ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, January 14, 2010

Najib jaga negara, Rosmah cari kotak.......


Tunku Abdul Rahman melihat kepulan asap yang melanda Kuala Lumpur dari kediamannya. Sayup dan sedih Tunku atas peristiwa 13 Mei. Tunku tidak bergegas keluar negeri untuk lawatan dalam keadaan asap dan api belum padam lagi.


Hari ini era PM Najib, tanggungjawab itu telah tiada.


Di Malaysia hari ini, sedang polis belum dapat menangkap pembakar gereja dan yang menyerang dengan menggunakan bom api dan cat, PM Najib, Timbalannya Muhyiddin dan Menteri Polis Hishamudin bersenang lenang keluar negara.



Sepatutnya jika pemimpin yang punya tanggungjawab barangkali akan menangguhkan dulu lawatan ke Saudi dan UK. Selesai masalah serangan keatas gereja dulu.


Begitu juga dengan sepupu Najib. Sebagai Menteri Polis, sepatutnya beliau kena selesai isu serangan keatas gereja dulu. Jangan asyik keluar kenyataan berbaur ugutan mahu gunakan ISA terhadap pembangkang. Sedang UMNOlah mula "nyalakan api " itu !



Adakah Hishamudin cukup puas hati dengan penangkapan budak 19 tahun yang kemudian dibebaskan kerana hanya bergurau? Hebatnya polis kita dapat mengesan "pengakuan" budak 19 tahun dalam internet. Tapi malangnya polis masih gagal mengesan penghantar SMS kepada IG Musa yang mengajak berhimpun depan gereja. Polis juga masih gagal mengawal serangan ke atas gereja dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. Terkini di sebuah gereja di Kota Tinggi disimbah dengan cat merah.


Kepentingan negara hendaklah diutamakan oleh Najib, Muhyiddin dan Hishamudin. Biarkan Rosmah pergi keluar negeri. Mungkin beliau jumpa lagi kotak-kotak "misteri" milik kerabat Diraja Arab. Dapat lagi ganjaran untuk Permata! Jangan terjumpa "kotak misteri" milik Ezam pulak! Nahas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...