Jika tahun 2009, Tahun Kemenangan PR yang mengungguli kemenangan dalam siri PRK, maka tahun 2010 (baru masuk bulan Mac) kita boleh isyiharkan Tahun Keluar Beramai-Ramai MP PR.
Fenomena ini dijangka berterusan hingga BN berjaya mendapat 3/4 majoriti. Selagi belum mencapai target, PM Najib tidak lena tidur.
Setakat ini MP dan ADUN PKR yang masih mendahului senarai mereka yang "pakat lari". Antaranya 2 ADUN di Perak, seorang ADUN di Kedah dan Selangor. Manakala 2 MP dari Pulau Pinang. Bakinya seorang ADUN DAP dari Perak.
Manakala MP Pasir Mas tidak tergolong sebagai yang "lari" dari PAS. Ini kerana beliau bertanding atas tiket PAS dalam keadaan bukan ahli PAS.
Dan beliau tidak melalui proses tarbiyyah tetapi melalui proses "keBURUDUan" !
ADUN dan MP PAS masih "bertahan" dengan bekalan iman mereka yang dijana dan diproses melalui tarbiyyah.
Setakat ini DAP dilihat tidak mempunyai masalah dalaman yang serius berbanding PAS dan PKR.
PAS masih "bergelora" dengan masalah UG, Hasan Ali, Khalid Samad . Ianya perlu diselesaikan secara keluarga, ikhlas, terbuka, rendah diri dan muhasabah.
Bagaimanapun kepimpinan Presiden dan Mursyidul Am bertaut kukuh walaupun pelbagai cara digunakan UMNO untuk memisahkan dan mengadu domba agar mereka berdua "bergocoh".
Pulau Melaka dan Rhusila bagaikan aur dengan tebing dan kuku dengan isinya.
Manakala masalah PKR berkaitan dengan budaya UMNO yang masih dianuti oleh segelintir ahlinya. PKR perlu atasi masalah ini terutama dalam soal pemilihan calon PRU 13 nanti. PKR masih dalam proses "penapisan".
Dalam menjalani proses ini, Anwar Ibrahim difitnah dan kawan-kawannya mengkhianatinya. Anwar perlu mengenal antara intan dan kaca.
Cukuplah nama seperti Nalla, Zahrin bahkan mungkin puluhan lagi "menghiasi" diari Anwar sebagai pengkhianat.
Mulai hari ini Anwar perlu dampingi rakyat Marhein untuk mengenal dan menghayati reformasi.
Sudah lama Anwar tinggalkan petani-petani di Baling. Adakah beliau masih ingati mereka?
Merekalah perintis reformasi sebenar.
No comments:
Post a Comment