ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, January 1, 2010

Tahun baru 2010 - Adakah sampah terus membusuk....


Tahun 2009 meninggalkan kita. Kini muncul tahun baru Masehi 2010. Tentunya ramai orang punya azam yang baru untuk tahun ini.


Bagi kita rakyat Malaysia, kemunculan tahun baru 2010 selepas 2 minggu Tahun Baru Hijrah 1431 moga memberi harapan agar "kes-kes" berprofil tinggi dapat di selesaikan segera. Antaranya :


1) Kes polis gunakan peluru hidup terhadap orang awam menyebabkan 2 orang awam tercedera. Peristiwa yang berlaku di Batu Burok itu menyebabkab AG Gani "bersusah payah" menuju Kuala Terengganu untuk mendakwa Suwandi dan rakannya bukan anggota polis yang tembak gunakan peluru hidup.


2) Dalam peristiwa Batu Burok itu juga, polis lancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap "pembakar" bendera Malaysia. Wartawan media barua UMNO yang ambil gambar untuk di siarkan dalam akhbar barua tentunya "gelak ketawa" kerana dapat "tipu" polis.


4) Kes "natang" berebut MB Terengganu. Sudah masuk penjarakah orang yang menghina Sultan Terengganu juga YDP Agung Malaysia ? Orang yang menghina Sultan Perak begitu pantas untuk dihukum bagai kelajuan Formula One, tetapi yang hina Tuanku Mizan bagai "kura-kura" untuk dihukum.


5) Akuan sumpah Balasubramaniam. Sudah kali ketiga Bala buat akuan sumpah. Tiada aksi yang diambil oleh pihak berkuasa untuk "cucikan" nama PM Malaysia ke 6. Adakah aksi "diam" itu menandakan "kebenaran" Bala ?


6) Skandal PKFZ masih berada dalam kesamaran. Sekadar anak guppy yang ditangkap bukan
"bapak paus". Adakah kes ini akan berkesudahan seperti skandal Perwaja ? Pastinya 99.999 % berandaian demikian.
7) Harta negara hilang tergadai kepada negara luar. Belum "sejuk" kes hilang harta negara enjin jet F5E yang bernilai RM 100 juta, kita di "panaskan" dengan penamatan khidmat MIG 29N hujung tahun 2010. Kalau pembelian Submarine mendapat komisen RM500 juta, berapakah keuntungan komisen jet baru yang bakal dibeli? Itu kena tanya Dr Mahathir atau Razak Baginda. Hendak bertanyakan Altahtunya, beliau sudah tiada!
8) "Ketelusan" SPRM era Abu Kasim terbukti dengan laporan polis terhadap Pakar Forensik Thailand. Seeloknya Mrs Quincy itu buat bedah siasat "kematian" SPRM sejak bernama BPR lagi. Umpama yang ada adalah "hantu raya" (SPRM) walaupun "tuan"nya(BPR) dah meninggal dunia.
9) Walaupun Bapak Hakim Hacks sudah meninggal dunia, tetapi masih ramai yang sedang menggunyah gula-gula Hacks hasil pemberian Sang Penguasa. Bilakah masanya buat mereka untuk menggunyah "gula-gula keadilan" ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...