ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu...Kepala Babi...Bendera UMNO...




"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO".
Kenyataan
bebal dan tolol Hishamuddin sepupu Najib yang menjawat jawatan Menteri yang jaga keselamatan negara semasa ulas peristiwa arak kepala lembu Jumaat lalu.

Kenyataan Hishamuddin ini yang menganggap isu kepala lembu tidak sensitif dan mengaitkan pula dengan bendera UMNO yang dibalut kepala babi menunjukkan beliau tidak memahami soal keselamatan, budaya dan agama di negara sendiri.

Apa tujuan beliau mengaitkan soal bendera UMNO ? Pelik bin ajaib dalam keadaan rakyat melihat isu kepala lembu boleh membawa kekacauan kaum dan agama, beliau masih lagi berminat untuk mem"promosi" nama UMNO !

Hoi Cik Sham ! Jika kepala lembu dibawa ke kedai makan untuk dimasak, itu tiada isu tetapi bila kepala lembu berdarah diarak dari masjid ke SUK Selangor kerana bantah perpindahan kuil ianya tandanya hina agama Hindu.

Hoi Cik Sham ! Mengapa kamu kaitkan peristiwa arak kepala lembu dengan bendera UMNO dibalut kepala babi ? Apa motif kamu ? Seolah-olah jika UMNOpun pernah dihina dengan kepala babi, apa salahnya Hindu pula terima balasan kali ini.

Kenyataan kamu seolah-olah mengakui pembabitan UMNO Selangor dalam peristiwa arak kepala lembu. Bukan begitu?

Amat malangnya Malaysia punya Menteri jaga Polis dan Keselamatan Negara yang "lembut".

Hoi Najib! Tukarkan Hishamuddin ke Kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Atau tukarkan dengan potfolio Shahrizat Jalil!

Friday, August 28, 2009

Hina Islam, Raja, Cina dan kini Hindu....kerja sape ye ?


Sah! Kerja menghina agama dan kaum adalah kerja UMNO. Sah dan sah ! Walaupun UMNO menafikannya dan mengutuk melalui mulut Ketua Pemudanya Khairy, semua rakyat dah tahu kerja hina agama dan kaum kerja UMNO dulu, kini dan selamanya.


Kita dah maklum kerja UMNO hina Islam. Seperti kata isu janggut Nabi dan hukum hudud. Hari ini UMNO buat rekod baru. Hina Hindu pula. Kerja UMNO baling batu, sembunyi tangan. Selepas beberapa jam berlaku perarakan kepala lembu dari Masjid Negeri ke pejabat SUK Selangor, sekonyong-konyong Khairy menafikan ini kerja UMNO. Kah! Kah! Kah! Boleh percaya ke ?
Pelik bin Ajaib! Polis cuma perhatikan sahaja perarakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Macam tengok "malaikat" lalu kot ! Jika dalam Perhimpunan 1 Ogos Anti ISA, begitu pantas polis bertindak. Sembur air asid, tembak gas, gari , tendang, belasah dan tangkap orang yang hadiri perhimpunan yang aman. Malangnya dalam peristiwa perarakan kepala lembu tiada tindakan drastik dibuat.
Kenyataan Ketua Polis Selangor amat memalukan. Beliau tahu perhimpunan itu haram tanpa permit. Beliau juga tahu bilangan yang hadir. Dan beliau juga tahu masa yang diambil dalam perarakan itu. Lebih memalukan beliau mengatakan polis akan ambil tindakan jika ada laporan polis.
Hoi Khalid bin Abu Bakar! Perkara yang boleh cetuskan ketegangan kaum dan agama memerlukan tindakan cepat dan drastik tanpa tunggu ada laporan polis!
Hoi Musa bin Hasan tukarkan awak punya anak buah ! Memalukan PDRM je!


Sampai bila kamu mahu jadi budak suruhan UMNO?


Satu Malaysia sedang melihat dua aksi sedang berlaku. Keduanya menunjukkan aksi tuduh -menuduh, nafi-menafi dan bongkar membongkar.


Aksi pertama berlaku di Mahkamah Koroner berhubung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock. Masing-masing pegawai SPRM tuding menuding satu sama lain serta keterangan bercanggah antara satu sama lain. Itu belum lagi dengan Surat Misteri yang membongkarkan "wajah sebenar SPRM" kepada rakyat Malaysia.


Aksi kedua berkaitan isu seleweng PKFZ. Presiden MCA dan Ketua Penyokong Kerajaan masing-masing tuduh menuduh dan saman menyaman.


Kalau kita perhatikan kedua isu diatas adalah berpunca dari satu pihak sahaja. Siapa kah pihak itu? UMNO lah weeh!.


Kes SPRM berpunca dari "Ketua Penyapu" yang bercita-cita rampas Selangor. Di kerahnya SPRM menjadi orang suruhan. Apabila Teoh Beng mati, barulah gelabah masing-masing. Hakikatnya mengapa berlaku tuding menuding ? Semuanya untuk tutup "kejahatan" si Ketua Penyapu dari UMNO.




Begitu juga kes PKFZ yang kemuncaknya Timbalan MCA dipecat. Apabila UMNO tidak senang dengan Presiden MCA yang semakin lama semakin galak "pecah rahsia", maka isu RM 10 juta pun di sensasikan untuk menunjukkan Presiden MCA itu "baham duit".


Sebenarnya jika isu PKFZ dibongkarkan berterusan, akan timbul nama pembesar-pembesar UMNO yang "songlap duit rakyat" seleweng PKZF. Timbullah nama pembesar-pembesar UMNO Selangor.


Kesimpulannya kedua isu diatas menunjukkan jahat dan jeleknya UMNO ! Cumanya kes kematian Teoh Beng, pegawai SPRM yang Melayu sama Melayu tuduh menuduh untuk selamatkan UMNO yang penuh haprak itu.


Berbeza dengan kes PKZF di mana pemimpin Cina dari MCA sedang tarik tali dengan UMNO. Di sini kita lihat kecerdikan pemimpin Cina berpolitik.


Biasalah bila mafia, lanun, perompak, gengster bergaduh sesama sendiri akan pecahlah segala rahsia kejahatan, kelanunan dan kejelekan mereka selama ini.


Peliknya mengapa "budak suruhan" UMNO seperti PDRM, SPR, SPRM ( semua orang Melayu jadi ketua)masih taat setia kepada tuan mereka? Walaupun mereka semua telah, sedang dan akan di"kambinghitam"kan oleh UMNO.






Tuesday, August 25, 2009

Sumpahan Ulan Bator !


Kalah lagi ! Nampaknya nasib malang PM Najib berterusan. Bermula PRK Permatang Pauh sebagai Timbalan PM hinggalah kini PRK Permatang Pasir menjawat jawatan PM. Sudah 7 kali UMNO tewas. Pelbagai hujah, dalil dan kenyataan di keluarkan untuk menyedapkan hati. Malangnya nasib malang menimpa nimpa.


Apakah sial ini terus melanda putera Tun Razak ini?

Apakah tandanya "power" bomoh India sudah tidak menyengat sesudah berjaya menurunkan Pak Lah dulu ?

Apakah ini berkat doa orang yang di zalim di Kemunting di makbulkan Tuhan ?

Apakah ini berkat doa orang yang di zalim pada 1 Ogos di makbulkan Tuhan ?

Atau apakah ini Sumpahan Ulan Bator untuk Najib seperti Sumpahan Mahsuri ?

Ini juga tandanya konsep 1Malaysia gagal diraih sokongan dari rakyat. Mungkinkah rakyat kita melihat wajah Najib seperti wajah gadis Mongolia ?

Atau rakyat Malaysia melihat bendera Malaysia yang dipegang oleh Najib pada perarakkan Hari Kemerdekaan nanti seperti bendera Mongolia ?

Kartika, Najib dan Hishamuddin.


Tiada diketahui mengapa PM Najib dan sepupunya Hishamuddin begitu beria-ia agar hukuman sebat tidak dilakukan keatas Kartika walaupun tuan punya badan rela dan insaf dengan hukuman tersebut. Mengapa ya ?


Najib mohon pada Kartika agar buat rayuan ( baca: arahkan Mahkamah batal hukuman). Manakala sepupunya membuat "lawak bodoh" kononnya penjara tiada kepakaran melakukan sebat ikut syariah. Peliknya Malaysia punya prasarana kelas pertama tapi tiada kepakaran rotan ikut syariah!


Isu Kartika tidak akan lenyap sehinggalah beliau disebat atau kerajaan(baca: UMNO) sendiri yang membatalkan hukuman itu walaupun Kartika mahu ia di hukum.


Bagi Kartika, beliau mahu dosanya terhapus dengan hukuman itu. Manakala bagi kerajaan (baca: UMNO) hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan bermotifkan politik. Ini kerana umat Islam di Malaysia akan melihat hukuman itu sebagai permulaan perlaksanaan hukum Islam di Malaysia. Secara automatiknya umat Islam akan melihat inilah agenda utama perjuangan PAS.


Sepatutnya PM Najib jangan buang masa dengan buat rayuan pada Kartika. Najib sepatutnya jumpa dua pembunuh Altantuhya dan tanya adakah mereka berdua redha dengan hukuman gantung? Jika redha, rayulah agar dua pembunuh itu buat rayuan !

Monday, August 24, 2009

Kartika Dewi: Siapa peneraju Ibu Segala Kejahatan ?


Kisah Kartika Dewi yang memohon agar dirinya disebat kerana minum arak mengingatkan kita kepada Sirah Rasulullah. Dimana seorang perempuan yang berzina mohon agar Rasulullah merejamnya bagi memenuhi hukuman yang berdasarkan hukum Allah Taala.

Walaupun hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Pahang tidak mengikut hukum Islam yang sebenar, tetapi sekurang-kurangnya ada orang Islam di Malaysia seperti Kartika berfikiran positif terhadap hukum Allah Taala.

Kes seperti Kartika pernah terjadi di Malaysia di tahun 80an. Ianya berlaku di Selangor dan melibatkan kes zina. Dimana wanita yang mengaku bersalah berzina meminta mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut hukum Islam iaitu di rejam sampai mati. Hakim ketika itu memuji keberanian wanita itu untuk menebus dosanya di dunia dan berkata hukuman mengikut hukum Islam tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan dalam hukum syariah Mahkamah syariah. Sekadar denda dan penjara sahaja.
Jika kes zina di Selangor tiada peruntukan hukuman rejam, kini hukuman sebat kerana minum arak di Pahang telah ada dan tunggu masa untuk dilaksanakan. Malangnya saat akhir, ianya dibatalkan atas campurtangan Jabatan Negara. Apa motifnya ? Adakah kerana bantahan Sister in Islam atau Shahrizat Jalil ? Orang yang sama menentang penyerbuan keatas The Zouk beberapa tahun yang lepas.
Mungkin jika kes zina di Selangor dulu, rakyat masih jahil dan kerajaan masih boleh menutup kelemahan mereka. Kini zaman telah berubah. Rakyat sudah terdedah dengan ilmu Islam yang sebenar.
Kes Kartika mendedahkan lagi kemunafikan kerajaan pimpinan UMNO. Kes Kartika juga akan membuka mata umat Islam Malaysia bahawa sejak 52 tahun merdeka tiada undang-undangpun yang dibuat oleh UMNO yang mengikut hukum Allah.
UMNO tahu sekiranya perlaksanaan hukuman sebat keatas Kartika dilaksanakan, ianya bakal mempromosikan Hukum Hudud. Inilah yang menggerunkan UMNO dulu, kini dan selamanya.
Oh ya...jangan kita lupa antara jasa terbesar UMNO selama 52 tahun memerintah bumi Malaysia ialah berdiri dengan megahnya Kilang arak Carlsberg dan Guinesstout di Petaling Jaya !
Malangnya Majlis Fatwa dan Mufti Perak buat-buat"buta" tentang kilang ibu segala kejahatan yang diizinkan oleh UMNO.
Apabila Kilang Ibu Segala Kejahatan dibenarkan oleh UMNO, apakah maknanya ? Jawapan mudah....tentunya parti yang membenarkannya adalah "Parti Ibu Segala Kejahatan" !

Friday, August 14, 2009

ole ole Ramadhan Mubarak - BUKU SIRAH NABAWIYYAH TERKINI & TERBARU



SIRAH NABAWIYYAH - mutiara perjalanan mukmin
oleh : Abu Kholid Marwan ( Tok Pepijat)


Dalam 3 jilid. Keistimewa buku ini :
a) Rujukan dari buku-buku Sirah karangan ulamak terbilang.
b) Ayat-ayat di dalamnya mudah dan ringkas.
c) Kandungan buku diolah berbentuk nota supaya senang di fahami dan dihayati.
d) Mengandungi fakta, peta , illustrasi dan foto.
e) Soalan Percambahan Minda yang membuka minda dan membuka ruang berfikir.


Sesuai untuk semula lapisan dan golongan peringkat umur :
a) Pelajar sekolah rendah (tahap 2), pelajar sekolah menengah .
b) Mahasiswa IPT.
b) Untuk golongan dewasa bagi menghayati jalan perjalanan Rasulullah.
c) Sesuai dijadikan teks usrah semua peringkat.


Harga : RM 45.00 ( satu set mengandungi 3 jilid dan 877 muka surat)


DAPATKAN SEGERA !
Hubungi : Pustaka Abdul Majid Sdn Bhd

( 03- 6184 2641 / 012 388 3545 )

Monday, August 10, 2009

Hey kawan ! Hormatilah tanggungjawab kami....


Nampaknya selepas isu babi selesai di Kedah, timbul pula isu arak di Selangor. Menariknya kedua negeri diperintah Pakatan Rakyat. Lebih menariknya isu arak dan babi ini membabitkan PAS dan DAP.


Seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan bagaimana Kerajaan PR dapat menyelesaikan dua isu besar ini. Ianya isu besar kerana membabitkan agama, ideologi parti dan budaya bangsa.


Sebenarnya isu babi dan arak ini adalah satu "kelebihan" kepada PAS. Rakyat Malaysia ingin melihat bagaimana PAS menanggani isu ini berdasarkan tema Muktamar PAS 2009 "PAS Memimpin Perubahan" dan PAS For All.

PAS sebenarnya telah menunjukkan sikap yang bersikap adil untuk semua kaum di Malaysia. Bermula isu penternakkan babi di Selangor. Rakyat melihat PAS bersikap adil kepada non Muslim dengan menyokong ternakan babi secara moden. PAS melihat dengan penternakan secara moden boleh memelihara alam sekitar dari pencemaran najis babi.


Begitu isu rumah sembelihan babi di Kedah. Isunya bukan untuk hapuskan rumah tersebut tetapi pindahkan ke tempat yang lebih sesuai dan memelihara dari gangguan bau kepada masyarakat setempat.


Begitu juga isu kematian ahli DAP Teoh Beng Hock. PAS dengan yakin menuntut pembelaan diatas kematian Teoh walaupun mendiang non Muslim dan bukan ahli Kelab Penyokong PAS.


Pimpinan PAS hadir dalam majlis memperingatinya dan bersama berarak dalam majlis pengkebumiannya.


Di sini rakyat Malaysia sudah melihat ketelusan, komited, ketegasan dan kecaknaan PAS terhadap rakyat Malaysia berbagai agama dan bangsa.


Mengenai arak pula, PAS juga positif tentang arak untuk non Muslim. PAS tetap menghormati hak non Muslim untuk minum arak. Dalam masa yang PAS juga punya tanggungjawab terhadap umat Islam.


Sepatutnya DAP melihat tanggungjawab PAS ini dengan pandangan positif dan menghormati tanggungjawab PAS terhadap umat Islam.


PAS bertanggungjawab memastikan umat Islam menjalankan kehidupan mereka berlandaskan ajaran Islam. Tidak sepatutnya DAP mencampuri dan menghalang niat suci PAS ini.


Ronie dan rakan-rakannya dalam DAP sepatutnya menasihatkan taukeh-taukeh kedai arak agar tidak menjualnya kepada orang Islam. Itu yang sepatutnya.


Selepas ini, isu yang bakal timbul ialah tentang judi. Jika arak dan babi adalah "halal " bagi non Muslim, adakah judi juga "halal" dalam ajaran agama mereka. Dalam Islam, judi jelas hukumnya haram. Dulu Lim Kit Siang berkata judi bukanlah amalan budaya Cina. Bahkan di China tidak ada premis judi. Adakah DAP juga akan bangun menentang langkah PAS menutup kedai judi ?


Kita berharap selepas ini pimpinan DAP lebih terbuka melihat Islam. Mungkin dulu DAP melihat Islam melalui kacamata UMNO. Kini tiba masanya DAP melihat Islam menerusi PAS.


Pimpinan DAP kena sedar bahawa UMNO melihat DAP sebagai objek perkauman. DAP umpama komunis, anjing kurap dan PAP di sisi UMNO.


Manakala PAS melihat DAP umpama rakan dan sasaran dakwah. PAS tidak memandang DAP musuh walaupun pimpinan DAP tidak masuk Islam. Sekurang-kurangnya menghormati tugas dan tanggungjawab PAS terhadap umat Islam. Itu sahaja. Takkan Ronie, Tony Pua tidak memahaminya ?


PAS tidak melarang jika Ronie, Tony Pua serta non Muslim yang lain mahu makan daging babi berkilo-kilo dan minum arak bergelen-gelen hingga "pecah perut". Makanlah. Minumlah. Janji jangan ajak orang Islam join sekali.


Kepada UMNO, isu arak dan babi MENYERLAHKAN lagi anda sebagai pengikut ABDULLAH BIN UBAI.


Hoi UMNO ! Orang Munafik LEBIH HINA dari orang kafir !

Wednesday, August 5, 2009

Pakat bawa tempurung ke Putrajaya !






Susulan peristiwa 1 Ogos yang lalu, tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga.






Seeloknya 3 persatuan peniaga ajak ahli-ahlinya pakat berarak menuju Putrajaya sambil bawa tempurung. Sasaran destinasinya ialah Sri Perdana. Masing-masing menadah tempurung kat pintu Sri Perdana. Insyaalah PMNajib bermurah hati mendermakan sumbangan RM10 juta (sekadar lekat celah gigi je bagi Najib) kepada ahli-ahli 3 persatuan peniaga yang kerugian akibat keganasan PDRM tempoh hari.






Sekadar derma RM10 juta, PM Najib masih ada RM540 juta lagi hasil komisen kapal selam !






Cuma perlu hati-hati takut-takut ada hantu kat pintu gate Sri Perdana....hantu Altahtunya !

Bila Si Zalim puji Si Zalim


"Aaron Sharon puji tindakan tentera pimpinan Netahyahu surai penunjuk perasaan rakyat Palestin kerana tiada kecederaan fizikal ".
"Radovan Karadzic puji tindakan askar Amerika menjajah Iraq demi menyelamatkan rakyat Iraq."
Apa yang menarik dengan dua kenyataan diatas?
Menariknya ialah bila Pengganas puji Pengganas kerana bertindak atas dasar perikemanusiaan. Bila pulak pengganas kenal erti kemanusiaan?

Sekonyong-konyong IGMusa sebaik jejak KLIA membuat kenyataan bahawa Singapura (polis Singapura?) puji cara tindakan PDRM surai penunjuk perasaan Anti ISA 1 Ogos lalu tanpa kecederaan fizikal.

Timbul persoalan adakah Kerajaan Singapura lihat sendiri peristiwa 1 Ogos itu atau sekadar menadah telinga dengar cerita mulut yang di"goreng" oleh IG Musa sendiri?

Kita tidak hairan dengan pujian Singapura terhadap PDRM. Walaupun Singapura makmur dari segi ekonomi tetapi amat "miskin" amalan demokrasinya. Akta ISA masih diguna pakai. Parti pembangkang terus ditekan ala diktaktor. Manakala rakyatnya dihinggapi sindrom "penjajahan pemikiran". Bahkan rakyat yang pro pembangkang diugut dan dikenakan pelbagai tuduhan di mahkamah.

Sepatutnya IGMusa juga mendapat pujian dari Shimon Peres, Aaron Sharon, Netahyahu, Olmert, Radovan dan insan-insan yang sewaktu dengannya. Ini kerana aksi PDRM pimpinan Musa Hasan lebih "kedepan" berbanding mereka.

Mengapa ?

Askar Israel tidak pernah menembak orang Palestin tengah solat. Tetapi FRU selamba je sembur air berasid dan gas pemedih mata ke atas orangramai yang solat hajat semasa bantahan Anti ISA. Tanyalah Dr.Mujahid Yusof Rawa. Dulu semasa bantahan PPSMI, FRU tembak pemedih mata kearah Masjid Negara hingga pecah cerminnya. Kini orang tengah solat pula jadi mangsa.
Begitu juga Askar Israel yang berbangsa Yahudi tidak pernah menembak kearah rakyat sebangsa dengan mereka Yahudi. Tembakan hanya dihalakan kearah bangsa Arab Islam.
Sebaliknya PDRM dengan unitnya FRU dan SB yang majoritinya bangsa Melayu tanpa segan silu dan punya perasaan perikemanusiaan menembak gas pemedih mata, menyembur air asid, memukul, membelasah, menangkap dan memaki hamun pembantah ISA yang sebangsa dengan mereka sendiri.
Apa ke jenis darah yang ada dalam diri mereka? Sanggup zalimi bangsa sendiri semata-mata untuk puaskan hati UMNO!

Hebatnya perikemanusian polis Malaysia. Syabas !


Saturday, August 1, 2009

Kita belum merdeka lagi weeh !


Petang 1 Ogos hampir 100,00 rakyat Malaysia menyambut ketibaan Bulan Kemerdekaan dengan di"hadiahkan kek" berbentuk semburan air berasid dan gas pemedih mata dari "robot" pimpinan anak guru tajwid tersohor negara Musa Hasan .


Sepatutnya kedatangan Bulan Kemerdekaan disambut penuh kemeriahan, kemesraan, perpaduan, kasih sayang dan keamanan. Tapi sayangnya berlaku sebaliknya. Polis menjadi "hamba abdi suruhan" UMNO. Rakyat menjadi mangsa semburan air berasid, gas pemedih mata, sepak terajang, dibelasah dengan belantan dan ditangkap.
Semua aksi jahat UMNO dan PDRM itu dilakukan di tanahair sendiri yang majoritinya orang Melayu Islam.


Beginikah gayanya PMNajib dan kuncu-kuncunya melayan rakyat di Bulan Kemerdekaan ? Kita tidak kisah jika layanan itu dilakukan di zaman penjajahan British kerana itulah sifat penjajah. Malangnya UMNO dan PDRM juga menyambung kembali tradisi penjajahan British.


Rakyat berdemostrasi aman pada 1 Ogos untuk menunjukkan tanahair ini sudah merdeka dari penjajahan. Dan kini kebebasan bersuara dan berhimpun adalah sah di sisi Perlembagaan Negara. Tapi kini terbukti itu semua hanyalah impian kosong. Kita masih di jajah oleh anak didik British yang bernama UMNO!


UMNO adalah kuasa baru penjajahan bumi Malaysia. Jika zaman penjajahan Jepun, bangsa Cina menjadi mangsa paling teruk dizalimi.
Zaman penjajahan moden UMNO keatas bumi bertuah Malaysia ini, bangsa yang paling teruk dizalimi dan dibuli adalah bangsa Melayu !


Tak percaya ?


Bermula tulisan Jawi, Tanah Rezab Melayu, Tragedi Memali, Bahasa Melayu, sekolah Agama Rakyat, royalti minyak Terengganu dan Kelantan semuanya telah dimusnahkan, dibunuh, dizalimi dan dirompak oleh spesis bernama UMNO.


Terbaru ! Baru petang tadi 1 Ogos , orang Melayulah paling ramai dibelasah, dipukul dan ditangkap oleh PDRM yang majoritinya anggota Melayu diketuai orang Melayu atas arahan UMNO yang mengaku pembela Melayu !
Piraaah!

Wahai bangsaku Melayu ! Bangkitlah...zaman termenung sudah berakhir ! Di atas runtuhan Kota Melaka kita bina jiwa Islam yang merdeka dari penjajahan UMNO !


.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...