Maaf. Ini bukan tentang Tukar Tiub kereta sorong Hishamuddin Rais. Tapi ini tentang UMNO. Setelah racun perkauman gagal di "suntik" oleh UMNO ke atas rakyat Malaysia gagal "membunuh", kini racun jenis "keugamaan " pula cuba di gunakan. Tukar tiub perkauman kepada tiub keugamaan.
Isu terbaru penggunaan Kalimah ALLAH, melihatkan UMNO bersama sekutunya seperti PERKASA, PEWARIS, GPMS serta media baruanya mula mengorak langkah.
Sememangnya kita melihat isu keugamaan ini mempunyai AGENDA tertentu. Bagi pihak UMNO yang "menguasai" Mahkamah dan memiliki ramai "hakim beruk" yang sepanjang masa menggunyah cokelat Hacks, tentunya punyai agenda agar isu ini senantiasa "hidup" untuk menghilangkan kes kehilangan enjin jet F5E, kes PKFZ, Altahtunya, kes MB Perak dan puluhan skandal rasuah pimpinan UMNO.
Bagi pihak misionari Kristian pula agenda mereka tentunya untuk mengelirukan umat Islam di tanahair kita dengan program Kristianisasi.
Semacam UMNO dan Misionari Kristian memerlukan satu sama lain untuk mencapai matlamat mereka masing-masing. Bagai tidur sebantal tapi matlamat berlainan. UMNO untuk talian hayatnya serta politik kotor dan jahatnya manakala Misionari pula untuk misi dakyah mereka.
Amat pelik UMNO selama ini terkenal dengan "Bapa Segala Rasuah", juara lulus lesen judi, kilang arak, tarik bantuan SAR tiba-tiba bagai kera kena belacan melompat-lompat membela Islam.
Anda percaya UMNO membela Islam? Teringat pepatah Arab, "Sesiapa kata Mongol telah kalah, dia adalah pembohong besar".
Dan kini, "Sesiapa kata UMNO bela Islam, dia adalah pembohong besar" !
No comments:
Post a Comment