ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, January 13, 2010

Bakar Gereja : PAS tunjukkan keikhlasan buat Non Muslim.


Dulu semasa kecil kita pernah disuruh meludah jika ada kereta bawa jenazah orang Cina melalui jalan. Kita juga didoktrinkan dalam kepala kita bahawa setiap Cina itu adalah komunis. Mesti dimusuhi. Malah ada tok guru menyatakan "halal" mencuri harta benda orang Cina. Di sekolah, guru-guru senantiasa mengingatkan tentang peristiwa 13 Mei.



Kisah orang Cina belah perut orang Melayu dan "parang terbang" orang Melayu. Begitu kuat fahaman perkauman ketika itu.Orang Cina merasai mereka dilayan sebagai warga kelas dua. Ramai cerdik pandai mereka berhijrah ke luar negara.Tembok perkauman begitu sukar dirobohkan.


Mengapa?


Faktor utamanya kejahilan agama dan sistem politik yang sememangnya menangguk air keruh dan menjadikan isu perkauman sebagai modal pilihanraya.Parti pemerintahan yang diketuai UMNO dan sekutunya MCA menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk terus memerintah. Kadangkala DAP terikut menari dengan gendang perkauman.



UMNO menjadikan kursus BTN sebagai tempat 'membasuh otak 'Melayu agar benci orang Cina. Ini fakta dan tiada khilaf!



Sehinggalah tahun 1986, ketika TG Hj Hadi berucap kepada orang-orang Cina di Batas Baru,Kuala Terengganu. Antara kandungan ucapannya, beliau menyatakan orang Cina boleh menjadi PM Malaysia dengan syarat berugama Islam. Beliau juga menyatakan hak-hak keistimewaan orang Melayu umpama seperti Red Indian di Amerika Syarikat.



PAS mula mengorak langkah memperkenalkan Keadilan Islam untuk semua. PAS mendapat undangan dari orang Cina untuk berceramah di tokong, sekolah dan juga dewan perniagaan mereka. Majlis Perundingan Cina(CCC) ditubuhkan. Orang Cina mula mendapat gambaran sebenar Islam dari PAS. Gambaran Islam dari UMNO mula diragui. Bagi UMNO, Islam hanya untuk Melayu. Ketika itu kaum India masih tidak begitu pedulikan politik. Mereka selesa dengan MIC. Samy Vellu begitu suci buat mereka.




Kini setelah 24 tahun usaha PAS mendekati orang Cina, hasilnya mula kelihatan. Orang Cina tidak takut lagi dengan PAS. Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera PAS. Mereka sedar selama ini UMNO menipu mereka. Orang Cina sedar PAS bukannya gambaran buruk yang diberikan oleh UMNO. Generasi muda Cina mula mendekati PAS melalui maklumat internet.



Detik pembebasan Lim Eng Guan dari penjara adalah peristiwa bersejarah menyaksikan gandingan Melayu dan Cina bersatu menentang kezaliman buat pertama kalinya. Akhbar-akhbar Cina memberi publisiti yang hebat kepada PAS. Orang Cina mula mengerti mengapa PAS begitu bersungguh untuk menegakkan hukum Islam. Kes Canny Ong bukti begitu parahnya jenayah di Malaysia akibat tidak melaksanakan Syariat Islam.



Manakala orang India mula melahirkan sokongan kepada PAS apabila melihat kezaliman terhadap mereka semakin meningkat oleh UMNO. Antaranya perobohan kuil mereka yang berusia 40 tahun di Selangor oleh Khir Toyo.



Selama ini mereka sekadar melihat masjid diroboh di Bujal dan penutupan surau di Selangor oleh UMNO. Orang India mula terfikir tentang keadilan Islam. Mereka melihat di Kelantan tiada berlaku perobohan kuil walaupun mereka minoriti. Orang India tetap sokong PAS walaupun PAS menyatakan bukan semua memorandum Hindraf betul dan tepat.



Kini orang Cina dan India tahu siapakah yang sebenarnya yang betul-betul ingin menegakkan keadilan sejagat. Hasilnya dalam PRU 12 banyak tempat di Selangor, Johor, Perak dan Kedah yang mempunyai ramai pengundi Cina dan India mengundi PAS.Dalam kegawatan politik tanahair kini, PAS perlu tonjolkan mereka adalah penyelamat Malaysia. Rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap PAS. Tembok perkauman telah dirobohkan. PAS perlu ambil peluang ini untuk memberi alternatif politik kepada rakyat. Selama 53 tahun kita dimental blokkan dan dimitoskan bahawa UMNO dan BN segala-galanya.



Kini, setelah Tembok Perkauman diruntuhkan oleh PAS, UMNO kini cuba kaedah baru kepada berbaur isu keagamaan. Isu Kalimah ALLAH dan pembakaran gereja dan rumah ibadat pula cuba dimainkan UMNO.



Malangnya usaha itu gagal apabila Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang melakukan lawatan ke atas gereja yang dibakar tanda simpati.


UMNO sekali lagi berputih mata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...