" antara MP Bayan Baru dengan MP Kalabakan
Mendengar "bunyi salakan" kedua MP itu, ianya membabitkan keselamatan dan imej negara. Pertama dengan dakwaan penglibatan Yang Dipertuan Agong dan Panglima Tentera dengan projek September 16.
Begitu juga dengan "penemuan petunjuk" baru tentang pembunuhan Altahtunya. Agaknya siapakah sanggup tawarkan ganjaran yang menggugat iman buat MP Kulim?
Atau sekadar "salakan auta" MP Kulim ?
Terkini, PM Najib sudi "menadah telinga" mendengar salakan MP Kulim-Bandar Baru.
Nampaknya "laku" dan bernilai juga salakan MP Kulim di sisi Najib.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...